Solat Sunat Rawatib

Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatibyang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.

Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.

.

Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)

Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)

Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)

.

Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.

.

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)

.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

.

.

Solat sunat Rawatib yang mu’akkad

  1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
  2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
  5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak

.

Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 raka’at Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 raka’at sahaja.

.

.

CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB

1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Ba’diyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah).

.

2.  Niat Solat Rawatib:

a.  Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)

Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

.

b.  Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas).

Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

.

3.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat 1:  Surah al-Kafirun

Rakaat 2:  Al-Ikhlas

.

.

Peringatan:

  • Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah.
  • Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.
  • Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjama’ah.
  • Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
  • Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.

.

.

Qada solat Rawatib

Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad.  Rasulullah SAW bersabda; “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)

Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.

.

Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

Daripada Kitab ‘Mughni al-Muhtaj’; “Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya.”  Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu.

.

by; shafiqolbu

.

152 responses to this post.

  1. Posted by Stan on 08/06/2012 at 12:37 am

    salam,

    Boleh memperjelaskan lagi solat sunat qabliyyah 4 rakaat tu? adakah ianya solat 2 rakaat dua kali atau 4 rakaat sekaligus? maaf sebab bertanya.

    Reply

    • Salam,

      Solat Rawatib Zuhur boleh dilakukan dengan dua cara iaitu satu salam atau 2 salam (4 rakaat sekaligus).. yang muaqad 2 rakaat sebelum dan selepas solat fardhu Zuhur.
      Maaf lewat jawab… terlepas pandang…

      Reply

      • Posted by faiq on 10/07/2013 at 12:17 pm

        Salam,

        maaf ustadz saya ingin bertanya..
        sebenarnya shalat Al – Fajr itu sama dengan shalat shubuh atau tidak?

        Shukran

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Shalat Al – Fajr (Solat Fajar) atau shalat shubuh adalah sama dengan Solat Fardhu Subuh. Manakala Solat Sunat Fajar (Solat Sunat Subuh / Shalat Sunah Shubuh ) dinamakan solat Rawatib Subuh atau solat sunat pengiring sebelumnya.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

    • Posted by lily on 22/07/2013 at 7:14 am

      assalam..ustaz..boleh x kalau kita nak solat qasar dan jamak sekali gus sebelum memulakan perjalanan.. ??contohnya,solat jamak taqdim. tunai solat zuhur dan asar dalam waktu zuhur 2 rakaat ..

      Reply

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Setelah keluar dari kawasan kariah, Ukhti Lili boleh melakukan sekaligus solat jamak dan qasar… dan sebelum memulakan perjalanan hanya dibolehkan solat sunat Musafir.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

      • Posted by aliosya on 21/08/2013 at 3:57 pm

        Mungkin ustaz terlepas pandang. Cik lily tanya dia nak solat tu “sebelum” memulakan perjalanan… Kalau sebelum memulakan perjalanan tak boleh jamak dan qasar…

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        Alhamdulillah, syukur atas teguran Akhi Aliosya…

        Telah ana perbetulkan jawapan terlepas pandang tersebut…

        Jazaakallaahu Khairan Katsiran…

  2. Posted by jannah on 13/06/2012 at 2:18 pm

    Salam, apabila mengerjakan solat Sunat rawatib sebelum zuhur, adakah harus menunggu selepas waktu azan zuhur berkumandang?

    Reply

    • Salam,
      Solat Sunat Rawatib Qabliyyah sesuatu solat fardhu mesti dilakukan selepas nyata dan yakin masuknya waktu solat tersebut. Jika Jannah mendirikannya sebelum azan Zuhur, berkemungkinan Jannah telah solat pada waktu yang dilarang dan ditegah…

      Reply

      • Posted by hani on 26/02/2013 at 6:08 pm

        assalamualaikum..maknanya..kena tunggu azan dulu..kalau dah azan..lakukan solat rawatib baru solat fardhu ker?

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Ya! Tepat sekali Ukhti Hani, begitulah caranya…

  3. Posted by Adek wahab on 04/07/2012 at 5:54 am

    As salam…ingin bertanya…batal ke solat rawatib sebelum dan selepas jika tidak membaca surah pilihan, hanya membaca surah Al fatihah di kedua2 rakaat…

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Membaca surah atau ayat Al-Quran selepas bacaan al-Fatihah dalam sesuatu solat adalah sunat Hai’at, iaitu akan meraih ganjaran pahala sekiranya dilakukan dan jika Adek tinggalkan tidaklah sampai membatalkan solat tersebut.

      Reply

  4. Posted by DESLY on 11/07/2012 at 5:54 pm

    SALAM,ADAKAH SALAH MELAKUKAN QABLIYAH MAGHRIB..APA ERTI MUAKKAT..

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Untuk pengetahuan Desly ‘Sunat Muakkad’ adalah sesuatu amal/ibadah yang amat digalakkan dan sangat dituntut untuk melakukannya.

      Melakukan Solat Sunat Qabliyyah Maghrib tidak menyalahi sebarang hukum malahan ianya merupakan suatu sunnah Nabi Muhammad SAW.

      Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

      Reply

      • Posted by fahmi on 13/09/2012 at 10:55 am

        Salam..
        Skadar membetulkan statement di atas..Qabliyyah adalah “sebelum” & hadis di atas adalah sesudah Maghrib (Badiyyah)..syukran..

      • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        MasyaAllah… Astaghfirullah … maafkan ana tersilap pandang…

        Alhamdulillah, syukur Sdr.Fahmi sudi menegur…Jazakallahu Khairan Kathiran…

        Kepada Sdri.Desly…maafkan ana tersilap jawab…

        Tidak salah melakukan QABLIYAH MAGHRIB kerana hukum solat sunat dua rakaat sebelum Maghrib adalah sunnah, diberi pahala orang yang melakukannya dan tidak berdosa orang yang meninggalkannya. Namun demikian kesunatan solat dua rakaat Qabliyah Mghrib adalah ‘Ghair Mu’akkad’ (tidak dikuatkan).

        Dari Abdullah bin Mughaffal, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Solatlah kamu dua rakaat sebelum solat maghrib!”. Kemudian Baginda bersabda sehingga tiga kali: “Bagi siapa yang suka melakukannya.” Perkara ini kerana Baginda tidak mahu kalau nanti orang-orang menjadikannya sebagai sesuatu yang wajib dilakukan.” (Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Abu Daud)

  5. Posted by mi on 18/07/2012 at 10:29 pm

    Assalamualaikum wbt.
    adakah mesti kita solat sunat sebelum solat fardhu sebaik sahaja azan habis atau walau telah lama masuk waktu kita masih boleh tunaikan solat sunat sebelum solat fardhu??

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum melakukan sesuatu solat fardhu tetapi yang seafdalnya sebaik sahaja habis azan.

      Reply

  6. Posted by wan zulaiha on 26/07/2012 at 3:19 pm

    as salam …bolehkah kita bc doa hanya solat yg terakhir(cthnya: mula2 solat sunat wuduk,solat sunat rawatib qabliyahh zohor,solat fardhu zohor dan yg last solat sunat rawatib ba’diyahh zohor – baru baca doa

    Reply

    • السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Bolehh…tapi bacalah doa ringkas setiap kali lepas solat fardhu kerana besar fadhilatnya…

      Reply

  7. Posted by nor on 27/07/2012 at 2:49 pm

    Salam..

    Sekiranya kita melakukan contoh solat sunat qabliyahh zohor maka adakah wajib kita menunaikan solat sunat ba’diyah zohor selepas solat fardhu zohor? Sekiranya tidak ditunaikan solat sunat ba’diyah zohor apakah hukumnya?

    terima kasih

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat Sunat Qabliyah dan Ba’diyah Zuhur adalah solat Muakkad iaitu solat Rawatib yang amat digalakkan dan dituntut melakukannya. Jika tidak melakukan kedua-duanya atau salah satu daripadanya, tidaklah wajib atau berdosa tapi telah melepaskan suatu fadhilat yang besar.

      Reply

  8. Posted by Nazatul on 27/07/2012 at 4:16 pm

    solat sunat subuh ini dilakukan apabila ktia mendengar azan berkumandang dahulu atau sebelum azan subuh dilaungkan dan setelah itu baru boleh dikerjakan solat fardhu subuh? inginkan penjelasan…

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat sunat Subuh/Fajar dilakukan sebelum mendirikan solat fardhu Subuh.. iaitu sebaik sahaja masuk waktu solat Subuh. Kadang kala ia boleh dilakukan sebelum azan Subuh, jika muazin/bilal terlewat mengumandangkannya.

      Reply

  9. Posted by wan zulaiha on 28/07/2012 at 10:42 am

    اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
    Solat sunat sebelum fardhu Subuh tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.Boleh terangkan bagaimana niatnya dan jika diniatkan Qabliyyah adakan batal solat itu.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebahagian ulamak menyatakan tidak perlu disebut Qabliyyah pada niat solat sunat sebelum Subuh dan Asar..cuma sekadar solat sunat Subuh/Asar sahaja. Walau bagaimanapun solat tetap sah jika disebut Qabliyyah. Dan pada waktu Subuh boleh juga disebut dengan ‘solat sunat Subuh’ atau ‘solat sunat Fajar’:-

      Niatnya:

      أُصَلِّىْ سُنَّةَ الْفَجْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَىَ
      “Daku menunaikan solat sunat Fajar dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  10. Posted by Zaili on 06/08/2012 at 6:58 am

    Apabila melakukan solat rawatib 4 rakaat, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepasZuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
    Bagaimana pula dengan saya yang telah melakukan dosa yang lalu. Tolong beri penjelasan?

    Reply

    • Rahmat Allah Azza Wa Jalla sentiasa terbuka untuk mereka yang mencari jalan kebenaran. Terlebih dahulu Sdr.Zaili lakukanlah solat Taubat Nasuha bagi menyucikan segala dosa. Kemudian barulah beristiqomah melakukan Solat Sunat Rawatib tersebut.

      Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222). Dan FirmanNya lagi: “Maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah (dengan kembali mentaati-Nya). Sesungguhnya Tuhan kekal mendengar dan memperkenankan segala permohonan dan bersedia menerima taubat hamba-Nya.” (Surah Hud, ayat 61)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

    • Posted by masykur ilyas on 29/11/2013 at 10:04 pm

      Shahihkah hadist yg melakukan shalat sunat 4 rakaat sebelum shalat zuhur dan sesudahnya

      Reply

  11. Posted by kfendi on 21/08/2012 at 8:25 am

    assalamualaikum ustaz..
    minta pencerahan dari ustaz..
    ketika sampai di masjid solat fardhu dah nak mula.. mana yg lebih utama solat sunat rawatib atau solat sunat tahiyatul masjid?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sdr.Kfendi lakukan solat sunat Rawatib yang mana ianya sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

      Reply

    • Posted by Muhamad on 11/09/2014 at 3:03 pm

      Salam..saudara kfendi…bilamana sampai dimasjid dan solat fardhu dah nak mula..yg lebih utama lakukan solat fardhu..(setelah masuk masjid,baca TASBIH sebanyak 4 kali, setelah selesai niat ‘itikaf’)…tinggalkan solat sunat rawatib itu kerana kita kena lihat bab keutamaan amalan(fiqh aulawiyat).SEBAB perkara/amalan sunat tidak boleh mengatasi fardhu. Seperkara lagi..kalau anda masuk masjid dan melihat ketiadaan waktu yg mencukupi untuk melakukan smbhyg sunat tahiyyatul masjid diikuti dgn sunat qabliyah, anda tidak perlu melakukan sunat tahiyyatul masjid TETAPI lakukanlah sunat qabliyah itu..yg mana sunat qabliyah itu secara otomatik telah menjadi sunat tahiyyatul masjid disebabkan keutamaan itu tadi..anda boleh berniat ‘itikaf’ slps selesai mengerjakan smbhyg sunat qabliyah itu.Wallahu’alam.

      Reply

  12. Posted by zaffan on 30/08/2012 at 11:13 am

    Assalamualaikum Ustaz,

    bagaimana pula lafaz niat solat sunat Rawatib utk fardu Jumaat ustaz?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Niat solat sunat Rawatib utk fardu Jumaat adalah seperti berikut;

      1. Niat solat sunat qobliah (sebelum) Jumaat:
      اُصَلِّى سُنَّةَ الْجُمْعَةِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى. اَلله ُ أَكْبَرُ
      Daku solat sunat sebelum Jumaat, dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

      2. Niat solat sunat ba’diyah (selepas) Jumaat:
      اُصَلِّى سُنَّةَ الْجُمْعَةِ رَكْعَتَيْنِ بَعْدِيَّـةً لِلَّهِ تَعَالَى. اَلله ُ أَكْبَرُ
      Daku solat sunat selepas Jumaat, dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

      Reply

  13. Posted by Rukiah bte .nekmat on 04/09/2012 at 7:15 am

    Ketika mengerjakan smbahyang sunat 4 rakaat satu salam perlukah dibaca tahiyat awal

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Diharuskan tidak membacanya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by nizam on 20/12/2012 at 4:07 pm

        kalau baca sunat kan

      • Jika dapat dibaca bertambah sempurnalah solat dan pahalanya..

      • Posted by nizam on 03/01/2013 at 3:03 pm

        kalau macam solat sunat dhuha dan tahajjud boleh juga kan 4 rakaat sekaligus,dan yang mana lagi baik buat 2 rakaat 2 rakaat ataupun 4 rakaat sekaligus?

      • Posted by nizam on 03/01/2013 at 3:20 pm

        maaf tambah sikit lg,kenapa ada yg ckp x blh 4 rakaat sekaligus,khilaf ke ni,dan mcm sambung solat sunat tarawih kt rumah blh lah buat 4 rakaat sekaligus.witir pn blh 3 rakaat sekaigus ke?mohon penjelasan

  14. Posted by Aisyah on 27/09/2012 at 7:42 pm

    assalamualaikum..sy nk mnta izin copy jadual soat sunat rawatib ni..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jangan lupa berikan juga kredit pada Blog Shafiqolbu…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  15. Posted by kfendi on 30/09/2012 at 4:58 am

    assalamualaikum ustaz..
    saya terdengar dalam satu kuliah adalah haram mengerjakan solat sunat selagi tidak mengqada’ solat2 fardhu.. Saya banyak meninggalkan solat bahkan bertahun2 lamanya saya tidak solat.. kini saya telah taubat nasuha dan saya bersungguh2 belajar dan bersolat sebaik-baik nya kerana Allah.. persoalan saya adakah haram saya solat sunat seperti solat taubat, tahajjud dan solat rawatib selagi saya tidak qada’ sedangkan saya sendiri tidak pasti dengan tepat jumlah solat fardhu yang harus saya qada’..
    harap saya mendapat pencerahan dari ustaz.
    sekian terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah, Sdr.Kfendi telah mula qadha dan memantapkan kualiti solat… Semoga Allah SWT terus cekalkan hati Sdr. untuk beristiqamah….

      Tidaklah haram melakukan solat2 sunat tersebut, dengan syarat dalam masa yang sama Sdr. sentiasa mengqadha solat ditinggalkan dan menjaga solat2 fardhu.

      Hanya Sdr. sendiri yang mengetahui sebanyak mana solat yang ditinggalkan… qadhalah dan catatkannya sehingga hati berasa tenteram dan rasa yakin telah selesai kesemuanya. Jika Sdr. terlebih qadha pun tidak mengapa, InsyaAllah ianya akan menjadi pahala solat sunat…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by nizam on 20/12/2012 at 4:02 pm

        salam ustaz

        boleh x qada,tetapi teruskan bertaubat dan penuhkan solat lima waktu.
        sekian.

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Bolehh…tapi adalah lebih baik jika dapat diselesaikan segala hutang-piutang sebelum ajal tiba…

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  16. Posted by faizul on 01/10/2012 at 8:40 am

    ANA MINTA IZIN COPY MAKLUMAT DLM BLOG ANTA..SYUKRAN

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Berikanlah juga backlink / kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  17. Posted by Khir on 20/10/2012 at 6:51 pm

    Assalamualaikum,

    Sy ingin bertanya, bolehkan melakukan solat rawatib ini bg orang yg musafir?
    Contohnya, musafir yg mengerjakan jamak qasar taqdim dan ta’khir bg waktu zohor, asar, magrib dan isya’?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Harus melakukan Solat sunat Rawatib.. ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk golongan musafir yang mendirikan solat fardu secara qasar.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  18. Posted by naniandriyansahboy on 19/11/2012 at 8:08 am

    assalamualaikum ustadz…
    sebelumnya saya minta maaf, saya ingin menanyakan hal lain dr apa yg dibahas.

    Ustadz, saya ini ana orang kampung yg merantau ke ibukota mencari nafkah, klo dihitung saya lebih lama hidup di ibu kota dari pada di kampung sendiri, kadang 2bln baru pulang kampung untuk beberapa hari. menurut ustadz apakah saya termasuk musafir di ibukota ?? klo iya apakah jika saya ikut sholat jum’at berjamaah di ibu kota, apa itu diperbolehkan?
    apa tindakan saya termasuk menyelisihi sunnah sehingga saya akan berdosa? karena nabi tidak pernah sholat jum’at dlm keadaan safar ?? Dalil dalam masalah ini adalah tidak adanya satupun dalil yang menunjukkan kalau Nabi dan para sahabat beliau mengerjakan shalat jumat dalam keadaan safar. Di antarnya adalah hadits Jabir bin Abdillah radhiallahu anhuma yang panjang dalam riwayat Muslim no. 1218 tentang sifat haji Nabi shallallahu alaihi wasallam,
    mohon penjelasanya….

    Jazakallohu khoiron

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Seseorang itu hanya boleh dikatakan Musafir sekiranya ingin melakukan perjalanan melebihi jarak 2 marhalah (96km) dan tempohnya tidak melebihi 5 hari (termasuk hari perjalanan pergi dan balik).

      2. Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama 3 hari dan musafir yang memulakan perjalanannya setelah terbit fajar subuh pada hari Jumaat. Tetapi sekiranya dimulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh maka tidak diwajibkan solat Jumaat.

      3. Sekiranya naniandriyansahboy bekerja di ibu kota, sudah tentulah tinggal menetap melebihi daripada 3 hari…dan sudah tamat keistimewaan bermusafir tersebut, maka wajiblah bersolat Jumaat…jangan ditinggalkan tanpa ada sebarang keuzuran..

      Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
      “Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk.” (Hadis riwayat Abu Daud)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by Muhamad on 11/09/2014 at 3:12 pm

        Salam..maaf yer Ustaz..bukan nk tegur cuma nk memperbetulkan jawapan diatas..bukannya 4 atau 5 hari, lebih tepatnya 3 hari tidak termasuk hari tiba dan hari bertolak…kalau melebihi 3 hari ianya sudah tidak boleh lagi mengerjakan sembahyang Jamak..kena mengerjakan sembahyang Tamam(seperti biasa). Wallahu’alam.

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        Alhamdulillah… ana maksudkan 3 hari… 5 hari TERMASUK 1 hari bertolak pergi dan sehari kembali.

        جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

  19. Posted by HAFIZ on 20/11/2012 at 3:42 pm

    اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
    Mohon copy ilmu2 didalam blog ini sebagai panduan dan pelajaran insyallah.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Kongsi jugalah dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini… Selamat beramal…

      Reply

  20. Mohon share, mudah2an Allah memberi kesihatan dan kekuatan kpd ustaz utk teruskan perkongsian ilmu yg amat berguna ini.

    Reply

  21. […] Sumber asal : shafiqolbu […]

    Reply

  22. Posted by wan on 03/12/2012 at 5:43 pm

    Salam,
    Bolehkan kita solat sunat rawatib jika solat fardhu itu qada? Contohnya kita qada solat fardhu subuh bolehkan di lakukan solat rawatib qabliatan?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jika Solat Subuh itu saja yang Wan tertinggal, diharuskan melakukan qadha Rawatib… tapi sekiranya banyak lagi solat fardhu yang belum diganti, maka tidak boleh dilakukan Solat Rawatib pada solat qadha…hendaklah diselesaikan dahulu yang wajib…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  23. Posted by eyan on 09/12/2012 at 9:11 pm

    trima kasih info Yang anda berikan. semoga Allah memberikan anda keberkatan.

    Reply

  24. Posted by wan on 17/12/2012 at 10:05 pm

    admin minta jawab soalan saya =(

    Reply

  25. Posted by Aabida on 10/01/2013 at 7:19 am

    Assalamu’alaikum…dari hadist yang pernah saya baca ketika bangun kesiangan untuk solt subuh Rasulullahpun langsung solat ketika bangun plus langsung dengan qobliyahnya terlebih dahulu..yang ingin saya tanyakan apakah boleh kita mengqada solat sunnah qobliyah setelah solat subuh?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh….sila baca keterangannya di sini

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  26. Posted by safiq on 11/01/2013 at 11:00 am

    maklumat yang bermakna dari ustaz untuk panduan semua..tq

    Reply

  27. Posted by khairul on 13/02/2013 at 10:15 pm

    assalamualaikum mohon maaf uztaz saya kurang faham,.boleh kah kita solat sunat rawatib diwaktu pertengahan solat fadhu,contohnya zuhur 1.30 tngahari.tpi saya lakukan solat rawatib qallbiyah pada pukul 3 ptg,kemudian solat fardhu zuhur dan selepas itu solat rawatib baddiyah minta uztaz jelaskan?terima kasih ……..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat Rawatib boleh dilakukan di sepanjang waktu solat tersebut , malah boleh diqada pada waktu solat seterusnya jika terdapat kekangan yang tidak disengajakan…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  28. Posted by Haru on 15/02/2013 at 11:10 am

    Assalamualaikum, dlm solat rawatib 4 raka’at tu, stiap 2 raka’at disertakan dgn 1 salam, selepas bgn utk melakukan baki 2 raka’at lagi, adekah kite perlu bace niat solat rawatib sekali lagi? atau terus je sambung tanpe membace niat utk round ke-2 tu?. sekiranye xperlu, ape niat solat rawatib 4 raka’at tu ye?. terima kasih =)

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selepas beri salam, terputuslah sesuatu solat tersebut; maka solat yang baru, memerlukan juga niat yang baharu.

      Sekiranya Akhi Haru ingin melakukan Solat Rawatib 4 rakaat dengan 1 salam, maka niatnya:~

      “Daku menunaikan solat sunat SEBELUM / SELEPAS ________ empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.”

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  29. Posted by uwais on 25/02/2013 at 1:51 am

    Assalamualaikum..sy mintak izin copy dari penulisan2 tuan akan ilmu Allah di atas..
    semoga Allah memberkati tuan…jazakallah..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
      Amiiin…
      Selamat beramal… Ukhti Uwais khabarkanlah juga pada sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini…
      Jazaakillaahu Khairan..

      Reply

  30. Posted by koled on 18/03/2013 at 9:20 am

    1.boleh tak solat qada selepas asar.
    2.boleh tak niat sunat rawatib sekali kan dgn niat solat tahyatul masjid

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Solat Qadha tiada waktu larangan, boleh dilakukan pada bila2 masa dan ianya perlulah disegerakan dan buatlah seberapa banyak yang termampu…

      2. Jika kesuntukan masa utamakanlah Solat Sunat Rawatib dan Solat Sunat Tahiyatul Masjid secara automatik telah termasuk ke dalamnya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  31. Posted by Fatimah Az-Zaharaa on 27/03/2013 at 1:17 am

    salam,
    ustaz, solat sunat qabliah asar bukan sunat ye? mohon penjelasan. syukran.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Disunnahkan oleh Rasulullah SAW tapi tidaklah diutamakan sangat melakukannya.

      Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 12 raka’at;
      Dari Ibnu Umar bahawa; “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  32. Posted by Himayah on 03/04/2013 at 10:10 am

    Assalamualikum…
    Dulu pernah tinggal solat, sekarang niat mau qada solat. Bolehkah qada solat tidak mengikut waktunya, sebagi contoh qada solat subuh pada waktu zohor, qada solat zohor pada waktu isyak…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh…qadha solat perlu disegerakan dan boleh dilakukan seberapa banyak dan jenis dalam sesuatu waktu solat itu..

      Reply

      • Posted by noorfaizal on 19/06/2013 at 5:44 pm

        Assalamualaikum…….
        bagaimana utk kita niat qada solat ustaz….klu kita nk qada solat subuh bagaimana niatnya ustaz….
        terima kasih……

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        أُصَلِّىْ فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ قَض‍َاعًا لِلَّهِ تَعَالَى.
        U-sol-liy far-dhos-sub-hi rok-‘aa-tai-ni qo-dhoo-an LiL-Laa-hi ta-‘aa-la.
        “Daku solat Fardhu Subuh dua rakaat, qadha kerana Allah Ta’ala.”

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  33. Posted by Himayah on 06/04/2013 at 9:30 am

    Assalamualaikum

    Bolehkah qada solat fardhu dilakukan tidak mengikut waktu solat, sebagai contoh qada solat subuh pada waktu solat zohor atau qada solat zohor pada waktu solat isyak?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh…Qadha Solat tiada waktu larangan dan ianya perlu disegerakan. Boleh didirikan semua solat yang ketinggalan dalam sesuatu waktu solat fardhu.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  34. Posted by Rahmah on 03/07/2013 at 6:57 am

    Salam,

    Saya ingin bertanya tentang tempoh yg dibenarkan untuk melakukan solat sunat subuh. Adakah sepanjang waktu subuh atau beberapa minit setelah azan subuh?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Waktu Solat Sunat Subuh/Fajar bermula dari sebaik saja masuk waktu subuh/azan sehinggalah sebelum dirikan Solat Fardhu Subuh. Maknanya boleh disepanjang waktu subuh.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  35. Posted by yeyen on 10/07/2013 at 1:32 pm

    salam,
    waktu kemarin-kemaren saya suka solat rawatib sebelum ashar,ga apa-apa gitu???

    Reply

  36. Posted by aji on 12/07/2013 at 2:38 pm

    assalamualaikum..
    bolehkah sholat rawatib dkerjakan apabila tdak swaktu sholat fardhu berjamaah..

    Reply

  37. Posted by Sherry on 13/07/2013 at 7:15 pm

    Asslm.wr.wb…
    saya masih bingung dengan sholat sunah 4 rakaat sebelum dzuhur…
    4 rakaat itu dikerjakan dengan cara seperti apa? seperti sholat biasa (dengan tahiyat awal, tahiyat akhir, kemudian salam) atau langsung 4 rakaat (tanpa tahiyat awal, melanikan langsung berdiri untuk rakaat ke-3, dilanjutkan dengan rakat 4, kemudian salam)?
    mohon diterangkan…

    lalu, kabarnya Rasulullah saw juga bersabda untuk melakukan 4 rakaat sholat sunah sebelum dzuhur, tapi itu tidak termasuk sholat rawatib. benarkan begitu? karena ada juga yang mengatakan bahwa tidak ada sholat sunah di waktu dzuhur, atau waktu tersebut adalah waktu yang diharamkan untuk sholat sunah.
    Mana yang benar? Mohon dijelaskan. Terima kasih…

    Wasslm.wr.wb….

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1) Boleh dilakukanlah antara kedua2 cara tersebut iaitu dengan satu salam tanpa Tahiyyat Awal atau dengan 2 kali, 2 rakaat 1 salam.
      2) Tidak benar. Waktu yang diharamkan adalah saat matahari tepat tegak di atas kepala dan sebaik tergelincir matahari bolehlah didirikan solat2 sunat seperti Zawal dan Rawatib sebelum Solat Fardhu Zuhur.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  38. Posted by eliza on 15/07/2013 at 10:56 am

    jelas..terima kasih..alhamdulillah

    Reply

  39. Posted by alif on 15/07/2013 at 12:15 pm

    assalamualaikum ustaz,
    ada yg mengatakan bahawa rawatib jumaat boleh juga diniatkan rawatib zohor.benarkah?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Diniatkan pada solat fardhu yang diiringinya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  40. Posted by man on 15/07/2013 at 6:56 pm

    saya masih tidak paham lagi berkenaan solat sunat adakah solat sunat itu perlu dilakukan dahulu,sebelum solat sebelum solat 4 rakaat.,,,dan selepas solat empat rakkat perlu ker lagi solat sunat 4 rakaat,,,bagaimana dengan dengan solat marib,,3rakaat.pulak,,,adakah solat sunat 4rakaat juga

    Reply

    • Solat Sunat Rawatib adalah solat mengiringi solat fardhu. Solat Sunat Qobliyyah didirikan sebaik pasti masuk waktu solat dan sebelum melakukan solat fardhu…Solat Sunat Ba’diyah pula dilakukan selepasnya. Jadual solatnya boleh lihat di atas.
      Adalah dituntut melakukan 2 rakaat Solat Sunat Ba’diyah Maghrib.

      Reply

  41. Posted by andi on 16/07/2013 at 2:57 pm

    Assalamualaikum..sy mintak izin copy dari santapan rohani di atas..
    semoga Allah memberkati tuan…jazakallah..

    Reply

  42. Assalamualaikum, tumpang brtnya.. boleh ke uat solat2 sunat rawatib ni selain dari msjid..? cntoh dr rumah n ofis..

    klu trlewat solat fardhu zohor(solat d’awal wktu), boleh ke uat solat sunat dlu bru solat fardhu?

    Reply

  43. assalamualaikum, nk tnya lg.. boleh x pas solat jumaat, uat solat sunat lepas jumaat dkat umah..?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1) Solat sunat Rawatib boleh dilakukan dimana saja asalkan tempatnya bersih…
      2) Boleh didirikan solat sunat sebelum dan sesudah solat fardhu Zuhur di sepanjang tempoh waktunya.
      3) Itulah yang paling afdhal… Dalam sebuah hadis disabdakan: “Bahawa Rasulullah SAW tidak mengerjakan solat sunnat sesudah Jumaat sehingga ia pulang ke rumahnya, maka Baginda SAW solat dua rakaat dirumahnya.” (HR: Imam Muslim dan Ibnu Umar r.a.)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  44. Posted by aty on 21/07/2013 at 10:00 am

    Salam Admin..

    Bilakah waktu terakhir yg boleh utk mengerjakan solat fardhu isyak ? Sebelum azan subuh ? Atau sebelum azan panggilan utk bangun solat subuh ? Mohon pencerahan…adakalanya tertidur dimlm hari sebelum menunaikan solat isyak….terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebelum masuk waktu Subuh/azan subuh…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  45. Posted by Shaharuddin shaari on 24/07/2013 at 5:06 am

    Assalamualaikum….Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah.
    Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.

    Jadi bagaimana untuk niat solat sebelum subuh? Perlu lafaz qabliyatun atau tidak?

    Reply

  46. Posted by rohani on 27/07/2013 at 5:32 am

    assalamualaikum ustaz. saya nak tanya tentang solat sunat selepas zuhur..ia dilakukan selepas solat zuhur atau selepas habis waktu solat zuhur?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selepas solat fardhu Zuhur dan sebelum habis waktu Zuhur.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  47. Posted by ummi on 30/07/2013 at 11:51 am

    Assalamualaikum…ustz…..cara solat sunat sama sahaja seperti solat biasa?dan solat sunat subuh..adakah seperti solat subuh..perlu membaca qunut?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tak perlu baca Doa Qunut…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  48. Posted by Roslinah on 31/07/2013 at 2:18 pm

    apakah niat uth qada solat fardhu?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Niat seperti biasa tapi gantikan perkataan ‘ada-an’ kepada ‘qadha-an’.

      Reply

  49. Posted by fadhillah on 06/08/2013 at 9:02 pm

    assalamualaikum ustadz.. setelah dikira kesemua rakaat solat rawatib adalah 20 rakaat.. boleh tak jika kite solat 20 rakaat itu juge? apakah yang membezakan solat rawatib 20rakaat, 12 rakaat dan 10 rakaat? mula2 saya pikir kesemua rakaat solat rawatib adalah 12, tetapi sudah dikira, kesemuanya 20rakaat.. maaf jika saya silap, dan saya ingin penjelasan dri ustaz.. 🙂

    Reply

    • Posted by fadhillah on 13/08/2013 at 9:30 am

      alhamdulillah ustaz.. sekarang baru saya faham.. Rasulullah tidak pernah meninggalkan 10rakaat sunat rawatib seperti d’atas dan ianya d’tuntut, jika d’tambah 2rakaat sebelum zohor, atau 4rakaat sebelum asar daripada 10rakaat itu adalah lebih baik dan besar fadhilatnya tetapi tidak mu’akkad.. subhannallah..

      Reply

  50. Posted by Mohd Haris Ibrahim on 10/08/2013 at 3:05 pm

    Terima kasih atas panduan yang sangat berguna. Semoga Allah swt membalas segala jasa baik Tuan.

    Reply

  51. Posted by fadhillah on 13/08/2013 at 10:14 am

    assalam ustaz.. saya lakukan fardhu isya jam 8 dan saya lakukan sunat ba’diyah jam 9/10? adakah diterima solat saya?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Selagi masih bellum luput waktu Isyak, InsyaAllah akan diterima.

      Reply

  52. Posted by ismail on 03/09/2013 at 3:58 pm

    assalamualaikum, saya nak minta izin share..

    Reply

  53. Posted by firdaus on 06/09/2013 at 3:22 pm

    assalamulaikum.

    saya keliru dengan solat sunat rawatib ini. adakah solat sunat nie dilakukan sebelum azan tau selepas azan. saya mohon penjelasan dari anda.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Solat Rawatib yang Qobliyah adalah selepas masuk waktu atau azan dan sebelum melakukan solat fardhu, manakala solat Ba’diyyah adalah selepasnya, sebelum masuk waktu solat berikutnya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  54. adakah solat sunat sebelum subuh dilakukan sebelum azan subuh atau selepas azan subuh? terima kasih

    Reply

  55. Posted by ary on 09/09/2013 at 11:32 am

    Salam,
    Ustaz boleh ke kita solat sunat rawatib kalau banyak solat qadha yang kita belum ganti atau kita boleh solat qadha tp jgn solat sunat rawatib sebelum dan selepasnya dan solat fardhu kita boleh buat rawatib???? Kalau buat macam nie.. solat qadha dulu lepas tu rawatib dan sambung solat fardhu..boleh ke ustaz????

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Boleh dilakukan seperti apa yang dinyata… tapi langkah terbaik hendaklah diqadha kesemua solat fardhu yang tertinggal terlebih dahulu kerana kita tidak tahu bilakah ajal datang menjemput dan kita tak mahu berhutang dengan Allah SWT..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  56. Posted by nadia on 11/10/2013 at 2:34 pm

    Minta izin share yer

    Reply

  57. Posted by afrina on 31/10/2013 at 3:40 pm

    Assalamualaikum Ustaz,

    Bagaimanakah aliran solat sunat rawatib dan solat wajib, perlukan kita berhenti dahulu membaca doa dan meneruskan solat badiyah seusai solat wajib?
    Perlukah kita bersolat di tempat yang berlainan untuk semua solat di atas? apakah justifikasi/dalil yang menyuruh kita solat di tempat yang berlainan.

    Ampun maaf kalau ada terkasar bicara. Terima Kasih in advance.

    Terima Kasih.

    Reply

  58. Posted by amirul_syazwan on 04/12/2013 at 8:26 am

    1) Solat rawatib boleh ditunaikan di tempat yg sama tak?
    Contoh : saya menunaikan solat Zuhur di rumah.. Selepas selesai menunaikan solat Zuhur saya ingin melakukan solat Sunat Rawatib Ba’diyyah.. Saya perlu mgubah kedudukan ke tmpat yg lain atau tidak ?

    2) jika saya niat ‘ Sahaja aku solat sunat 2 rakaat sebelum Zuhur ‘ bleh atau tidak?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      1) Boleh..tapi adalah sunnah beralih sedikit tempatnya.

      2) Sah lengkap niatnya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  59. Posted by amirul_syazwan on 04/12/2013 at 10:17 am

    Assalamualaikum.. Solat sunat rawatib boleh ditunaikan di tmpat yg sama selepas/sebelum menunaikan solat fardhu atau tidak boleh??

    Terima kasih

    Reply

  60. Posted by Azman on 24/01/2014 at 12:45 pm

    Assalamualaikum .. ana ingin bertanyakan 1 soalan.. apakah solat sunat yang kebiasaan orang lakukan semasa azan pertama pada hari jumaat selain daripada solat sunat tahiyyatul masjid?? adakah solat sunat tersebut solat sunat qabliyah zohor ?? terima kasih ..

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Ya, betul…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  61. assalamualaikum ustaz….sejak januari 2014 (baru jumpa blog ni)….sangat2 membantu diri sy….sy sgt bersyukur pd Allah kerana blog ini tlh menarik sy ke arah melakukan solat sunat yg jarang sy lakukan sebelum ni….alhamdulillah…byak panduan nya..terima kasih…semoga Allah tambahkan rezeki ustaz/admin dan diberi kesihatan yg baik utk terus membawa kebaikan kpd semua…aaaamiiin ya RABBAL AALAMIIIN,…

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      آمِيّنْ… آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

      Alhamdulillah… dapatkanlah juga panduan yang lebih tepat daripada guru2 yang muktabar terutama dari segi bacaan ayat arabnya…

      Semoga dapat disebarkan ilmu di sini kepada ahli keluarga dan para sahabat…

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  62. Posted by Mohd Yusof Johari on 11/04/2014 at 8:56 am

    Ustaz,
    Saya masuk ke dalam Masjid setelah azan jumaat.
    Adakah saya perlu solat Tahiyatul masjid atau Solat terus Qobliyah Jumaat

    Reply

    • Dirikanlah Solat Tahiyatul Masjid…

      Reply

      • Posted by Donis on 31/05/2014 at 1:56 pm

        Maaf pak maksut saya saya baru pulang kerja setelah fardhu zhuhur..
        Boleh gak saya sholat rawatib setelah fardhu zhuhur 6 rakaat 3 salam.? Atau boleh gak saya tambahkan sholat rawatib 4 rakaat 2 salam setelah isyak,,? sehingga saya bisa sholat rawatib 12 rakaat perhari?
        Dan sholat rawatib itu di lakukan setelah atau sebelum azan? Saya mohon bantuan nya

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        1. Akhi Doris lakukanlah Solat Rawatib seperti jadual di atas bagi mencukupkan sehingga 12 rakaat. Kita tidak dituntut menjadikannya kepada 6 dan 4 rakaat seperti dinyatakan kerana waktu tersebut kita lebih dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan keluarga. Rasulullah SAW lebih memberatkan umatnya agar tidak ditinggalkan Solat Sunat Fajar Dan Solat Baadiyah Maghrib kerana fadhilatnya yang besar.

        2. Solat Rawatib Qobliyyah itu dilakukan sebaik saja masuk waktu sesuatu solat, tidak semestinya selepas azan kerana adakalanya azan lewat (lambat) dikumandangkan tepat pada waktunya di atas sesuatu sebab. Manakala Solat Baadiyah dilakukan seudah solat fardhu sehingga berakhir waktu solatnya.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  63. Salam ustaz…

    Jika kita belum boleh hafal surah-surah untuk solat sunat, boleh tk kita lafaz niat solat sunat berkenaan dan alfatehah sahaja? Atau baca surah lain yg kita tau..?

    Reply

  64. ALHAMDULLILLAH saya baru menjumpai blog yg amat bermakna ini sempena Rmadan yg mulia ini.semoga ALLAH merahmati anda d keluarga.

    Reply

  65. Posted by mimi on 24/07/2014 at 12:21 pm

    salam ustaz….nak tanya…boleh kah hanya membaca al fatihah sahaja tanpa membaca surah lain kerana di masjid saya lihat kebanyakan orang solat dengan begitu cepat seperti tidak membaca surah lain selepas al fatihah…mohon penjelasan….tkasih.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      1. Tidak perlu dibaca jika sebagai makmum solat berjemaah.
      2. Sekiranya dalam solat sendirian.. sunat dibaca surah.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  66. Posted by haziq adli on 28/07/2014 at 8:07 am

    Assalamualaikum ustaz, bolehkan di lakukan solat sunat Qabliyyah 2 atau 4 rakaat sebelum solat fardhu asar?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Bolehh… malah itulah yang disarankan.

      Reply

      • Posted by najwa on 10/06/2015 at 6:44 am

        As salam ustaz, jika sy terbangun lewat untuk solat subuh sekitar jam 6.30 adakah sy msh blh mlakukan solat sunat sblm subuh?

  67. Posted by Kamaruddin Kamsah on 12/07/2015 at 6:21 pm

    Assalamualaikum Ustaz, kalau tk silap sy perkara no. 2a ada kesilapan pd catatan iaitu sepatutnya perkataan asar tidak ada di situ kan? Ampun@maaf jika sy yg tersilap.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Boleh dilafaz atau ditinggalkan perkataan ‘qobliyah’ bagi solat Rawatib Asar dan Subuh (Fajar)kerana tiada solat sunat selepas fardhunya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  68. Terima kasih Ustaz n admin. Penerangan yang jelas n sgt bermanafaat. Sy juga telah kongsikan website ini dgn rakan2/saudara mara.

    Reply

  69. Posted by Dania on 07/09/2016 at 8:50 pm

    Assalamualaikum ..

    Boleh ke kalau saya niat dalam bahasa melayu sebab saya tak ingat niat bahasa arab. Niat adalah hukum qauli kan, jadi niat itu mesti dibaca sehingga didengar diri sendiri kan. Tapi itu niat bahasa arab. Macam mana dengan niat bahasa melayu? Sah ke?

    Terima kasih

    Reply

  70. Assalamualaikum ustaz baru jumpa blog berguna ini terimakasih banyak banyak dan rasa bersyukur dapat belajar dan satu pertanyaan saya ustaz iaitu apa maksudnya tidak perlu di baca atau di niatkan qabliyyah sebelum waktu subuh dan asar adakah ia terus takbir allahuakbar dan baca surah,terimakasih ustaz

    Reply

Leave a reply to haziq adli Cancel reply