DNA Babi: JAKIM Gantung Serta-Merta Sijil Halal Produk Cadbury Dairy Milk

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

DNA babi dalam coklat Cadbury Dairy Milk.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury yang dikesan mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).

 

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata, tindakan itu diambil susulan pengesanan DNA Porcine dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Dalam kenyataan sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengakui keputusan tersebut diperoleh hasil daripada tiga sampel coklat susu Cadbury yang telah diambil untuk analisis bagi tujuan pemantauan.

.

.

Kenyataan Akhbar Pengesanan DNA Porcine Dalam Coklat Susu Dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk

   .

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR

PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL – CADBURY DAIRY MILK

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media ocial pada 23 Mei 2014. Di dalam media ocial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

 

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

 

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:

 

1)      Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

2)      Coklat Susu dengan Buah Badam – Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

 

Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu – Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).

 

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. Telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

 

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

 

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau http://www.facebook.com/bkkmhq

 

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

24 Mei 2014

.

.

Orang ramai berharap pihak pengilang, pasar raya dan penjual dapat menarik semula dengan segera penjualan coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi tersebut.

Sementara itu. Pengerusi Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan kesal dengan isu dua cokelat keluaran Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. yang mengandungi DNA babi (porcine) dan mahu semua cokelat keluaran syarikat berkenaan ditarik balik.

“Kami amat kesal dengan kejadian ini. Kami mahu pihak Cadbury bertanggungjawab sepenuhnya. Secara tidak langsung, ia terus menggugat keyakinan pengguna kepada produk berkenaan,” kata beliau.

Beliau turut mahukan semua produk Cadbury yang diproses di kilang yang sama ditarik balik atau digantung dari pasaran.

“Keyakinan terhadap produk Cadbury sudah tergugat. Produk-produk yang lain turut diproses di kilang yang sama cuma mungkin bahan yang sama tidak dapat dikesan,” kata Nadzim.

Pihak PPIM juga mahukan pihak JAKIM untuk mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengeluarkan sijil halal supaya mengajar syarikat-syarikat pengeluar makanan untuk tidak mengambil kesempatan.

“Perlu ada SOP dimana pihak JAKIM atau berkuasa untuk mengambil persampelan rawak (random sampling) yang dilakukan sekurang-kurangnya setiap dua bulan sekali keatas semua produk. Ia sebagai langkah supaya perkara ini tidak berlaku.


Sebelum ini, pihak JAKIM akan memberikan kompaun, nasihat atau amaran kepada pihak pengeluar dan kemudian memberikan akan memberikan sijil halal kembali. Namun, pihak JAKIM perlu memperketatkan SOP mereka,”
kata Nadzim.

Beliau turut berkata isu ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja menjejaskan pengguna umat Islam tetapi mereka yang vegetarian yang tidak boleh mengambil sebarang kandungan dari binatang.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Shaani Abdullah berkata, “Tindakan yang tegas perlu diambil ke atas pengeluar supaya mereka tidak mengambil mudah tentang isu ini.

“Kita juga tidak boleh menyalahkan pihak JAKIM sepenuhnya kerana pengeluar akan memberikan sampel kepada JAKIM untuk mendapat sijil halal namun ia tidak praktikal untuk JAKIM memantau setiap produk mereka.


Pihak pengeluar perlu bertanggungjawab dan mengeluarkan produk mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Mereka tidak boleh mengambil mudah tentang ramuan yang digunakan selepas mendapat kelulusan sijil halal,”
kata Shaani.

Sementara itu, pihak JAKIM dalam kenyataannya juga menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Selepas sijil pengesahan halal Malaysia dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala JAKIM.

“Dalam hal ini, pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia,” kata Datuk Othman lagi.

Dalam menjaga kepentingan pengguna, kesemua pengeluar dan pengilang terutama produk makanan hendaklah mengambil peringatan dan tindakan segera ketika ini atau masa hadapan dalam memantau pembekalan produk masing2 secara menyeluruh bagi memastikan mencapai tahap standard kesihatan dan kualiti halal yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

4 responses to this post.

  1. Posted by Saudari on 29/05/2014 at 12:33 am

    Assalam saudara Shafiq. Maaf saya ingin bertanya pendapat saudara. Kita semua telah sedia maklum bahawa bbrp produk coklat Cadbury disahkan tidak halal. Jadi setelah mendengar makluman tersebut, saya ingin membuang semua jenis coklat Cadbury yg masih berada dlm peti sejuk di rumah saya. Coklat2 tersebut semuanya saya dpt semasa tahun lps, bknnya baru dibeli. Apakah hukum saya menyentuh coklat2 tersebut semasa hendak membuangnya? Perlukah saya samak/sertu tangan saya ataupun peti sejuk rumah saya? Saya jadi bingung. Mohon pndpt saudara. Terima kasih.

    Assalammualaikum 🙂

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Tahniah di atas rasa kekhuatiran ukhty dalam hal coklat Cadbury ini…

      Islam itu mudah dan tidak memberatkan umatnya. Ikhwat tidak perlu menyertu segala barangan dan tangan kerana yang terkena hanya bungkusan bukan bahan/kandungannya. Jika sudah termakan pun, ianya dimaafkan kerana kita diperdaya dan bukan dengan sengaja hendak mengambil bahan haram tersebut. Maka tidak perlulah disertu tangan dan perut seperti anggapan sesetengah pihak…

      Nasihat ana, janganlah dimakan coklat tersebut kerana ditakuti makanan subhah tersebut menjadi darah daging kita… jika teringin juga.. belilah coklat keluaran bumiputera Muslim yang kini banyak dipasaran.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a reply to Saudari Cancel reply