Solat Sunat Rawatib

Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatibyang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.

Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.

.

Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)

Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)

Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)

.

Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.

.

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)

.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

.

.

Solat sunat Rawatib yang mu’akkad

  1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
  2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
  5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak

.

Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 raka’at Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 raka’at sahaja.

.

.

CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB

1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Ba’diyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah).

.

2.  Niat Solat Rawatib:

a.  Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)

Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

.

b.  Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas).

Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

.

3.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat 1:  Surah al-Kafirun

Rakaat 2:  Al-Ikhlas

.

.

Peringatan:

  • Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah.
  • Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.
  • Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjama’ah.
  • Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
  • Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.

.

.

Qada solat Rawatib

Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad.  Rasulullah SAW bersabda; “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)

Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.

.

Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

Daripada Kitab ‘Mughni al-Muhtaj’; “Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya.”  Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu.

.

by; shafiqolbu

.

146 responses to this post.

  1. Posted by fadhillah on 13/08/2013 at 10:14 am

    assalam ustaz.. saya lakukan fardhu isya jam 8 dan saya lakukan sunat ba’diyah jam 9/10? adakah diterima solat saya?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selagi masih bellum luput waktu Isyak, InsyaAllah akan diterima.

      Reply

  2. Posted by ismail on 03/09/2013 at 3:58 pm

    assalamualaikum, saya nak minta izin share..

    Reply

  3. Posted by firdaus on 06/09/2013 at 3:22 pm

    assalamulaikum.

    saya keliru dengan solat sunat rawatib ini. adakah solat sunat nie dilakukan sebelum azan tau selepas azan. saya mohon penjelasan dari anda.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Solat Rawatib yang Qobliyah adalah selepas masuk waktu atau azan dan sebelum melakukan solat fardhu, manakala solat Ba’diyyah adalah selepasnya, sebelum masuk waktu solat berikutnya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  4. adakah solat sunat sebelum subuh dilakukan sebelum azan subuh atau selepas azan subuh? terima kasih

    Reply

  5. Posted by ary on 09/09/2013 at 11:32 am

    Salam,
    Ustaz boleh ke kita solat sunat rawatib kalau banyak solat qadha yang kita belum ganti atau kita boleh solat qadha tp jgn solat sunat rawatib sebelum dan selepasnya dan solat fardhu kita boleh buat rawatib???? Kalau buat macam nie.. solat qadha dulu lepas tu rawatib dan sambung solat fardhu..boleh ke ustaz????

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Boleh dilakukan seperti apa yang dinyata… tapi langkah terbaik hendaklah diqadha kesemua solat fardhu yang tertinggal terlebih dahulu kerana kita tidak tahu bilakah ajal datang menjemput dan kita tak mahu berhutang dengan Allah SWT..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  6. Posted by nadia on 11/10/2013 at 2:34 pm

    Minta izin share yer

    Reply

  7. Posted by afrina on 31/10/2013 at 3:40 pm

    Assalamualaikum Ustaz,

    Bagaimanakah aliran solat sunat rawatib dan solat wajib, perlukan kita berhenti dahulu membaca doa dan meneruskan solat badiyah seusai solat wajib?
    Perlukah kita bersolat di tempat yang berlainan untuk semua solat di atas? apakah justifikasi/dalil yang menyuruh kita solat di tempat yang berlainan.

    Ampun maaf kalau ada terkasar bicara. Terima Kasih in advance.

    Terima Kasih.

    Reply

  8. Posted by amirul_syazwan on 04/12/2013 at 8:26 am

    1) Solat rawatib boleh ditunaikan di tempat yg sama tak?
    Contoh : saya menunaikan solat Zuhur di rumah.. Selepas selesai menunaikan solat Zuhur saya ingin melakukan solat Sunat Rawatib Ba’diyyah.. Saya perlu mgubah kedudukan ke tmpat yg lain atau tidak ?

    2) jika saya niat ‘ Sahaja aku solat sunat 2 rakaat sebelum Zuhur ‘ bleh atau tidak?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      1) Boleh..tapi adalah sunnah beralih sedikit tempatnya.

      2) Sah lengkap niatnya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  9. Posted by amirul_syazwan on 04/12/2013 at 10:17 am

    Assalamualaikum.. Solat sunat rawatib boleh ditunaikan di tmpat yg sama selepas/sebelum menunaikan solat fardhu atau tidak boleh??

    Terima kasih

    Reply

  10. Posted by Azman on 24/01/2014 at 12:45 pm

    Assalamualaikum .. ana ingin bertanyakan 1 soalan.. apakah solat sunat yang kebiasaan orang lakukan semasa azan pertama pada hari jumaat selain daripada solat sunat tahiyyatul masjid?? adakah solat sunat tersebut solat sunat qabliyah zohor ?? terima kasih ..

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Ya, betul…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  11. assalamualaikum ustaz….sejak januari 2014 (baru jumpa blog ni)….sangat2 membantu diri sy….sy sgt bersyukur pd Allah kerana blog ini tlh menarik sy ke arah melakukan solat sunat yg jarang sy lakukan sebelum ni….alhamdulillah…byak panduan nya..terima kasih…semoga Allah tambahkan rezeki ustaz/admin dan diberi kesihatan yg baik utk terus membawa kebaikan kpd semua…aaaamiiin ya RABBAL AALAMIIIN,…

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      آمِيّنْ… آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

      Alhamdulillah… dapatkanlah juga panduan yang lebih tepat daripada guru2 yang muktabar terutama dari segi bacaan ayat arabnya…

      Semoga dapat disebarkan ilmu di sini kepada ahli keluarga dan para sahabat…

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  12. Posted by Mohd Yusof Johari on 11/04/2014 at 8:56 am

    Ustaz,
    Saya masuk ke dalam Masjid setelah azan jumaat.
    Adakah saya perlu solat Tahiyatul masjid atau Solat terus Qobliyah Jumaat

    Reply

    • Dirikanlah Solat Tahiyatul Masjid…

      Reply

      • Posted by Donis on 31/05/2014 at 1:56 pm

        Maaf pak maksut saya saya baru pulang kerja setelah fardhu zhuhur..
        Boleh gak saya sholat rawatib setelah fardhu zhuhur 6 rakaat 3 salam.? Atau boleh gak saya tambahkan sholat rawatib 4 rakaat 2 salam setelah isyak,,? sehingga saya bisa sholat rawatib 12 rakaat perhari?
        Dan sholat rawatib itu di lakukan setelah atau sebelum azan? Saya mohon bantuan nya

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        1. Akhi Doris lakukanlah Solat Rawatib seperti jadual di atas bagi mencukupkan sehingga 12 rakaat. Kita tidak dituntut menjadikannya kepada 6 dan 4 rakaat seperti dinyatakan kerana waktu tersebut kita lebih dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan keluarga. Rasulullah SAW lebih memberatkan umatnya agar tidak ditinggalkan Solat Sunat Fajar Dan Solat Baadiyah Maghrib kerana fadhilatnya yang besar.

        2. Solat Rawatib Qobliyyah itu dilakukan sebaik saja masuk waktu sesuatu solat, tidak semestinya selepas azan kerana adakalanya azan lewat (lambat) dikumandangkan tepat pada waktunya di atas sesuatu sebab. Manakala Solat Baadiyah dilakukan seudah solat fardhu sehingga berakhir waktu solatnya.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  13. Salam ustaz…

    Jika kita belum boleh hafal surah-surah untuk solat sunat, boleh tk kita lafaz niat solat sunat berkenaan dan alfatehah sahaja? Atau baca surah lain yg kita tau..?

    Reply

  14. ALHAMDULLILLAH saya baru menjumpai blog yg amat bermakna ini sempena Rmadan yg mulia ini.semoga ALLAH merahmati anda d keluarga.

    Reply

  15. Posted by mimi on 24/07/2014 at 12:21 pm

    salam ustaz….nak tanya…boleh kah hanya membaca al fatihah sahaja tanpa membaca surah lain kerana di masjid saya lihat kebanyakan orang solat dengan begitu cepat seperti tidak membaca surah lain selepas al fatihah…mohon penjelasan….tkasih.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      1. Tidak perlu dibaca jika sebagai makmum solat berjemaah.
      2. Sekiranya dalam solat sendirian.. sunat dibaca surah.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  16. Posted by haziq adli on 28/07/2014 at 8:07 am

    Assalamualaikum ustaz, bolehkan di lakukan solat sunat Qabliyyah 2 atau 4 rakaat sebelum solat fardhu asar?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Bolehh… malah itulah yang disarankan.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,211 other followers

%d bloggers like this: