Doa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

.

Doa bermaksud permohonan kepada Allah agar diperkenankan sesuatu hajat yang diminta atau menolak sesuatu musibah yang mungkin akan menimpa diri. Doa hanya boleh dipohon kepada Allah kerana Dialah yang Maha Agung, Maha Mengetahui dan Maha Memperkenankan.

.

Mengikut istilah syarie, ‘doa’ bermaksud; Pernyataan dan permohonan kehendak (hajat) kebaikan atau kebajikan duniawi atau ukhrawi seseorang hamba  kepada Allah Taala dan menyerahkan diri kepada kekuasaan (haul) dan kekuatan (quwwah) Allah Ta’ala.

.

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: Aku mengikuti sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Dan Aku selalu menyertainya sepanjang ia ingat kepada-Ku.”    (H.R. Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah pernah bersabda: “Tiadalah yang lebih dihargai oleh Allah selain daripada doa.”

.

Berdoa adalah ibadat pengabadian diri. Setiap kali kita melakukan solat dan membaca Al-Fatihah terdapat maksudnya: “Hanya Dikau yang kami sembah (abdikan diri), dan hanya kepada Dikau kami mohon pertolongan.”  Surah al-Fatihah, ayat 5.

Sabda Rasulullah SAW: “Doa itu adalah otaknya ibadat.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).

.

Doa dipohon sebagai tanda menginsafi dan menyedari diri manusia sangat lemah dan tidak mampu untuk menunaikan segala keperluan hidup. Firman Allah SWT: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”   (Surah al-Baqarah, ayat 186).

.

Berdoa hendaklah memperlihatkan permohonan yang sangat menghibakan dengan menyebut sesering mungkin, nama-nama Allah yang baik (Al-Asma’ Al-Husna) dan sifat-sifat Allah yang agung dan mulia, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raaf: 180: “Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu.” yang sangat diharapkan dengan melakukan hal tersebut, terkabulnya doa yang dipanjatkan.

.

Allah tidak membiarkan hamba-Nya yang memohon sesuatu dengan sepenuh hati pada keheningan malam dalam keadaan hampa. Sebagaimana firman-Nya; “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.”  (Mu’min: 60).

.

.

TUJUAN BERDOA

Tujuan orang mukmin memohon doa kepada Allah SWT adalah untuk:

  1. Mendapatkan rahmat dan rezeki daripada Allah ‘Azza wa Jalla.
  2. Memastikan permintaan yang dihajati itu mendapat restu dari-Nya.
  3. Mendekatkan diri kepada Illahi dengan menginsafi bahawa dirinya adalah ciptaan Allah Yang Maha Khaliq.

.

.

SYARAT DOA

Syarat-syarat berdoa bagi memastikan permohonannya diterima oleh Allah SWT adalah:

  1. Berdoa perlu penuh dengan keyakinan dan harapan.
  2. Doa mesti disertai dengan konsentrasi dan hati khusyuk.
  3. Gunakan bahasa yang mudah dan suara lunak.
  4. Berasa rendah dan hina diri, serta hadir di hati.
  5. Tidak berdoa untuk perkara maksiat.
  6. Tidak berdoa memutuskan silaturahim.
  7. Jangan berdoa untuk perkara-perkara mustahil atau ditegah.
  8. Jangan berdoa untuk keburukan diri sendiri atau orang lain.
  9. Yakin doa itu didengar dan diperkenankan.
  10. Doa hendaklah disertakan dengan kesabaran.
  11. Tidak gopoh. Jangan mengharap pengmakbulan serta-merta.
  12. Tidak menyalahkan Allah atau orang lain sekiranya doa masih tidak terkabul atau lambat dikabulkan.

.

.

Keterangan lanjut sila klik tajuk-tajuk di bawah ini:

ADAB BERDOA

TERTIB SUSUNAN DOA

WAKTU MUSTAJAB BERDOA

TEMPAT-TEMPAT MUSTAJAB BERDOA

CARA MUDAH DIKABULKAN DOA

.

.

DIPERKENANKAN DOA

Jangan cepat salahkan Allah jika doa tidak termakbul. Doa-doa atau ayat al-Quran yang dibaca bukanlah faktor utama kesembuhan atau kemakbulan doa, ia hanya merupakan kaedah-kaedah sebagai ikhtiar dengan tujuan untuk mendapatkan kemakbulan daripada Allah.

Sekiranya doa tersebut dikabulkan Allah dengan kadar segera, maka kita hendaklah bersyukur. Sebaliknya, hendaklah bersabar sekiranya doa yang dipohon lambat dikabulkan atau tidak dikabulkan sama sekali kerana Allah Maha Mengetahui rahsia terhadap qadak dan qadar ketentuan-Nya.

Doa yang dipohon ada kalanya diperkenankan ketika seseorang itu masih hidup dan ada doa yang diperkenankan, tetapi ditangguhkan di akhirat kelak.

.

Allah memperkenankan doa dalam tiga bentuk:

1.     Diperkenankan doa itu ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja yang dihajatkan.

2.     Doanya diperkenankan, tetapi hajat itu disimpan dan akan diberikan pada hari akhirat.

3.     Doa diperkenankan, tetapi bukan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan daripada keburukan dan bala bencana.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seseorang yang berdoa dengan sesuatu doa melainkan dikabulkan baginya, sama ada disegerakan baginya di dunia, dan ada kalanya ditangguhkan baginya di akhirat, dan ada kalanya baginya akan dihapus dosa-dosanya dengan kadar apa yang dia berdoa, selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu dosa atau memutus hubungan keluarga atau tergesa-gesa seraya mengatakan: Aku berdoa wahai Tuhanku, maka bagaimana Dikau tidak mengabulkan kepadaku.”   (HR Ahmad dan Hakim)

.

.

HIKMAH BERDOA

  1. Beristiqamah dalam berdoa dapat membentuk peribadi mulia.
  2. Doa akan diterima jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka ini akan membentuk sifat sabar, jujur dan ikhlas hati.
  3. Sebaik-baik hamba itu ialah mereka yang sentiasa melakukan sesuatu amalan terus-menerus, sentiasa ingat kepada Allah ketika senang dan susah, bukan hanya ketika susah dan melupakan-Nya ketika senang.

 .

.

41 responses to this post.

  1. Posted by mimi on 16/06/2012 at 8:57 pm

    Assalamualaikum
    Apakah hukum membaca doa kanzul arasy? saya telah mengamalkannya. tetapi baru-baru ini saya terbaca di internet yang hukumnya haram.
    harap saudara dapat membantu.
    terima kasih

    Reply

    • Waalaikumussalam w.t.h.

      Ramai ahli agama dan ulama’ berselisih pendapat berkenaan dengan amalan ‘Doa Kanzul Arsy’ yang mengandungi banyak ‘Asma Ul Husna’ tu…

      1. Terdapat satu ayat di bahagian hujung doa tersebut yang berbunyi “LAA ILAAHA ILLALLAAHU ‘IISARUUHULLAAH” (“Tiada Tuhan melainkan Allah, Isa adalah ruh Allah”).. banyak dipertikaikan kerana menyerupai ajaran Kristian…

      2. Ahli hadis mengatakan doa ini bukan daripada sunnah nabi..

      3. Penambahan melebihi ‘Asma Allah’ yang 99 itu, juga dipersoalkan.
      Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari.

      Atas alasan tersebutlah ada yang sampai mengharamkan dan ada juga yang mengharuskan dengan sebab-sebab tertentu…

      ~
      Sebagai solusi, terdapat satu lagi ‘Doa Kanz Al-Arasy’ yang disebut daripada Rasulullah SAW.. yang boleh Mimi amalkan iaitu kalimah

      لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ

      Daripada riwayat Imam At-Tabrani, Rasulullah SAW bersabda:

      ” أَكْثِرُوا مِنْ قَوْلِ : لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ ، فَإِنَّهَا مِنْ كَنْزِ الْعَرْشِ ، وَمَنْ أَكْثَرَ مِنْهَا نَظَرَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِ ، وَمَنْ نَظَرَ اللَّهُ إِلَيْهِ ، فَقَدْ أَصَابَ خَيْرَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ” .

      “Banyakkanlah menyebut perkataan ‘La Haula wala Quwwata illa billah’ kerana ianya Kanz Al-Arasy (khazanah Arasy). Dan sesiapa yang memperbanyakkan menyebutnya maka Allah SWT akan memandang kepadanya. Sesiapa yang Allah SWT pandang kepadanya, maka akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.”

      Daripada Abi Musa Al Ashari, Rasulullah SAW menyampaikan kepada beliau; “sukakah engkau wahai Abi Musa jika saya sampaikan kepada mu tentang Kanzul Jannah.” Maka kata beliau “Ya rasulullah”. Rasulullah SAW menjawab, “Bacalah LAHAWLAWALAQUWATAILLABILLA…..”. (Hadis riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

      Diriwayatkan lain oleh imam Ahmad Hambali dan imam Hakim daripada Abu Hurairah Rasulullah SAW bersabda, “Sukakah engkau saya sampaikan tentang satu kalimah di bawah arasy dari Kanzul jannah. Maka bacalah LAHAWLAWALAQUWATAILLABILLA….”.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam bishowab
      (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

      Reply

  2. Posted by ksanee7 on 23/07/2012 at 12:30 pm

    assalamualaikum, blog yang amat berguna dan membantu. tn ust. sya ingin bertanya. terdapat banyak doa selepas solat yang diamalkan sekarang ini. soalan saya ialah apakan doa yang selepas solat yang paling sesuai/ afdal dibaca . sekian

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Doa yang sesuai dengan keperluan sendiri… dimasukkan juga doa untuk ibubapa dan kesejahteraan ummah..

      Reply

  3. Posted by kfendi on 11/08/2012 at 10:56 am

    assalamualaikum tuan.
    1.apakah doa atau tasbih yg dibaca ketika sujud ketika membaca surah as sajaddah..
    2.apakah hukum nya sujud tersebut?
    3.adakah semua tanda sujud di lain2 surah perlu sujud juga..
    sekian..

    Reply

  4. Posted by fendy on 30/08/2012 at 3:11 am

    Slm, mohon ustaz beri contoh2 doa lepas solat yg ringkas tp padat doa yg merangkumi semua dunia dan akhirat yg dpt d amalkan. tq..

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah akan diusahakan…

      Reply

  5. Posted by fendy on 05/09/2012 at 9:24 pm

    Slm ustaz.. Boleh atau x kita mengaminkan doa yg dibaca oleh ustaz2 yg membaca doa di tv dan kita turut sama menadah tangan kepada yg Esa di atas doa yg dilafaz itu.. Tq..

    Reply

  6. Posted by fendy on 11/09/2012 at 3:52 pm

    Slm, ustaz masih x jawab soalan saya…..

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Maaf… terlepas pandang soalan ini…

      Adalah sunnah dan amat dituntut mengaminkan doa tersebut kerana ianya ditujukan untuk hadirin di studio dan para penonton amnya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  7. Posted by fendy on 14/09/2012 at 7:11 am

    Tq ustaz..

    Reply

  8. Posted by farhana on 09/10/2012 at 9:41 pm

    Salam ustaz saya nk tanya bagi umat islam yg perlu menghadapi musuh luar dan musuh dalam cukupkah dgn hanya berdoa?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Setiap orang mesti melaksanakan apa yang telah diamanah dan difitrahkan… seperti pekerja wajib menyelesaikan dengan baik tugas yang diberi dan diamanahkan, manakala pelajar pula seharusnya berusaha menimba seberapa banyak ilmu dan berusaha mendapatkan keputusan cemerlang. Seterusnya barulah dapat dimartabatkan nama, kepakaran, kecemerlangan jabatan dan kementerian ke peingkat Negara dan antarabangsa bagi menghadapi segala jenis perlekehan dan musuh samada dari dalam mahupun dari pihak luar.

      Jangan lupakan doa itu juga adalah suatu senjata bagi orang2 Islam.

      Ringkasnya setiap mukmin perlu berusaha dan berikhtiar sehabis dan sebaik mungkin terlebih dahulu kemudian barulah berdoa dan bertawakal kepada Allah Subhanallahu Ta’ala.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  9. Posted by Nur Syanizawaty Bt Mohd Saad on 16/10/2012 at 7:42 pm

    Assalammualaikun Uataz..
    saya nak tanya boleh tak kita membaca doa dengan ayat yang pendik?

    Reply

  10. Ass. Wr Wb.
    Trima kasih saya haturkan , mohon ijin saya copy amalam bulan Muharam dan Doa .Wassalam.

    Reply

  11. Posted by HAMZAH AMIR on 23/11/2012 at 3:03 pm

    salam ustaz boleh kah kita berdoa dalam bahasa rumi atau melayu agar dapat difahami oleh anak-anak serta jemaah yang saya imamkan

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tahniah Sdr.Hamzah atas amalan berjemaah ini…sebaiknya dibacakan kedua2nya sekali Arab & Melayu supaya selain difahami, para jemaah juga boleh dibiasakan dengan bahasa syurga.

      Reply

  12. Posted by nurfaezah on 09/01/2013 at 2:38 pm

    assalam,ustaz blh tak bg doa mempercepatkan jodoh?? terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Insya-Allah…. akan menyusul..

      Reply

  13. Posted by nurfaezah on 15/01/2013 at 12:48 pm

    terima kasih ustaz..:)

    Reply

  14. Posted by nurul on 13/06/2013 at 9:42 pm

    Assalammualaikum.. Adakah kita boleh berdoa dlm bahasa melayu . Contoh..doa sebelum tido..bolehkah doa tersebut dibaca dalam bahasa melayu?

    Reply

  15. Posted by firdaus on 04/09/2013 at 4:35 pm

    tuan blog.. saya mohon kebenaran sharing…

    terima kasih

    Reply

  16. Posted by Abdul Malek Osman on 06/07/2014 at 11:47 am

    Assalamualaikum Tuan, saya mohon Tuan berikan doa takbir dimalam hari raya

    Reply

  17. Posted by roslee on 12/07/2014 at 8:50 am

    Alhamdulillah…. pada sya yg jahil ini blog ini amat berguna pada saya

    Reply

  18. Posted by Hisham on 22/07/2014 at 7:08 am

    Assalamualaikum Ustaz,

    Maafkan saya kalau saya tersilap tapi,

    Allah tidak membiarkan hamba-Nya yang memohon sesuatu dengan sepenuh hati pada keheningan malam dalam keadaan hampa. Sebagaimana firman-Nya;

    “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.” (Mu’min: 60).

    (Surah Mu’min ayat 60). Bukan Surah Al Mu’min, mungkin Surah Ar Ghafir?

    Reply

  19. […] ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:- . 1)      Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan 2)      Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat […]

    Reply

  20. Posted by huzaimah on 31/07/2014 at 11:34 am

    Assalam. Saudara apakah doa utk penahan haid bagi yang akan mengerjakan haji. Tkasih wassalam.

    Reply

  21. Posted by roslan on 20/08/2014 at 12:38 pm

    assalamualaikum ustaz..saya nak tanya,doa untuk murahkan rezeki dan pertolongan apabila menghadapi kesukaran hidup yang dilalui setiap manusia..tolong berikan..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Akhi Roslan boleh dapatkan doa tersebut dengan menaip ‘Doa Rezeki’ di ruang search penjuru kanan atas blog ini. Di samping itu jangan ditinggalkan solat2 fardhu dan solat sunat Fajar, Dhuha dan Witir serta sentiasa mengamalkan membaca surah Al-Waqiah. Insya’Allah dapat membantu.

      Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

      رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا.

      Maksudnya:
      “Dua rakaat sebelum Subuh itu lebih baik dari dunia dan isinya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

    • Posted by azanis on 13/06/2017 at 3:01 pm

      Doa riziki yang bermaksud: ” Ya Allah Tuhan kami,Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit untuk menjadi hari raya bagi kami iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripada Mu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah riziki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi riziki.”

      Reply

      • Posted by azanis on 13/06/2017 at 3:29 pm

        doa riziki Juz al maidah ayat 1-4

        Doa agar dapat lunasi hutang terjemahan yang bermaksud
        “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari (hal yang) menyusahkan dan menyedihkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, pemiutang dan penindasan orang”. hr al-bukhari 7/158

    • Posted by azanis on 13/06/2017 at 3:12 pm

      doa ketika menghadapi kesukaran Terjemahan yang bermaksud:

      “Tiada Tuham melainkan Allah Yang Maha Besar dan Maha Sabar, Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan Arasy yang besar, Tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan yang memiliki langit dan bumi, Tuhan Arasy yang mulia”.

      baca doa ini mengikut bilangan ganjil.

      Reply

  22. Assalammualaikum ustaz. Saya sering menjengok blog ustaz untuk rujukan. Terima kasih atas perkongsian ustaz. Saya nak bertanya, macam mana nak dapatkan kekuatan dalaman jika ibadah mahupun doa kita tidak khusyuk? Dan bagaimana untuk kita dapatkan keyakinan dan pergantungan hanya padaNya. Boleh tak ustaz kongsikan amalan dan doa yang patut diamalkan.

    ~insanygmencarinurIlahi~

    Reply

  23. Posted by azanis on 13/06/2017 at 3:39 pm

    assalamualaikum saya kongsikan caranya
    1.berzikir dengan mengingati terjemahan dalam hati serentak ketika kita lafazkannya.
    2.sebelum beribadat berwuduk dan berdoa agar hati kita tidak was was
    3.baca surah All Ikhlas beberapa kali serta Surah An Nas.
    4.memohon ampun kepada Allah swt.
    5.Disamping berselawat
    6.sebelum laksanakan ibadat solat.( tidak memikirkan hal dunia cuma fokus ingati kebesaran Allah swt. dan rasa bersyukur dan takutkan balasan atas kesilapan kita dimasa silam).
    Wallahu alam

    Reply

Leave a comment