Pengiraan Waktu Dhuha Berdasarkan Formula Falak

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Waktu Solat Dhuha.

Ramai pengunjung Blog Shafiqolbu yang bertanyakan waktu sebenar bermulanya waktu Solat Sunat Dhuha, maka sempena tarikh yang cantik hari ini (12.12.12) ana tunaikan permintaan tersebut dengan ditunjukkan cara pengiraan waktu yang paling tepat.

Sebenarnya waktu Solat Sunat Dhuha boleh selisih (berbeza) sehingga 30 minit dalam sesuatu tahun itu dan waktunya juga berbeza sehingga 1 jam di antara Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Jadi jadual waktu solat ini ini bolehlah di rujuk berdasarkan Waktu Syuruk pada Takwim Solat di kawasan masing-masing.

.

Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak adalah bermula dari selepas terbit matahari iaitu anggaran naik matahari setinggi segalah sehingga condongnya matahari ke arah barat.

Pengiraan Waktu Dhuha secara astronomi/falak adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk.

 .

.

Pengiraan Waktu Dhuha Berdasarkan Formula Falak

.

Waktu Kuala Lumpur

Waktu Kuala Lumpur

.

Contoh 1 :

Jadual Waktu Solat di Kuala Lumpur pada 12 Disembar 2012 :

Waktu Syuruk  =  07:10 pagi

Waktu Subuh  =  05:48 pagi.

 .

Waktu Dhuha di Kuala Lumpur pada hari dinyatakan ialah :

Waktu Syuruk ( 07:10 pagi) + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh) (07:10 pagi – 05:48 pagi = 1 jam 22 Minit @ 82 minit)

= 07:10 pagi + 1/3 (82 Minit)

= 07:10 pagi + 27 minit

= 07:39 pagi.

Waktu Dhuha Kuala Lumpur  ~  Bermula dari pukul  07:39 pagi.

 .

.

Contoh 2 :

Jadual Waktu Solat di Langkawi pada 12 Disembar 2012 :

Waktu Syuruk  =  07:21 pagi

Waktu Subuh  =  06:00 pagi.

Waktu Pulau Langkawi

Waktu Pulau Langkawi

Waktu Dhuha di Langkawi pada hari dinyatakan ialah :

Waktu Syuruk ( 07:21 pagi) + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh) (07:21 pagi – 06:00 pagi = 1 jam 21 Minit @ 81 minit)

= 07:21 pagi + 1/3 (81 Minit)

= 07:21 pagi + 27 minit

= 07:48 pagi.

Waktu Dhuha Langkawi  ~  Bermula dari pukul  07:48 pagi.

 .

.

Contoh 3 :

Jadual Waktu Solat di Kota Kinabalu, Sabah (Zon 7) pada 12 Disembar 2012 :

Waktu Syuruk  =  06:15 pagi

Waktu Subuh  =  04:53 pagi.

Waktu Kota Kinabalu

Waktu Kota Kinabalu

Waktu Dhuha di Kota Kinabalu, Sabah pada hari dinyatakan ialah :

Waktu Syuruk ( 06:15 pagi) + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh) (06:15 pagi – 04:53 pagi = 1 jam 22 Minit @ 82 minit)

= 06:15 pagi + 1/3 (82 Minit)

= 06:15 pagi + 27 minit

= 06:42 pagi.

Waktu Dhuha Kota Kinabalu  ~  Bermula dari pukul  06:42 pagi.

 .

.

Waktu Afdal Dan Akhir Dhuha

.

Waktu afdal Solat Sunat Dhuha pula adalah 2/3 masa antara bermulanya Solat Sunat Dhuha sehingga masuk waktu Zuhur. Dan waktu tamat atau berakhir Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.

.

Dari Zaid bin Arqam r.a, berkatanya, Nabi Muhammad ﷺ keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Baginda  ﷺ bersabda :

“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Petikan oleh; shafiqolbu

sign s2

.

13 responses to this post.

  1. terima kasih atas info yang amat berguna ini..:)

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Cik Atikah kongsi jugalah ilmunya dengan sahabat2 lain dan khabarkanlah mengenai Blog Shafiqolbu ini kepada mereka…

      Reply

  2. Posted by nina on 09/02/2013 at 5:45 pm

    terima kasih

    Reply

  3. Posted by Rashidah on 11/02/2013 at 4:48 pm

    Assalamualaikum wbth. Saya ada ternampak di FB ada kawan-kawan yg upload sekeping gambar yg menunjukkan waktu solat dhuha adalah antara 8-11 pagi sahaja dan diantara 11-12 tgh itu ditulis waktu haram solat dhuha. adakah betul pandangan ini atau adakah ia pandangan mazhab yang lain?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Mungkin terdapat kesalah fahaman pada pandangan tersebut…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  4. Posted by Muhammad on 16/05/2013 at 11:26 am

    Rasyidah,
    Mengikut mufti N9 , waktu akhir dhuha ialah 30 minit sebelum zohor

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Benarlah seperti apa yang dinyatakan terutama bagi mereka yang tiada berhalangan supaya tidak terkejar2 dan mendidik ummah berdisplin pada diri dan menghormati waktu..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  5. Posted by norliza on 28/05/2013 at 7:26 am

    terima kasih

    Reply

  6. Posted by Mohd Paizal on 23/06/2013 at 8:16 am

    Assalammualaikum tuan, saya mohon diijazahkan kepada saya ilmu solat dhuha ini kepada saya, mohd paizal b.md.nor. semoga Allah membalas kebaikkan kepada tuan dan keluarga tuan.AMIN!!!

    Reply

  7. Terima kasih atas perkongsian maklumat. Bersyukur kita menjadi umat Nabi Muhammad. Allah memberi kita banyak peluang, ruang dan bimbingan akal yg bnyak. SYUKUR ALHAMDULLAH.

    Reply

  8. Posted by eiyda on 20/07/2013 at 8:19 am

    Semoga Allah merahmatimu..jazakallah..

    Reply

  9. Posted by Mazlan Bin Iskandar on 20/07/2014 at 7:40 am

    Assalamualaikum, terima kasih atas info yang dikongsikan kepada kami kerana ilmu agama tidak ada penghujungnya untuk dipelajari. Ini telah membuktikan waktu di dalam aplikasi waktu solat yang di muat turun dari Play Google saya untuk menentukan waktu Dhuha adalah tepat berdasarkan pengiraan tersebut. Alhamdulillah.

    Reply

Leave a comment