Etika Meraikan Maulid Nabi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 

.

Bagi menjaga supaya perayaan maulid Nabi tidak terpesong dari aturan agama yang benar, adalah sebaik-baiknya perlu diikuti etika-etika berikut:

 .

1.  Mengisi dengan bacaan-bacaan selawat kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.

 

Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam. Wahai orang-orang yang beriman! Bershalawatlah kamu untuk Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab: 56).

.

2.  Berzikir dan meningkatkan ibadah kepada Allah.

Syeikh Husnayn Makhluf berkata: “Perayaan maulid harus dilakukan dengan berzikir kepada Allah SWT, mensyukuri kenikmatan Allah SWT atas kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam, dan dilakukan dengan cara yang sopan, khusyuk ‘serta jauh dari hal-hal yang diharamkan dan bid’ah yang mungkar.”

.

3.  Membaca sejarah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dan menceritakan kebaikan-kebaikan dan keutamaan-keutamaan beliau.

 .

4.  Memberi sedekah kepada yang memerlukan atau fakir miskin.

 .

5.  Meningkatkan silaturrahmi.

 .

6.  Menunjukkan rasa gembira dan bahagia dengan merasakan sentiasa kehadiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam di tengah-tengah kita.

 .

7. Mengadakan pengajian atau majlis Ta’lim yang mengandungi anjuran untuk kebaikan dan menelusuri tauladan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.

 .

Jika timbul persoalan, perayaan maulid yang tibanya pada bulan Rabiul Awwal, juga bertepatan dengan bulan wafatnya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam, mengapakah tidak ada luahan kesedihan atas wafatnya Baginda? Imam Suyuthi menjelaskan:

“Kelahiran Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam adalah kenikmatan terbesar bagi kita, sementara wafatnya Baginda adalah musibah terbesar atas kita. Sedangkan syariat memerintahkan kita untuk menampakkan rasa syukur atas nikmat dan bersabar serta diam dan merahsiakan atas cubaan yang menimpa. Terbukti agama memerintahkan untuk menyembelih kambing sebagai ‘aqiqah ​​pada kelahiran anak dan tidak memerintahkan menyembelih haiwan pada ketika kematian, maka kaedah syariat menunjukkan bahawa yang baik pada bulan ini adalah menampakkan kegembiraan atas kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bukan menampakkan kesedihan atau kesusahan atas musibah yang menimpa.”

 .

Oleh kerana hakikat dari perayaan maulid adalah luahan rasa syukur dan penghormatan kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam, sudah semestinya tidak dinodai dengan kemungkaran-kemungkaran dalam merayakannya seperti bercampurnya laki-laki dan perempuan, tampilnya perempuan di atas pentas di hadapan kaum laki-laki, alat-alat muzik yang diharamkan dan lain-lain. Begitu juga peringatan maulid tidak seharusnya digunakan untuk saling provokasi antara kumpulan Islam yang berakhir kepada perbbalahan antara kumpulan. Jika demikian yang terjadi, maka bukanlah penghormatan yang didapati akan tetapi penghinaan kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by; shafiqolbu

.

2 responses to this post.

  1. Hi, everything is going well here and ofcourse every one is sharing information,
    that’s actually excellent, keep up writing.

    Reply

  2. I’m impressed, I have to admit. Rarely do I come across a blog that’s both
    educative and engaging, and let me tell you, you’ve hit the nail on the head. The problem is something not enough people are speaking intelligently about. I’m very happy I stumbled across this in my hunt for something relating to
    this.

    Reply

Leave a comment