Ganjaran Amalan Sunat Hari Jumaat Digandakan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Nabi Muhammad SAW menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah dan merebut ganjaran pahala yang besar. Antaranya adalah:

 

No

AMALAN

GANJARAN

 1.

Mengisi malam Jumaat dengan perbanyakkan ibadat dan siangnya, bersegera ke masjid seawal mungkin.

Dari Abdullah bin Amr r.a. dari Nabi SAW bersabda: “Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari seksa kubur.” (HR Tarmizi)

 2.

Membaca Astagh Firullahal ladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi” (3 kali), pads solat Sunat Fajar Jumaat.

InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosanya walau pun sebanyak buih di lautan.

3.

Membaca surah As-Sajdah beserta Sujud Tilawah dalam solat Subuh hari Jumaat.

Memperolehi ganjaran syurga Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata:Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lalu mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka.” (Hadis riwayat Abu Daud)

 4. Membaca surah Ali Imran Akan didoakan oleh malaikat hingga ke malam.

 

 5. Membaca surah al-Kahfi.

Disinari dirinya dengan cahaya dan mendapat petunjuk serta pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.

 6. Memperbanyakkan membaca selawat pada hari Jumaat.

Bacaan selawat  disampaikan terus kepada Rasulullah dan akan memperolehi kasih sayang dari Baginda SAW.

 7.

Bersedekah kepada orang miskin pada Hari Jumaat.

Akan  mendapat ganjaran besar daripada Allah SWT.

.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

Posted by; shafiqolbu

.

One response to this post.

  1. […] Ganjaran Amalan Sunat Hari Jumaat Digandakan  (Klik Di Sini) […]

    Reply

Leave a comment