Solat Subuh Ketika Matahari Terbit

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Soal Jawab Agama

Saya kerap berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan. Ia menyebabkan saya sukar bangun dan menunaikan solat Subuh esok hari. Saya juga ada rakan yang mempunyai masalah sama, tetapi mereka dapat menunaikan solat Subuh sebaik saja terjaga daripada tidur walaupun matahari sudah terbit.

Saya keliru adakah itu dibenarkan dalam Islam memandangkan terdapat waktu dilarang menunaikan solat termasuklah waktu selepas terbit matahari.

Mohon penjelasan.

KELIRU, Sabah

.

Sebenarnya Allah SWT menjadikan malam untuk berehat dan tidur bagi mengembali tenaga kita. Dengan adanya kerehatan tubuh menjadi sihat.

Apabila peraturan dan ketetapan Allah diubah, tentu ada akibatnya tersendiri. Itu sebenarnya yang berlaku kepada anak muda sekarang termasuk diri anda yang berjaga malam dan tidur siang.

Mungkin tidak cukup tidur apabila banyak pekerjaan perlu dibuat pada siang hari. Ini akan merosakkan kesihatan, pembelajaran dan pekerjaan anda nanti.

Sebenarnya, Allah sudah mengatur solat fardu supaya dapat menjaga jadual hidup kita sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di muka bumi. Apabila kita lalai dalam menjadi hamba tentu ada akibat tertentu.

.

Mengenai solat Subuh yang dilaksanakan selepas waktu atau terbit matahari, terdapat beberapa pandangan, antaranya ia dibolehkan bagi melaksanakan kewajipan solat fardu itu.

Lebih-lebih lagi, apabila kita tertidur dan bukannya kerana saja malas bangun. Ketika terjaga, kita hendaklah segera melakukannya tanpa berlengah-lengah lagi. Dengan itu, dosa meninggalkan solat Subuh tidak terkena.

Bagaimanapun, amalan berjaga malam sehingga tidak dapat menunaikan solat Subuh dalam waktunya berdosa dan tidak sepatutnya diteruskan.

Solat Subuh itu wajib diqadak dan jangan diulang-ulang kesalahan berkenaan. Ubah tabiat tidur dan elak mengamalkan berjaga malam kerana ia tidak baik untuk kesihatan selain melalai menunaikan solat Subuh.

.

Allah berfirman mengenai ciri orang mukmin yang mendapat ganjaran syurga: “Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.Yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.”  (Al-Quran, Surah al-Mukminun (23): Ayat 9-11).

.

Sumber

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; Shafiqolbu

.

8 responses to this post.

  1. perkongsian yang bagus..saya sering gak keliru bagaimana kalau terlewat bangun untuk solat subuh.. gelisahnya..kerana saya sering menunggu waktu zuhur untuk Qadak.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebelum skyb4pinky tidur lakukan amalan-amalan yang sering dibuat oleh Rasulullah SAW..dan berdoalah kepada Allah SWT agar dimudahkan bangun untuk Solat Subuh pada waktunya…

      Reply

  2. Posted by halmi on 11/10/2012 at 12:02 pm

    Assaamungalaikum Ustaz, sekiranya sudah solat subuh kemudian tidur balik,,apakah amalan ini baik?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Amalan tidur sesudah Subuh adalah suatu amalan bruk yang boleh menyebabkan:
      1. Sempit rezeki
      2. Hilang seri wajah
      3. Lemah akal fikiran
      4. Lemah badan
      5. Seharian letih dan kurang bermaya
      6. Mengundang penyakit lupa dan strok
      7. Dan banyak lagi…

      Rasulullah SAW hanya pernah tidur selepas Solat Sunat Fajar sementara menunggu Solat Jemaah Subuh.

      Tidur yang digalakkan dan menjadi suatu sunnah adalah ‘Qailullah’ iaitu tidur sebentar antara 10-30 minit sebelum Zuhur dengan diniatkan untuk beribadah di malam hari.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  3. Posted by Musykil on 03/12/2012 at 2:53 pm

    Saya ingin bertanya, pukul berapakah berakhirnya solat Isyak? Bolehkah kita bersolat Isyak lebih kurang 1jam sebelum subuh? Saya tahu Rasulullah saw mengerjakan solat Isyak lebih kurang 2 jam setengah selepas maghrib, tapi adakah sah bersolat Isyak hampir subuh?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat di waktu tersebut diharuskan kerana solat Isyak berakhir sebaik terbit fajar pertama iaitu sebelum masuk waktu/azan Subuh.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  4. Posted by hamba yang kekeliruan on 12/08/2013 at 6:44 pm

    assalamuaikum, saya ingin bertanya, jika kita melakukan solat berjemaah pada akhir2 waktu solat.. adakah solat jemaah itu diterima??

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Sah solat tersebut tapi jangan diamalkan selalu kerana ianya bahaya, akan termasuk dalam golongan munafik bagi orang yang melewat2kan solat.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a comment