Fadhilat Doa Ashabul Kahfi

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Bercerita mengenai Fadhilat Doa Ashabul Kahfi ini, tentu antum pernah mendengar dan membaca kisah Ashabul Kahfi iaitu perihal sekumpulan pemuda ‘muwahhid’ (MengEsakan Tuhan Pencipta) dan menyembah Allah سبحانه وتعالى yang membenci dan tidak rela dengan keadaan penuh kekafiran masyarakat dan pemerintahan zalim ketika itu. Mereka telah pergi ke sebuah gua di kaki gunung untuk berlindung dan bersembunyi bagi membolehkan mereka menyembah dan mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى dengan bebas dan tenang.

Sebelum memasuki gua tersebut, mereka menadah tangan sambil melafazkan doa berikut demi memohon rahmat dan kebaikan Allah سبحانه وتعالى :

doa ashabul kahfi

 .

Allah سبحانه وتعالى berfirman :

“(Ingatlah) Ketika pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan Kami! Kurniakanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.” (Surah Al-Kahfi:10)

 .

Maksud Doa

.

Doa di atas bermaksud permohonan kepada Allah سبحانه وتعالى semoga merahmati (dianugerahkan kerahmatan) yang dengan rahmat itu pemohon akan beroleh perlindungan dan keselamatan dari sebarang ancaman. Dan moga ditetap dan diberikan segala bantuan kemudahan, petunjuk serta pimpinan ke arah kebenaran haqiqi hingga ke akhir hayat demi mempertahankan aqidah dan kesejahteraan agama Islam.

.

.

Fadhilat Doa Ashabul Kahfi

.

Doa Ashabul Kahfi di atas amat baik dan sesuai dibaca terutama oleh:

.

  1. Orang yang ingin menemui keimanan sejati.
  2. Mereka yang ingin mendapatkan rahmat Ilahi.
  3. Orang yang mengharapkan petunjuk dari Allah سبحانه وتعالى.
  4. Mereka yang dalam kebingungan dan ingin mencari jalan kebenaran.
  5. Pejuang yang ingin menegakkan keagungan agama Allah سبحانه وتعالى.
  6. Mereka yang mahu mendapatkan kejayaan dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan.
  7. Mereka yang ingin meraiah kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan abadi.

.

.

Sejarah Doa Ashabul Kahfi

.

Doa Ashabul Kahfi ini adalah doa yang dibaca oleh 7 pemuda yang beriman kepada Allah سبحانه وتعالى hingga mendapat petunjuk daripada-Nya. Doa ini dibaca oleh mereka ketika hendak masuk ke dalam gua sebagai tempat persembunyian untuk menyelamatkan agama mereka, agama yang hak dan bebas daripada segala fitnah dari orang-orang zalim.

Tidak lama kemudian Allah سبحانه وتعالى mengabulkan doa mereka dengan menjadikan mereka tertidur bertahun-tahun lamanya iaitu selama 309 tahun selepas mereka memasuki gua. Dan apabila mereka bangun, keadaan masyarakat sudah berubah sama sekali. Rakyat dan rajanya yang berkuasa ketika itu adalah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah سبحانه وتعالى.

.

Kisah Ashabul Kahfi terkandung dalam Surah Al-Kahfi dari ayat 9-26 atau boleh di baca di sini… Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua.

.

.

والله أعلم بالصواب

WAllah سبحانه وتعالىu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah سبحانه وتعالى Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~Oleh: shafiqolbu~

.

.

One response to this post.

  1. […] “(Ingatkanlah peristiwa) ketika sekumpulan pemuda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: […]

    Reply

Leave a comment