Jemaah Haji Perlu Mempunyai Kesedaran Pencegahan Penyakit

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

kaabah.

Menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan haji adalah perkara yang sangat didamba dan dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Perjalanan yang panjang bagi melengkapi rukun Islam kelima ini sudah pasti memerlukan persediaan yang rapi baik dari segi mental dan fizikal. Ia merupakan kemuncak pengorbanan seseorang hamba terhadap Allah, Maka sudah tentu mempunyai ganjaran dan hikmah yang besar. Tetapi ganjaran itu pasti tidak mampu dicapai jika niat suci itu terhalang oleh beberapa faktor terutama kesihatan.

Musim haji menarik berjuta Jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia berkumpul serentak di kawasan yang terhad. Situasi itu menyediakan persekitaran yang ideal kepada penyebaran penyakit berjangkit dan wabak dari seseorang individu kepada individu yang lain. Jemaah haji perlu mempunyai kesedaran mengenai kepentingan pencegahan penyakit berbahaya dan berjangkit ketika berada di tanah suci.

.

.

Kepentingan Jaga Kesihatan Semasa Haji

Penjagaan kesihatan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam melaksanakan ibadah haji. Ini kerana, berbanding dengan ibadah-ibadah lain, haji bukan sahaja memerlukan kekuatan rohani, malahan kekuatan jasmani. Oleh itu, dengan tahap kesihatan yang optimum, bakal-bakal haji dapat menjalankan ibadah haji dengan lebih sempurna.

Bakal-bakal haji perlu memahami tentang suasana dan keadaan di Tanah Suci yang amat berbeza daripada tanah air kita bagi memastikan mereka lebih bersedia daripada segi mental dan fizikal.

Persediaan rapi ini perlu dititikberatkan sebelum bertolak ke tanah suci. Keadaan cuaca di sana yang panas, kering dan berdebu adalah berbeza dengan di tanah air yang lembab. Perbezaan paling ketara adalah perubahan cuaca yang sangat ekstrem antara malam dan siang. Suhu waktu siang adalah lebih 40 darjah celsius dan pada waktu malam serendah 18 darjah celsius.

.

Cuaca Panas

Pada musim haji 1435 Hijrah ini, cuaca dijangka sangat panas dengan suhu boleh mencecah sehingga 50°Celcius. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan seperti mudah mengalami keletihan, kekurangan air dalam badan dan boleh menjadi teruk seperti masalah kejutan panas (heat stroke).

Membiasakan diri berada di cuaca panas terik seperti bekerja, berkebun atau beraktiviti di tengah terik panas matahari perlu dilakukan untuk melatih fizikal agar bakal-bakal haji membiasakan diri dengan sengatan matahari.

Pada musim haji kali ini, ia dijangka bertembung dengan musim panas. Maka bakal jemaah diingatkan jangan berjemur di tengah panas dan perlu minum banyak air serta tidak berpakaian tebal di waktu siang.

.

.

Kekuatan Fizikal

Lagi pula ibadah haji itu sendiri memerlukan kekuatan fizikal untuk melakukan saie, tawaf dan melontar. Jemaah terpaksa berjalan beberapa emaahre untuk menunaikan ibadah-ibadah tersebut selain perlu bermalam di Arafah, Mina dan Mudzalifah dengan kelengkapan tempat tidur dan tandas yang paling asas. Pasa masa sama mereka perlu berjalan untuk ibadah melontar empat hari berturut-turut.

Jemaah juga terpaksa berulang-alik ke masjid yang jaraknya dengan tempat penginapan adalah antara 50 meter ke 700 meter. Ringkasnya emaah haji memerlukan kekuatan fizikal sama ada untuk menunaikan ibadah atau urusan peribadi ketika di Tanah Suci.

Masalah keadaan berdebu di Tanah Suci, apa lagi dengan projek peluasan Masjid Al-Haram menyumbang kepada masalah lelah atau asma dan juga jangkitan saluran pernafasan terutama dalam kalangan yang berumur 60 tahun ke atas dan yang berpenyakit kronik.

Ditambah dengan bilangan emaah haji yang ramai sehingga mencecah tiga juta orang menyukarkan bakal-bakal haji menjalankan ibadah haji, maka masa untuk melaksanakan sesuatu ibadah itu lebih panjang. Jemaah yang ramai dan sesak itu juga banyak menyumbang kepada penularan jangkitan saluran pernafasan dan jangkitan penyakit lainnya disebabkan virus atau bakteria yang dibawa oleh emaah emaah lain.

Oleh itu, bakal-bakal haji perlu sihat tubuh badan dalam melaksanakan kesemua rukun dan wajib haji. Melaksanakan tawaf, saie serta melontar memerlukan kekuatan fizikal, di samping perlu berulang alik untuk bersolat di masjid.

.

.

Pemeriksaan Kesihatan

Salah satu syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi yang perlu dipatuhi adalah pemeriksaan kesihatan. Ini bertujuan memastikan setiap bakal haji berada dalam tahap kesihatan yang optimum, supaya mereka dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna tanpa menghadapi sebarang komplikasi kesihatan yang boleh menghalang mereka melakukan semua rukun dan wajib haji.

Selain dapat mengesan penyakit di peringkat awal, seterusnya rawatan awal dapat diberikan sebelum bakal-bakal haji berangkat ke tanah suci. Bakal-bakal emaah perlu memastikan buku rekod kesihatan yang lengkap berserta dengan ubat-ubat dicatat di dalam buku tersebut bagi memudahkan petugas perubatan di tanah suci untuk memberikan rawatan yang terbaik.

.

.

Vaksinasi

Vaksinasi boleh membantu menyediakan ketahanan badan terhadap penyakit. Pada musim haji 1987 (1407 Hijrah), musim haji 2000 dan 2001, wabak penyakit meningitis berlaku di Tanah Suci. Berikutan itu, kerajaan Arab Saudi mewajibkan vaksinasi ‘Meningococcal Quadrivalent ACWY135’ kepada semua emaah sebelum berangkat ke Tanah Suci.

.

Vaksinasi Wajib

Suntikan yang diwajibkan bagi bakal emaah adalah pelalian vaksin ‘Meningococcal Quadrivalent ACWY135’. Ia untuk ketahanan badan terhadap jangkitan selaput otak. Vaksin ini perlu diambil dua hingga tiga bulan sebelum atau selewat-lewatnya dua minggu sebelum berlepas. Vaksinasi ini akan beri perlindungan ketahanan imuniti selama dua hingga tiga tahun dari tarikh suntikan diberi.

.

Vaksinasi Pilihan

Suntikan vaksinasi pilihan yang disyorkan adalah suntikan influenza (selesema bermusim) iaitu ‘Vaksin Seasonal Influenza’ dan suntikan ‘Vaksin Pneumococcal’. Vaksinasi ini boleh membantu menyediakan ketahanan terhadap kuman yang menyebabkan jangkitan dan radang paru-paru.

Kedua-dua suntikan itu adalah pilihan yang boleh didapati di klinik-klinik swasta. Tempoh perlindungan suntikan adalah satu tahun bagi ‘Vaksin Seasonal Influenza’ manakala lima tahun bagi ‘Vaksin Pneumococcal’ dari tarikh suntikan diberi.

.

.

Siapa Yang Perlu Mengambil Vaksinasi ?

.

Bakal-bakal emaah haji yang digalakkan mendapat vaksinasi pilihan adalah:

  1. Bakal emaah yang berumur 40 – 65 tahun emaah atas.

  1. Mereka yang merokok

  1. Mereka yang mengidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, neurologi, buah pinggang, diabetes dan emaah (kegemukan).

  1. Mereka yang mempunyai penyakit emaah pernafasan seperti lelah atau penyakit paru-paru kronik (Chronic Obstructive Pulmonary Disease),

  1. Pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang rendah.

.

.

Kepentingan Kesihatan

Vaksinasi yang diambil juga mesti dicatit dalam buku rekod rawatan kerana tanpa suntikan vaksinasi wajib ini, emaah haji tidak dibenarkan masuk ke Tanah Suci oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat akuan emaah merupakan salah satu dari peraturan haji kerajaan Arab Saudi sebelum visa haji diluluskan.

Pemeriksaan kesihatan yang sempurna bagi melakukan pengesanan awal dan memastikan emaah yang mengidap penyakit tertentu mendapat rawatan yang sepatutnya sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Segala perihal kesihatan, rekod rawatan dan segala tambahan atau perubahan dos ubat-ubatan bakal emaah mesti dicatatkan oleh emaah di dalam Buku Rekod Rawatan (BRR) yang dibekalkan oleh Lembaga Tabung Haji (LTH). Ini penting kerana hanya buku itu yang menjadi penghubung antara emaah di Malaysia dan emaah yang bertugas di tanah suci.

Jika buku itu tidak mempunyai maklumat lengkap maka emaah yang bertugas di Tanah Suci akan menghadapi kesulitan dalam memberi rawatan terbaik. Buku rekod rawatan hendaklah sentiasa berada dalam beg galas emaah dan sentiasa di bawa bersama-sama di Tanah Suci.

Bakal haji dinasihatkan untuk membawa bekalan ubat-ubatan yang secukupnya kerana mungkin ada sebahagian kecil ubat-ubatan yang tiada dalam senarai di tanah suci terutama yang mendapat rawatan di hospital swasta atau di Institut Jantung Negara (IJN).

Selain daripada pemeriksaan fizikal, bakal-bakal emaah juga perlu menjalani pemeriksaan status mental dan ujian kognitif agar berada pada tahap mental yang terbaik bagi melaksanakan ibadah haji.

.

.

Penyakit Sering Dihidapi

Oleh kerana perubahan suasana, suhu dan aktiviti di Tanah Suci seperti hawa yang panas dan berdebu, kesesakan tempat tinggal dan tempat ibadat dan keletihan badan, maka jemaah sering menghidap penyakit ringan seperti:

  1. Batuk dan demam selsema. Pada kebiasaannya hampir 90 peratus dari jemaah haji menghidap batuk. Mereka perlulah mendapat rehat yang cukup. Banyakkan minum air, tiha ke empat liter sehari terutama selepas menggunakan tenaga berlebihan dan penting bagi mereka mendapatkan rawatan awal dari klinik sebelum keadaan bertambah teruk.

  1. Pecah-pecah kulit, tumit dan bibir (khususnya di Madinah). Cara mengatasinya adalah dengan menyapu krim pelembap sejurus berada di Tanah Suci untuk mengelakkan kulit dan bibir pecah. Keadaan cuaca yang kering menyebabkan kulit, bibir dan tumit pecah. Kurangkan penggunaan sabun mandi untuk mengelakkan kekeringan kulit dan jangan berjalan tanpa alas kaki. Lain-lain penyakit ringan adalah sakit kerongkong, hidung berdarah, sembelit dan cirit-birit.

  1. Bakal haji juga perlu mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap jangkitan MERS-CoV dan Ebola dengan memakai ‘tumudung’ (penutup mulut dan hidung) dan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi. Elakkan daripada memakan makanan mentah, buah-buahan atau sayuran yang tidak dibasuh dan meminum air yang tidak dirawat. Bakal haji juga perlu mengelakkan diri daripada pergi melawat ke ladang haiwan dan mengelakkan daripada bersentuhan dengan sebarang jenis haiwan terutama unta.

 .

Sumber dari Dr. Mohammad Faid Abd. Rashid dan Dr. Azah Abdul Samad.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a comment