Archive for the ‘Azan dan Iqamah’ Category

Zikir Istighfar Sebelum Iqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa adalah antara azan dan Iqamah. Sebaik-baik doa adalah Istighfar, iaitu memohon keampunan kepada Allah سبحانه وتعالى  dari segala dosa yang pernah dilakukan, baik dosa kecil apatah lagi dosa yang besar.

Berikut ini adalah salah satu Istighfar / zikir sebelum iqamah:

Continue reading

Kisah Pencinta Muzik Diampun Kerana Menjawab Seruan Azan

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kisah Peminat Muzik Diampun Kerana Menjawab Seruan Azan SQ.

Diriwayatkan terdapat seorang perempuan yang bernama Siti Zubaidah. Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang memiliki harta kekayaan. Beliau juga tergolong di dalam golongan orang yang suka mendengar muzik dan kerana hobinya pada muzik itu, Siti Zubaidah telah membina pentasnya sendiri khusus untuk berehat, tempat minum dan tempat mendengar muzik di mana beliau turut mempunyai beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya.

  Continue reading

DOA SELEPAS AZAN

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Doa Selepas Azan adalah suatu sunnah dan apabila telah selesai azan yang dikumandangkan oleh mu’azzin, setiap Muslim yang mendengar azan tersebut hendaklah berdoa dengan penuh penghayatan.

 

Waktu selepas azan juga adalah masa mustajab berdoa, maka lebih afdhal dan ada baiknya jika setiap kali lepas doa azan kita tambahkan dengan Asmaul Husna dan doa untuk ibu bapa. Terlebih dahulu hendaklah dibaca 1 – 3 kali selawat sebelum membaca doa selepas azan:

Continue reading

MENJAWAB LAFAZ IQAMAH DENGAN BETUL DAN SEMPURNA

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Dalam solat berjemaah, maka cukup hanya seorang sahaja yang menyeru Iqamat itu seperti ditugaskan bilal (muadzin), tidak perlu lagi kita melafazkan Iqamat. Bagaimanapun untuk beroleh pahala, kita disunatkan menyahut, mengikuti bacaan atau menjawab lafaz Iqamat, sama sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin dengan perlahan satu persatu hingga akhir kecuali pada 2 kalimah berikut:

Continue reading

CARA IQAMAH YANG BETUL DAN SEMPURNA

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

. 

Iqamat atau Iqamah disebut juga dengan Qamat ialah seruan dengan lafaz-lafaz ucapan atau bacaan tertentu yang dilakukan ketika sudah hampir mendirikan atau memulakan sesuatu solat. Iqamah bertujuan untuk memberitahu bahawa solat akan dimulakan dan mengajak mereka yang telah hadir supaya bersedia memasuki saf untuk melakukan solat. Hukum melafazkan Iqamah ialah sunat Muakkad.

Continue reading

FADHILAT DAN CARA MENJAWAB LAFAZ SERUAN AZAN

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Menjawab lafaz seruan Azan dan Iqamat hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara setiap kalimah. Dalam solat jemaah, cukup cuma seorang sahaja seperti bilal (muadzin) yang melaungkannya lafaz dan seruan azan, tidak perlu lagi orang lain mengumandangkan. Bagaimanapun untuk beroleh pahala, kita disunatkan menyahut atau menjawab seruan Azan tersebut mengikut sama sebagaimana yang dilafazkan oleh muazzin.

Continue reading

Keistimewaan Dan Kelebihan Seruan Azan

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

LAFAZ AZAN

 

Lafaz Azan atau Bang terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz Kalimah Tauhid di akhir azan hanya sekali sahaja. Susunan 15 kalimah seruan azan tersebut adalah:-

Continue reading