Menggunakan Anggota Tangan Kiri

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

kiri.

Jika sebelum ini telah diketahui keutamaan penggunaan tangan atau anggota kanan (di sini), maka sudah tentu antum semua ingin mengetahui berkenaan anggota tangan sebelah kiri pula.

Sebagaimana yang telah diketahui, syarak mengkhususkan atau mendahulukan penggunaan tangan dan anggota kanan untuk perkara2 mulia atau ketika melakukan suatu kebajikan seperti sedekah, berwudhuk, memakai pakaian dan sebagainya.

Manakala tangan kiri pula, hendaklah digunakan untuk melakukan aktiviti yang berkenaan dengan perkara2 kurang mulia atau hal-hal berkaitan dengan membersih kotoran atau sesuatu yang buruk.

.

Syaikh Salim al-Hilali berkata: “Tangan kiri tidak dipergunakan kecuali dalam perkara-perkara yang menjijikkan dan perbuatan-perbuatan yang tidak mengandungi unsur kemuliaan.

.

Alasan penggunaan tangan kiri dalam masalah-masalah buruk dan kotor ini adalah untuk mengangkat dan memuliakan tangan kanan kerana tangan kanan lebih utama dan afdhal daripada tangan kiri. Di akhirat kelak, tangan kiri dilambangkan sebagai suatu petanda buruk bagi penerimaan buku catatan segala amalan yang dilakukan selama hidup di dunia.

.

Firman Allah Azza wa Jalla:

وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُوتَ كِتَابِيَهْ.

“Adapun orang yang diberikan Kitab amalnya melalui tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku (ini).” (Surah Al-Haqqah 69: Ayat 25)

.

Dalam hadis lain, kata Hafsah menceritakan; “Rasulullah menggunakan tangan kanannya untuk makanannya, minumannya dan pakaiannya dan tangan kirinya untuk urusan-urusan selainnya. (HR Imam Abu Daud. Menurut Imam an-Nawawi;

.

.

1.  Makan Dan Minum

.

Umat Islam dilarang menggunakan tangan kiri semasa makan dan minum kerana perbuatan tersebut melambangkan sikap orang yang sombong dan menyalahi arahan Nabi dan terdapat ancaman baginda terhadap orang yang melakukannya.

.

Daripada Salmat Al-Akwaa’ r.a., bahawasanya seorang lelaki makan di sisi Rasulullah dengan tangan kirinya lalu Baginda menegurnya dengan bersabda: “Makanlah dengan menggunakan tangan kananmu.” Lelaki itu menjawab: “Aku tidak berupaya berbuat demikian.” Baginda bersabda lagi: “Kamu tidak berupaya? Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong.” Salmat berkata: “Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanan ke mulutnya (cacat selamanya).” (Hadis Riwayat Muslim)

.

Merujuk kepada hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan bahawa Rasulullah bersabda; “Janganlah sesiapa dari kamu makan dan minum dengan tangan kirinya kerana Syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari).

.

Dikecualikan jika seseorang itu tidak berdaya, seperti tangan kanannya terpotong, lumpuh, sakit atau sebagainya, maka ketika itu haruslah ia makan dengan menggunakan tangan kiri kerana seseorang tidak disuruh lebih dari kemampuannya.

Maksud makan ialah kita menyuap makanan ke dalam mulut. Itu yang dituntut dengan tangan kanan. Adapun memindahkan makanan dari hidangan ke dalam pinggan (seperti menceduk makanan dari bekas di hadapan kita ke dalam pinggan), itu tidaklah dinamakan makan. Jika dapat menggunakan tangan kanan, itulah yang sebaik-baiknya. Namun jika merasakan memegang sudu dengan tangan kanan yang telah dicemari makanan akan menimbulkan perasaan tidak selesa pada orang lain yang makan bersama kita, maka tidaklah mengapa jika menggunakan tangan kiri. Ini kerana adat dan pandangan manusia setempat juga di ambil kira oleh Islam selagi ia tidak bertentangan dengan Syariat.

.

.

2.  Memakai Cincin

.

Imam Malik menyukai memakainya di tangan kiri dan ia memakruhkan memakainya di tangan kanan. Menurut Imam Nawawi; ulamak-ulamak Salaf ramai yang memakainya di tangan kanan dan tidak kurang ramai juga yang memakainya di tangan kiri.

Dari Anas dan Ibnu Umar keduanya menceritakan; Adalah Nabi memakai cincin di tangan kirinya.” (Hadis Riwayat Imam Muslim dari Anas dan Abu Daud dari Ibnu Umar)

.

Dari Jaafar bin Muhammad yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Adalah Hasan dan Husain (cucu Nabi), kedua-dua mereka memakai cincin di tangan sebelah kiri mereka.” (Riwayat Imam at-Tirmizi. Kata Imam at-Tirmizi, hadis ini soheh). Menurut ulamak; Kemungkinan kedua-dua mereka telah melihat datuk mereka (iaitu Nabi Muhammad .) memakai cincin di tangan kiri lalu mereka mengikutinya.

.

.

3.  Menanggalkan Sesuatu

.

Apabila menanggalkan pakaian seperti kain, baju, seluar dan setokin atau membuka kasut, selipar dan sandal, hendaklah dmulai dengan sebelah kiri dahulu.

Dari Abu Hurairah juga; Rasulullah bersabda; “Apabila kamu memakai sepatu/kasut, mulailah dengan kaki sebelah kanan dan apabila kamu menanggalnya, mulailah dengan kaki sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang paling awal kamu pakai dan yang paling akhir kamu tanggalkan.” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

.

.

4.  Meninggalkan Tempat-Tempat Mulia

.

Dari Anas yang berkata; “Menjadi sunnah Nabi apabila kamu ingin memasuki masjid, mulailah dengan kaki kanan dan apabila kamu keluar darinya, mulailah dengan kaki kiri.” (Hadis Riwayat Imam al-Hakim dan Imam Muslim).

.

doa keluar masjid

.

.

5.  Memasuki Tempat Kotor

.

Apabila memasuki tempat2 kotor seperti tandas atau pihak polis dan penguat kuasa ingin memasuki tempat2 maksiat, hendaklah melangkah mulai dengan kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi rahimahullah, apabila seseorang ingin keluar dari bilik mandi atau tandas, hendaklah mendahulukan dengan kaki kirinya.

.

Doa Masuk Tandas 1

.

.

6.  Menyentuh Kemaluan

.

Ada hadis-hadis yang menceritakan cara Rasulullah bersuci menunjukkan baginda menyentuhnya dengan tangan kiri. Hadis dari Maimunah r.a. juga menceritakan hal yang sama ketika baginda mandi junub.

Dalam riwayat Abu Daud, “Kemudian Baginda menuangkan air ke atas kemaluannya, dan membasuh kemaluannya dengan tangan kirinya.” (Hadis Riwayat Abi Daud, Bukhari dan Muslim).

.

.

7.  Membersih Kotoran

.

Dalam syariat Islam telah ditetapkan, bahawacontoh panduan daripada Rasulullah mengenai tangan kiri. Baginda menggunakan tangan kiri untuk hal-hal yang bersangkut-paut dengan mencuci kotoran atau membersih najis.

 

Telah diriwayatkan daripada Syaidatina Aisyah Radhiyallahu anha, bahawa Rasulullah dengan menggunakan tangan kiri pada perkara-perkara yang mengandungi kotoran.

.

Daripada Syaidatina Aisyah Radhiyallahu anha : “Adalah tangan kanan Rasulullah untuk bersuci dan makan. Dan tangan kirinya untuk urusan tandas dan apa-apa yang kotor.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

.

Syaikh Salim al-Hilali berkata: “Tangan kiri tidak dipergunakan kecuali dalam perkara-perkara yang menjijikkan dan perbuatan-perbuatan yang tidak mengandungi unsur kemuliaan.

.

.

8.  Istinjak Dan Istijmak

.

Baginda menyarankan Umat Islam bersuci dengan mengunakan tangan kiri setiap kali selepas membuang hajat kecil atau besar. Ianya dilakukan sama ada sewaktu ‘Beristinjak’ (bersuci dengan menggunakan air) atau ‘Beristijmar’ (bersuci selepas buang hajat menggunakan bahan kering dan kesat seperti batu, daun dan kayu) dilakukan dengan tangan kiri.

Aisyah Radhiyallahu’ anha menceritakan; “Adalah tangan kanan Rasulullah gunakan untuk bersuci (wudhuk) dan makan. Adapun tangan kirinya Baginda gunakan untuk membasuh kencing dan berak dan urusan yang kotor/jijik.” (Hadis Riwayat Imam Abu Daud dan Imam an-Nawawi).

Sahabat Salman Al-Farisi Radhiyallahu ‘anhu menceritakan:

نهانا أن نستقبل القبلة بغائط أو بول أو نستنجي بأيماننا …

“Rasulullah melarang kami menghadap kiblat ketika buang air besar, kencing dan melarang kami melakukan istinjak dengan tangan kanan ...”  (Hadis Riwayat An-Nasai)

.

.

Kesimpulan

.

Penggunaan tangan kiri, menurut Imam an-Nawawi rahimahullah juga dilakukan apabila seseorang akan membuang hingusnya. Arah kiri pun sewajarnya dipilih oleh seseorang untuk membuang ludahnya. Dan ketika seeorang keluar dari bilik mandi (tandas), atau masjid, kaki kirilah yang didahulukan. Sementara persoalan melepas sandal, kasut, seluar dan pakaian, juga dengan mendahulukan tangan atau kaki kiri.

.

Imam Nawawi menyimpulkan satu kaedah iaitu: “Perkara yg berkaitan kemuliaan dan kehormatan seperti pakai baju, seluar, khuf, masuk masjid, bersiwak, bercelak, potong kuku, kerat misai, sikat rambut, cabut bulu ketiak, cukur kepala, memberi salam selesai solat, basuh anggota bersuci, keluar tandas, makan minum, bersalaman, menyapu hajar aswad, dan lain2 sunat didahului dengan tangan kanan. Manakala sebaliknya seperti masuk tandas, keluar masjid, istinjak, buka pakaian, seluar, khuf dan lain2 maka dimulakan dengan kiri. Semuanya kerana kemuliaan kanan.” (Hadis Riwayat Muslim).

.

Seluruh umat Islam telah mempunyai contoh tauladan terbaik iaitu Nabi Muhammad . Baginda mengajak umat Muslim menuju kepada kesempurnaan kehidupan beradab. Tentu tersembunyi banyak hikmah daripada setiap suruhan dan larangan yang telah disunnahkan oleh Baginda dan tidak sepatutnya perkara-perkara seperti ini diambil ringan kita yang mengaku umatnya.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel berkitan :

Mengutamakan Tangan Sebelah Kanan

.

وَالسَّلاَمْ

.

Petikan oleh; shafiqolbu

sign s

.

.

Leave a comment