Doa Qunut

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Doa Qunut dibaca setiap hari pada rakaat terakhir Solat Fardhu Subuh. Doa Qunut ini juga boleh dibaca selepas solat berjamaah Tarawih iaitu pada rakaat terakhir Solat Witir bermula dari 15 Ramadhan sehingga ke malam terakhir Ramadhan.

.

Allahummah dinii fiiman hadait, wa’aafini fiiman ‘aafait, wa tawallani fiiman tawallait, wa baariklii fiiman a’tait, wa qinii syarra maa qhadhait, fainnaka taqdhi walaa yuqdhaa ‘alaik, fa innahu la yazillu man waalait, walaa ya’izzuman ‘aadait, tabaarakta rabbana wata’alait, falakal hamdu ‘alaa maa qhadhait, astaghfiruka wa atuubu ilaik, wa sollallahu ‘alaa saiyidinaa Muhammdanil ummiyyi wa’alaa aali wa sohbihi wassallam.

 .

Ya Allah! Tunjukilah daku sebagaimana orang-orang yang telah Dikau berikan hidayah. Sejahterakanlah daku sebagaimana orang yang telah Dikau sejahterakan. Muliakanlah daku sebagaimana orang-orang yang telah Dikau muliakan. Berkatilah segala yang telah Dikau kurniakan kepadaku. Jauhkanlah daku daripada segala kejahatan yang telah Dikau tetapkan. Sesungguhnya Dikau Yang Maha Menentukan dan tiada seorang jua pun yang dapat merubah ketetapan-Mu. Sesungguhnya tidak menjadi hina orang yang Dikau muliakan dan tidak mulia orang yang Dikau musuhi. Demi berkat-Mu, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Dikau!  Hanya bagi-Mu segala pujian atas apa-apa yang Dikau tetapkan. Daku memohon ampun kepada-Mu dan daku bertaubat kepada-Mu. Semoga Allah merahmati Muhammad, Nabi yang Ummi dan atas keluarga dan sahabat Baginda kesejahteraan.

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

14 responses to this post.

  1. Posted by Saudari on 14/11/2012 at 11:51 pm

    alhamdulilah terima kasih

    Reply

  2. Posted by Hamba Allah on 01/12/2012 at 10:34 am

    Assalamualaikum, saya ada sedikit pertanyaan tentang sebutan untuk 2 ayat terakhir dalam doa qunut ini. yang saya rujuk pada blog lain, ayat nya berbunyi

    Wa-astaghfiruka wa-atubu ilaik.
    Wassolallahu ‘ala saiyidina muhammadi wa ala alihi wa sahbihi wassalam.

    yang mana satu yang lebih tepat?
    terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Semuanya boleh diterima…berbeza pada bacaan selawatnya saja… Doa Qunut di atas tu menggunakan ‘Selawat Ummi’.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  3. Posted by yanna on 18/01/2013 at 4:48 pm

    mohon share

    Reply

  4. Posted by sudah lama islam tapi baru nak insaf on 26/01/2013 at 8:57 pm

    terima kasih 🙂

    Reply

  5. Posted by djig on 09/02/2013 at 1:10 am

    pohon copy yer…thanks

    Reply

  6. Posted by anis adalia on 06/03/2013 at 7:53 pm

    terima kasih

    Reply

  7. Posted by Putra Dinie on 03/04/2013 at 9:40 am

    Knp doa qunut dibaca kuat yg terakhir dibaca perlahan?

    Reply

  8. Posted by azmi ahmad on 09/05/2013 at 7:12 pm

    doa qunut ini dibaca secara berseorangan kan? [bukan berjemaah]

    Reply

  9. Posted by Saiful on 14/07/2013 at 5:56 am

    mohon share ya

    Reply

  10. […] Doa Qunut  (Klik Di Sini) […]

    Reply

  11. Posted by FaizS on 18/07/2014 at 11:02 am

    Salam. Yg romanised (in black fonts) mungkin ada salah sedikit. Terima kasih.

    Reply

Leave a comment