Amalan Beribadah Pada 10 Hari Yang Mubarakah (Diberkati)

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Selamat Mengimarahkan Bulan Zulhijjah.

Zulhijjah, bulan yang juga dikenali sebagai bulan haji dan sinonim dengan ibadat haji dan korban. Bagi jemaah haji, apabila tiba bulan ini, bermakna mereka semakin hampir dengan kemuncak ibadat itu iaitu wukuf di Arafah.

.

Rebutlah Peluang Beribadah Pada 10 Hari Yang Mubarakah (Diberkati)

Bagi kita yang tidak berkesempatan menjadi tetamu Allah kali ini, marilah kita rebut peluang 10 hari pertama Zulhijjah dengan melakukan pelbagai ibadat sunat.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

“Demi waktu fajar; dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”

(Surah al-Fajr : Ayat 1-2)

.

Al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah berkata :

والليالي العشر المراد بها عشر ذي الحجة كما قاله ابن عباس وابن الزبير ومجاهد وغير واحد من السلف والخلف.

Maksud sepuluh malam tersebut ialah sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah sepertimana yang disebut oleh Ibnu ‘Abbas, Ibnu az-Zubair, Mujahid dan di kalangan para ulama Salaf dan Khalaf.

.

Sabda Rasulullah ﷺ:

“Tiadalah hari yang dilakukan amal soleh pada hari tersebut lebih disukai oleh Allah daripada sepuluh hari pada bulan Zulhijjah.

Ditanya kepada Baginda: Sekalipun jihad di Jalan Allah?

Baginda menjawab : Sekalipun jihad di Jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan hartanya kemudian dia tidak kembali semula.”

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari r.a.)

.

Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.” (Hadis Riwayat Ahmad)

.

Sementara itu, menurut al-Hafiz Ibnu Hajar: “Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijjah ialah terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.”

.

Oleh kerana itu, marilah kita melipat-gandakan amalan ibadah pada bulan ini terutamanya solat. Disunatkan kita keluar awal ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ia sebaik-baik amalan.

.

Thauban r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” (Hadis Riwayat Muslim). Ini umum untuk semua waktu.

.

.

Tingkatkan Amalan

.

Perbanyakkanlah amalan berikut sepanjang hari yang mulia ini :

.

  1. Bersedekah
  2. Berqiyamullail
  3. Membaca al-Quran
  4. menghadiri ke Majlis Ilmu dan ceramah
  5. Beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT
  6. Berzikir dengan bertakbir, tahlil, tahmid dan berselawat
  7. Mendirikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah
  8. Berpuasa sunat khususnya Puasa Sunat Hari ‘Arafah pada 9 Zulhijjah
  9. Berdoa untuk diri sendiri, ibu bapa, isteri / suami, anak-anak dan umat Islam.
  10. Menghulu khidmat kepada guru-guru, keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.
  11. Melakukan pelbagai amal kebajikan seperti menolong orang yang dalam kesusahan dan sebagainya.

.

.

Semoga bermanfaat dan tersebar kebaikan untuk semua umat dalam kemuliaan bulan Zulhijjah terutama 10 hari yang Mubarakah.

 

“Ya Allah! Taufiqkanlah kami untuk melaksanakan segala perkara yang Dikau sukai dan Dikau redhai.”

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: