Syirik Berubat Guna Bomoh Siam

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Soalan:

.

ADAKAH seseorang itu melakukan syirik apabila dia telah berusaha banyak kali berubat cara Islam untuk membuang sihir tetapi tidak sembuh dan kemudian mendapatkan khidmat bomoh Siam. Bagaimanapun, dia sememangnya yakin hasil itu berlaku atas izin Allah?

.

Jawapan: 

.

Suatu penyakit itu merupakan satu ujian Allah, bahkan ia hadiah Allah buat hambanya yang beriman. Namun, ia bergantung kepada diri yang diuji itu sama ada menerima penyakit itu sebagai ujian dengan reda atau sebaliknya.

Memang benar, adakalanya telah pelbagai ikhtiar dilakukan sebagai jalan penyembuhan namun belum berhasil. Inilah hakikat bagi ujian penyakit iaitu mahu menguji sama ada diri yang diuji itu reda dan sabar dengan ketetapan Allah.

Allah ingin menguji dan melihat sama ada kita ingat bahawasanya Allah yang memberikan penyakit dan Dialah yang menyembuhkan penyakit.

Namun, ramai yang tertewas apabila telah berusaha melalui pelbagai cara tetapi tidak sembuh. Lalu mereka terus menggunakan jalan yang khurafat dan syirik seperti berjumpa bomoh Siam, bomoh Hindu atau sebagainya.

Walaupun yakin Allah yang menyembuhkan tetapi cara perubatan itu bercanggah dengan hukum Allah, maka ia syirik dan khurafat kerana niat tidak menghalalkan cara.

Ingat dan fahamilah bahawa itu semua sihir semata-mata. Sungguhpun memang ada kesembuhan, namun hakikatnya ia merupakan penipuan syaitan semata-mata untuk memesongkan anak Adam.

Haram hukumnya memilih jalan khurafat itu kerana unsur syirik iaitu menduakan Allah dan melakukan sesuatu yang terkeluar daripada syariat Islam.

Bertemulah dengan para ahli perubatan Islam yang menggunakan jalan benar sebagai perubatan, InsyaAllah pasti suatu hari akan tiba kesembuhan, sabarlah dan berdoalah serta berserah kepada Allah SWT.

Percaya dengan cakap-cakap bomoh, pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib boleh membawa kepada kekufuran.

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang berjumpa dengan tok nujum dan bertanya sesuatu yang ghaib, lalu percaya dengan kata-kata mereka maka tidak diterima solatnya selama 40 hari” (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang berjumpa dengan bomoh atau tok nujum, lalu bertanya pada bomoh tentang sesuatu, dan lelaki itu mempercayai apa yang bomoh beritahu tentang perkara-perkara ghaib, maka dia telah kufur dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.” (Hadis Riwayat Bazzar-Jaid).

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

Sumber

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Posted by; shafiqolbu

.

.

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by aku juga perempuan on 15/11/2012 at 8:09 am

    kalau kita guna khidmat bomoh siam utk suami leh x?bkn utk buat dia jd x elok sperti bodoh atau gila..tp,supaya dia syg n selalu ingat kat kita…

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Na’uzubillah..Islam tidak menghalalkan cara.. Pn. segeralah buang dan tinggalkan perkara2 syirik tersebut. Bertaubat dan kembalilah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

      Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
      “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehndaki-Nya.” (QS. An-Nisa: 48)

      Allah juga berfirman,
      “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan surga atasnya, dan tempatnya ialah neraka.” (QS. Al-Maidah: 720

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: