Doa Qunut Nazilah Bagi Penduduk Gaza Palestin

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

doakan rakyat palestin gaza.

Kini sekali lagi penduduk Islam di bumi Gaza Palestin diserang tentera Zionis Israel LAKNATULLAH. Seperti sedia maklum, Rejim Zionis Israel di bawah pimpinan Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Palestin dan menyebabkan ratusan nyawa yang tidak berdosa terkorban diserang dengan begitu kejam, rakus dan penuh agresif setiap hari.

Umat Islam sewajarnya bersatu mengecam sekeras2nya tindakan kejam tentera zionis Israel yang membedil penempatan rakyat Palestin sejak minggu lalu sehingga kini meranapkan 30 masjid, 980 kediaman dan mengakibatkan 120 syahid terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak.

Sehubungan itu, sama-samalah kita melakukan Solat Hajat khas dan membaca doa Qunut Nazilah bagi memohon keselamatan rakyat Palestin kepada Allah سبحانه وتعالى supaya bumi Gaza kembali aman dan diperkuatkan iman mereka.

“Ya Allah! Dikau selamatkanlah saudara2 kami di bumi Palestin sana dan Dikau perkuatkanlah keimanan, ketabahan hati dan tenaga mereka di bulan Ramadhan yang mulia ni, sebagaimana kuat dan cekalnya Jujungan Besar kami Nabi Muhammad .”

.

.

Panduan Dan Cara Doa Qunut Nazilah Bagi Penduduk Gaza 

.

Panduan dan cara membaca doa Qunut Nazilah untuk penduduk Islam di Gaza Palestin. Tujuan utama Doa Qunud Nazilah adalah untuk mendoakan rakyat Palestin yang kini ditimpa musibah supaya mendapat perlindungan daripada Allah سبحانه وتعالى.

.

Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada solat Tarawih dan setiap solat fardhu: Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Doa Qunut Nazilah ini juga digalakkan dibaca pada rakaat terakhir Solat Witir bermula 15 Ramadhan.

Doa Qunut Nazilah dibaca sambal menadah tangan pada rakaat terakhir selepas bangun dari Rukuk sewaktu sedang berdiri ketika I’tidal.

.

Ada tiga cara membaca doa tersebut. Bolehlah dipilih salah satu dari 3 cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut Subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

.

.

Doa Qunut Nazilah

.

Bagi mendapatkan Doa Qunut Nazilah  (Klik Di Sini)

.

.

Dengan berbekalkan doa Qunut Nazilah, umat Islam diseluruh negara boleh mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang kini menderita akibat kekejaman tanpa perikemanusiaan tentera Israel. Allah سبحانه وتعالىsentiasa bersama kita dan penduduk bumi Gaza. Amiinn

Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Seorang beriman dengan orang yang beriman yang lain seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan satu sama lain (dengan setiap batanya).” (Ibid)

.

Selain daripada mendoakan mereka, antum juga turut disaran berjihad kecil dengan menyalurkan sumbangan bantuan ke tabung2 khas yang diwujukan bagi membantu jihad saudara Islam kita di Palestin sana.

.

والله أعلم بالصواب

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Solat Sunat Hajat  (Klik Di Sini)
  2. Doa Qunut  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a comment