Mesir Dilanda Salji Selepas 112 tahun

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

.

Mesir dilanda salji tebal selepas 112 tahun | Ribut salji terburuk dalam tempoh lebih 50 tahun juga turut melanda kebanyakan negara Timur Tengah, kawasan-kawasan di Kaherah, Baitulmuqaddis, Jerusalem hingga ke Syria telah diselaputi salji tebal. Ia merupakan kali pertama penduduk Mesir telah melihat dan mengalami salji dalam tempoh lebih 100 tahun.

 

Media2 sosial pantas diisi dengan imej dan video landskap dan permainan balingan bola salji, tetapi di kawasan seperti Palestin dan Syria, ramai yang terperangkap kerana tidak bersedia. Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan kebimbangan bagi pelarian yang terperangkap dalam kesejukan, tetapi banyak keluarga tidak layak mendapatkan bantuan kerana mereka tidak berdaftar dengan PBB. Menurut Al Jazeera. Lapangan terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel, terpaksa ditutup pintunya  selepas salji tebal memenuhi lebuh raya utama.

 

Banyak bandar di negara2 Timur Tengah yang purata turun hujannya kurang dari satu inci setiap tahun, telah diselimuti salji. Ibu kota Mesir, Kaherah yang terkenal kerana panas dan rimas turut bertukar menjadi putih pada hari Jumaat lalu. Laporan berita tempatan mendakwa ia adalah salji pertama ibu negara Mesir itu dalam tempoh 112 tahun.

 

Orang Mesir telah menyaksikan salji buat kali pertama dalam hidup mereka dan ghairah menyiarkan gambar mereka di Instagram, Twitter dan Facebook.

Salah satu imej yang lebih pelik menunjukkan unta duduk dalam salji.

Salah satu imej yang lebih pelik menunjukkan unta duduk dalam salji.

 

Negara-negara lain termasuk Turki, Syria dan Israel juga mengalami salji meluas. Suhu telah menurun sehingga di Turki mereka telah di bawah purata bulanan dengan hampir 10C.

 

Di Baitulmuqaddis, ribut salji melanda dan salji setebal 10 sehingga 50 sentimeter memenuhi kota ini. Fenomena yang jarang berlaku itu menyebabkan aktiviti di kota ini lumpuh dengan suhu turun secara mendadak mencecah 2° Celsius ekoran salji berterusan.

 

Kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa juga turut dipenuhi dengan salji. Manakala beratus-ratus orang yang terkandas di dalam kenderaan mereka selepas jalan-jalan raya tidak dapat dilalui. Ia merupakan ribut salji yang terburuk sejak 20 tahun lalu sekali gus menyebabkan beberapa batang jalan raya dan sekolah terpaksa ditutup.

Beribu-ribu penduduk terpaksa bergelap selepas banyak kabel elektrik putus akibat dihempap dahan pokok yang patah. “Sepanjang 54 tahun saya hidup di sini, saya tidak pernah melihat pemandangan seperti ini (salji).” kata Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir Barkat.

Lebih menambah dugaan di Baitulmuqaddis, bandar yang biasanya panas dan lembab, mempunyai kisah yang berbeza sama sekali. Rebut salji yang turun telah disusuli dengan banjir yang luar biasa.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~shafiqolbu~

.

.

 

 

Leave a comment