Tip Amalan Harian : 15 Sunnah Rasulullah SAW

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 .

Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah  buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah  ‘soleh wa musleh’.

.

1.     Senyuman

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)

.

2.     Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.” (Hadis riwayat Muslim)

.

3.     Berpakaian

Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

.

4.     Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda: “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

.

5.     Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)

.

6.     Makan

Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan  Baginda menjilati ketiga-tiganya.” (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

.

7.     Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)

.

8.     Bersilaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”   (Riwayat Ibnu Majah).

.

9.     Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

.

10.  Berkata

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi  perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

.

11.  Tertawa

Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad  Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )

.

12.  Bergurau

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)

.

13.  Tidur

Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan  kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

.

14.  Membaca al-Quran

Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

.

15.  Ibadah

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)

.

.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by; shafiqolbu

.

21 responses to this post.

  1. Posted by HambaNya on 16/09/2012 at 5:32 pm

    Assalamualaikum, saya ingin meminta bantuan tuan, saya ingin berhijrah kerana saya baru sedar bahawa banyak masa saya dihabiskan dengan begitu sahaja tanpa mendapat ganjaran pahala.Oleh sebab itulah, saya ingin meminta pertolongan dari pihak tuan untuk sedekahkan senaskah Buku Ritual Sunnah Setahun.Buku ini hanya beharga RM90.Buku ini memang sangat baik kerana mengandungi 24 jam amalan sunnah Rasulullah.Ini merupakan titik pertama untuk saya menjadi lebih baik.Saya masih mempunyai banyak kekurangan diri dan tak tahu tentang cara kehidupan seharian yang betul-betul menepati sunnah Rasulullah SAW.Justeru daripada situlah saya ingin berubah untuk menjadikan kehidupan saya lebih elok dan tidak sia-sia begitu sahaja.Saya harap tuan dapat membantu saya dalam penghijrahan ini.InsyaAllah tuan turut sama mendapat pahala.Tuan boleh beli Buku Ritual Sunnah Setahun secara online di http://galeriniaga.blogspot.com/2012/09/617-ritual-sunnah-setahun.html .Saya memang sangat bergantung pada pertolongan tuan.Saya memang nak cari ilmu.Tuan tolonglah saya.Terima kasih, Assalamualaikum.Ini alamat rumah : No. 74 Taman Desa Tanjung, Jerteh, Besut, Terengganu.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah, Sdr. mempunyai kesedaran untuk berubah… tapi hendaklah diperbetulkan nawaitu agar tidak terpesong… dan buku tersebut bukanlah jawapan terbaik kerana adalah lebih afdal berguru… pasti ramai ustaz/guru2 agama yang terdapat di sekitar tempat Sdr… bertanya dan tuntutlah dahulu ilmu daripada mereka… InsyaAllah mereka sedia membantu..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  2. Posted by hamba Allah on 28/11/2012 at 9:55 pm

    assalamualaikum.. saya ingin bertanya.. pakaian qamis itu sejenis pakaian ape?? adakah sejenis jubah lelaki?? maaf.. saya tidak tahu.. hehe..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Qamis adalah seperti potongan baju Melayu atau kemeja tetapi labuh labuh ke buku lali.

      Reply

  3. Posted by Nbl NIN on 02/12/2012 at 5:54 pm

    Assalamualaikum..
    Benarkah mengikut amalan Rasullah saw sama seperti kita mencintai Allah?
    Mohon share bersama rakan2 ye..tq 🙂

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Firman Allah SWT:

      “Katakanlah: “Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku (Rasulullah SAW) nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (‘Ali Imran:31)

      Reply

  4. Syukur Alhamdulillah, blog yg sgt berguna utk ku, moga Allah merahmati En Syafiq aminnn

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Amiiin… Jazaakillaahu Khairan..
      Lizs kongsikan jugalah dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini… Selamat beramal…

      Reply

  5. Posted by Ava on 18/01/2013 at 12:02 am

    Assalamu’alaikum wr wb.. Sangat bermanfaat, terimakasih banyak. Izin copy ya? Maturnuwun:)

    Reply

  6. Posted by Farid on 13/02/2013 at 10:42 am

    minta izin share info bersama 2 rakan yang lain, Terima kasih.

    Reply

  7. Posted by ilmalyaqin on 19/02/2013 at 1:41 pm

    mohon share

    Reply

  8. Posted by fizie on 18/03/2013 at 9:17 pm

    Alhamdulillah…semoga kita mendapat banyak faedah daripada info ini. Terima kasih tuan.

    Reply

  9. Posted by haziqah on 30/03/2013 at 1:16 pm

    assalamualaikum .. mohon share 🙂

    Reply

  10. jangan lupa baca sunah yang di atas

    Reply

  11. Posted by ani on 24/04/2013 at 10:26 am

    Salam, minta izin copy ye…

    Reply

  12. Posted by ani on 24/04/2013 at 10:26 am

    Salam, minta izin copy ye..

    Reply

  13. Posted by nurul on 01/05/2013 at 5:15 pm

    assalamualaikum .

    Reply

  14. Posted by Pak Jo on 02/05/2013 at 8:26 am

    Barang siapa dapat amalkan satu sunnah Di zaman fahsha Dan mungkar secara istiqamah ……Ganjarannya seperti 100 pahala syahid …..

    Reply

  15. Posted by titi on 17/07/2013 at 5:04 pm

    Assalamualaikum,saya mau bertanya apakah sholat tarawih itu hanya bisa ϑî lakukan pada tengah mlm antara jam 12 ke atas.karna tradisi ϑî lingkunangan RT saya itu mengerjakanya setelah sholat isya,mohon penjelasannya.terima kasih,

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat Tarawih boleh dilakukan dalam tempoh selepas selesai solat Isyak sehingga ke waktu Imsak.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  16. Posted by syu on 25/09/2015 at 12:42 am

    mohon copy.. 🙂

    Reply

Leave a comment