Puasa Qadha

Puasa Qadha adalah menggantikan puasa wajib yang telah ditinggalkan sama ada disengajakan mahupun tidak tanpa keuzuran. Puasa yang ditinggalkan wajib digantikan sebanyak hari yang ditinggalkan.

Allah SWT. dalam firman-Nya: “…Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang lain…” (Surah al-Baqarah, ayat 184).

.

Puasa ganti wajib dilakukan sekiranya seseorang itu membatalkan puasa Ramadhan, sama ada dengan sengaja ataupun tak sengaja. Namun, ada beberapa keadaan yang tidak mewajibkan untuk qadha puasa seperti orang yang baru masuk Islam, maka tak wajib mengganti puasa yang ditinggalkan semasa beliau masih kafir.. begitu juga seorang yang baru akil baligh, maka tak wajib mengganti puasa yang ditinggalkan masa belum baligh dsb.

.

Wajib menyegerakan puasa qadha yang ditinggalkan tanpa uzur dan haram melakukan puasa sunat termasuk puasa enam, selagi belum diqadha puasa yang ditinggalkan.

.

Puasa qadha boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari diharamkan berpuasa. Ia wajib disegerakan sebelum masuk Ramadhan yang baru. Jika qadha puasa hendak dikerjakan pada Syawal ia boleh dilakukan selepas 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri).

.

Ibadat wajib jika ditinggalkan wajar diqadhakan segera sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri terhadap Allah. Sunat menyegerakan qadha puasa secara berturut-turut. Puasa qadha ini hendaklah dilakukan mengikut rukun dan syarat-syarat sebagaimana puasa biasa.

.

.

 Wajib Qadha Puasa Sahaja

Orang yang meninggalkan puasa wajib dan mesti mengqadhakan puasanya sahaja ialah:

  1. Terlupa berniat.
  2. Sakit yang membahayakan.
  3. Pitam, pengsan, gila atau mabuk.
  4. Perempuan yang datang haid atau nifas.
  5. Sengaja berbuka atau jimak (bagi isteri saja).
  6. Ibu mengandung yang bimbangkan kesihatan dirinya.
  7. Menyusukan anak dan bimbang menjejaskan kesihatan sendiri.
  8. Orang yang berkerja berat sepanjang bulan puasa.
  9. Tersangat lapar dan dahaga yang membahayakan.
  10. Orang yang kembali dari bermusafir.
  11. Murtad.

.

Seseorang yang uzur syarie berterusan, seperti masih musafir atau sakitnya berterusan hingga tiada ruang mengqadhakan puasanya, diharuskan melewat qadha atas bilangan hari yang ditinggalkan sehingga ia sihat dan tenang serta tidak wajib membayar fidyah sekalipun telah melangkau beberapa Ramadhan.

.

Firman Allah Ta’ala :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui.” (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

.

.

Waktu Berniat Puasa Qadha

Waktu berniat puasa ganti ini adalah sama dengan waktu puasa Ramadhan iaitu pada waktu malam dan berakhir ketika masuk Subuh. Kalau berniat selepas Subuh, maka tidak sah puasa ganti itu. Keadaannya sama macam puasa Ramadhan.. cuma bezanya, kalau berjimak waktu puasa ganti tu, tidaklah dikenakan kifarah.

.

.

NIAT PUASA QADA

Niat merupakan keinginan untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berkeinginan melakukan qadha puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat.

Niat puasa ganti adalah lintasan hati nak berpuasa qadha esok hari kerana Allah Taala. Maka termasuk di situ sunat bersahur, sama macam puasa Ramadhan.. bezanya cuma pada niat.

Niat itu tidak semestinya menuntut kepada satu lafaz yang khusus, namun bagi meyakinkan diri dan memantapkan niat bolehlah dibaca lafaz niat menggantikan puasa di bawah.

 .

.

 LEWAT QADA

1. Sekiranya terlewat mengqadha puasa Ramadan, tanpa uzur syarie hingga tiba bulan Ramadhan tahun yang berikutnya, maka;

a.  Wajib mengqadha puasa mengikut bilangan hari yang tertinggal.

b.  Dan wajib membayar fidyah berupa secupak makanan asasi bagi satu hari

puasa yang ditinggalkan.

.

2.  Jika terlewat sehingga memasuki dua kali Ramadhan maka dendanya ditambah secupak lagi menjadikan dua cupak (2 fidyah) untuk 1 hari yang ditinggalkan, jika memasuki Ramadhan ketiga, menjadi 3 cupak dendanya dan begitulah untuk tahun-tahun seterusnya, di samping wajib mengqada puasa mengikut bilangan hari yang tertinggal sahaja.

.

3.  Sekiranya berasa ragu-ragu dengan bilangan puasa yang ditinggalkan, kiralah pada bilangan yang maksima kerana dalam beramal biarlah kita berbuat lebih. Jangan lakukan cukup makan saja, sebab setiap amalan yang kita laksanakan semuanya mendatangkan kebaikan dan manfaat.

.

.

 QADHA PUASA WAJIB DAN SUNAT SERENTAK

Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat diperolehi juga dengan niat seseorang yang berpuasa qadha atau berpuasa nazar. Seseorang yang melakukan sesuatu yang wajib pada waktu yang disunatkan, maka dengan sendirinya melayakkan seseorang itu mendapat pahala sunat.

.

1.  Puasa Qadha Dan Puasa 6

Melakukan puasa qadha yang hukumnya wajib boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum sampai Ramadhan tahun akan datang. Jika dilakukan dalam Syawal yang kebetulan ada fadilatnya, Allah SWT. akan memberikan lebih ganjaran kepadanya kerana mengambil fadilat dalam bulan berkenaan yang disunatkan berpuasa.

Bagi mereka yang diharuskan meninggalkan puasa Ramadhan kerana masalah keuzuran, sunat mengerjakan puasa enam walaupun masih mempunyai qadha. Keuzuran dibenarkan oleh syarak adalah seperti:

  1. Orang dalam perjalanan (musafir)
  2. Orang sakit
  3. Perempuan yang nifas
  4. Perempuan yang haid

.

Saidatina Aisyah berkata: “Dulu kami haid pada zaman Rasulullah SAW. Maka, kami diperintahkan mengqada puasa dan tidak diperintahkan mengqadha solat.”

Wanita yang kedatangan haid pada bulan Ramadhan, boleh mengqadhakan puasa di samping mendapat pahala puasa sunat enam Syawal. Caranya ialah dengan berniat bagi kedua-duanya iaitu puasa qada dan sunat dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran serentak (iaitu ganjaran puasa qadha dan sunat).

Orang yang luput keseluruhan puasa Ramadhan selama sebulan kerana keuzuran yang diharuskan oleh syarak, jika dia mengerjakan puasa qadha pada Syawal, disunatkan (mustahab) ke atasnya mengqadha puasa enam itu dalam Zulkaedah.

 

Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja atau tanpa keuzuran, mereka diharam mengerjakan puasa enam pada Syawal kerana mereka diwajibkan menyegerakan qadha terlebih dahulu.

 .

.

2.  Qadha Serentak

Mereka yang ketinggalan puasa Ramadhan kerana keuzuran yang dibenarkan syarak, harus mengqadha puasa Ramadhan serentak dengan puasa enam pada Syawal, namun begitu adalah lebih utama mengqadha dahulu sebelum melakukan puasa sunat.

.

Bagi keuzuran yang dibenarkan syarak, orang itu boleh melakukan qadha puasa Ramadhan sekali gus dengan puasa enam dalam bulan Syawal. Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa wajib sama ada puasa qadha atau puasa nazar atau puasa kifarah, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah atau pada hari Isnin dan Khamis atau hari ‘Asyura dan puasa sunat lain seumpamanya.

.

Dalam menunaikan puasa itu, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu puasa qadha dan sunat seperti puasa hari Arafah atau puasa lain, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan wajib itu. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat atau puasa wajib, maka dia hanya akan mendapat pahala bagi puasa yang diniat itu sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu.

.

Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib, katanya: “Jika diniatkan kedua-duanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.”

.

Walaupun menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, ganjarannya tidaklah menyamai ganjaran pahala seperti yang disebut dalam hadis di atas.

.

Bagaimanapun, sikap menyegerakan qadha puasa itu sikap terpuji dan dituntut oleh syarak. Ini kerana ganjaran dan pahala ibadat itu hanya Allah yang menilai dan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka.

.

.

https://shafiqolbu.wordpress.com

.

.

40 responses to this post.

  1. Posted by ina on 27/09/2012 at 5:48 pm

    assalam saya nak tahu mana satu yang betul, qadha atau qodho’

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Kedua2nya boleh digunakan, qadha betul pada penulisan manakala qodho’ pula betul pada sebutan… Tapi dalam kamus dewan qada digunapakai.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  2. Posted by Sue on 29/10/2012 at 6:08 am

    Sy bernazar utk berpuasa pd isnin….tp kebetulan hari itu ialah hari tasyriq…adakah blh sy meneruskan nazar sy

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Puasa wajib seperti nazar harus disegerakan walaupun kebetulan ia jatuh pada hari tasyriq

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  3. Posted by hamba Allah SWT on 23/05/2013 at 2:55 pm

    boleh ke saya melakukan puasa ganti , tetapi niat pada siang hari nya ?

    Reply

  4. Posted by hamba Allah on 11/06/2013 at 3:00 pm

    assalamualaikum .. saya sudah lupa berapa hari puasa yang telah saya tinggalkan pada tahun lepas akibat uzur.. saya bingung berapa hari puasa yang patut saya qada.. tolong saya ustaz .. 🙂

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Gantikan saja mengikut jumlah hari yang biasa keuzuran yang mana ianya tidak lebih dari 15 hari yang ditetapkan.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  5. Posted by eida on 13/06/2013 at 1:51 am

    Assalamualaikum…
    Adakan saya boleh b’puasa ganti pada bulan ini?
    Dan hari apa kah yang boleh b’puasa ganti?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh…itulah sebaik2nya supaya tak tertangguh dan ia boleh dibuat sehingga sebelum memasuki bulan Ramadhan iaitu hari ke 29 Syaaban…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  6. Posted by wiwien on 13/06/2013 at 8:39 pm

    sy melakukan puasa ganti tetapi telah makan tidak sengaja. adakah kna ganti semula puasa tersebut?

    Reply

  7. Posted by zeety on 21/06/2013 at 12:35 pm

    benarkah sekiranya qada puasa ramadhan hari jumaat perlu diapitkan dengan hari khamis atau sabtu? maksudnya tidak dibenarkan ganti pada hari jumaat sahaja. sekiranya pusa tersebut dilakukan pada hari jumaat, perlu juga berpuasa sebelumnya iaitu hari khamis atau selepasnya (hari sabtu)?

    Reply

  8. Posted by liza binti zainal on 23/06/2013 at 11:07 am

    Salam..ustaz..boleh ke..seseorg yg berniat untuk puasa ganti esok harinya..dan telah pun berpuasa..tetapi belum waktu berbuka..dia telah berbuka..maksudnye tidak jadi berpuasa pd hari tersebut..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tidak sah puasa pada hari tersebut. Puasa Qadha wajib diniatkan malam sebelumnya dan hendaklah dicekalkan hati agar tidak mempermainkan puasa tersebut…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  9. Posted by fieyda on 24/06/2013 at 8:14 am

    salam . mohon bertanya , saya ingn berpuasa . adakah saya boleh berpuasa pada waktu sybn ini . mksd saya sblum puasa mnjlma .

    Reply

  10. Posted by Rashidah on 24/06/2013 at 10:58 am

    Assalamualaikum w.b.t.
    Saya nak bertanya, sekiranya kita mengganti puasa pada hari Jumaat. Adakah wajib kita menyambung ganti puasa pada hari Sabtu? Seolah2 seperti puasa sunat. Tolong bantu saya.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Buat Zeety dan Rashidah berpuasa tunggal pada hari Jumaat adalah makruh. Perlulah dicari hari lain atau diiringi puasa sehari sebelum atau selepasnya… kecuali sebab terdesak kerana telah terlalu hampir memasuki bulan Ramadhan.

      Reply

  11. Posted by haryatiakmal on 27/06/2013 at 12:19 pm

    assalammuallaikum . saya nak buat ganti tapi saya terlupa nak melafazkan hanya sekadar berniat ingin puasa ganti esok.adakah boleh ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah..Boleh jika diniatkan antara waktu Mahgrib dan sebelum masuk Subuh malam sebelumnya..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  12. Asalamualaikum ..ukt puasa. Qada kalu saya berniat mcm ni betul ke ..sahaja aku puasa qada esok hari kerana. Allah ta’ala

    Reply

  13. Hri isnin hri tu saya ada buat puasa sunat nisfu syaban , hri Selasa n hri seterusnya baru saya buat puasa qada ..sah ke tk puasa tu

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Masukkan sekali ke dalam niat tersebut nama puasanya, samada qadha Ramadhan, nazar, kafarah dsb…
      2. Puasa qadha boleh dibuat sehingga ke akhir Syaaban. Baca juga di sini..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  14. […] Puasa Qadha  (Klik Di Sini) […]

    Reply

  15. Assalamualaikum, Boleh tak kiranya puasa qadha dan puasa nazar disekalikan pada hari yang sama. Bagaimana cara lafaz niatnya. Mohon penjelasan. Terima kasih..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Puasa qadha dan puasa nazar adalah 2 ibadah wajib yang berbeza dan tidak boleh disekalikan. Ia perlu dibuat pada hari yang berbeza.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  16. Posted by nur liyana on 11/07/2013 at 12:40 pm

    assalamualaikum.
    saya ingin bertanya, saya tertinggal puasa banyak tahun(dlm keadaan dh baligh)dan saya tidak menggantikan puasa dan saya terlupa berapa hari yang saya tinggal untuk banyak tahun tu.jadi mcm mana saya nk ganti puasa dan bayar fidyah yer..mohon bantuan yer..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ganti puasa semaksima mungkin sehingga rasa tiada hutang di hati… Kiraan dan bayaran fidyah, Ukhti Nur boleh ke pusat zakat berhampiran bagi membantu pengiraan yang setepatnya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  17. Posted by muhammad asri on 22/07/2013 at 10:57 pm

    assalamualaikum ustaz ,mohon dapat beri penjelasan ..
    contoh : saya tidak berpuasa selama tiga tahun pada 2010,2011,2012 .. sekarang sudah masuk ramadhan 2013 ..
    berapakah bayaran fidyah yang perlu saya bayar ustaz .. ?? mohon beri penjelasan ..
    fisabilillah .. shukran ya ustaz ,

    Reply

  18. Posted by Aien on 28/08/2013 at 8:41 am

    assalamualaikum…apa hukumnye jika saya membuka puasa dipertengahan ketika saya sedang berpuasa sunat ramadhan dan puasa ganti..?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jika berbuka bagi meraikan tetamu atau terpaksa tidak mengapa…tapi jika saja2 suka, makruh hukumnya kerana mempermainkan ibadah.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  19. Posted by fiza on 08/10/2013 at 11:44 am

    bolehkah saya qada/ganti puasa ramadan pada setiap hari sabtu sahaja?

    Reply

  20. Posted by ayualmusa on 03/12/2013 at 4:05 pm

    assalamualaikum ustaz.. skrg ada lah hri prtna sya mengganti puasa.. tp sy masih ragu2 sbb hri jumaat adalah di lrg bg umat islam mengganti puasa.. jadi adakah hri jumaat ni sya tdk harus puasa dan smbubg puasa pda hri sbtu ni.. mohon penjelasan ustaz..

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Ukhti Ayu bepuasalah dengan hari sebelum atau selepasnya (Khamis/Sabtu), hindarkan berpuasa tunggal pada hari Jumaat.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  21. Posted by mastiah binti yamnoh abdullah on 17/07/2014 at 9:35 am

    Aslam, sya ingin bertanya banyak tahun sya tak puasa dan tak mengantikannya sbb tak ingat berapa hari tapi tahun 2013 sya puasa enam hari dalam syawal adakah puasa sya tu sah…sya sebenarnya tak tahu hukum hukum puasa sebelum ini sya memeluk islam pada tahun 2005 dan baru tahun ini sya tahu tentang puasa…

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Puasa dalam Syawal itu hanyalah puasa sunat… puasa wajib/fardhu di bulan Ramadhan mesti diganti/qadha sebanyak hari yang ditinggalkan.

      Jika dikira jumlah hari yang wajib diqadha…

      Contoh :
      Ana anggarkan Ukhti Masitah mengalami haid konsisten 7 hari, maka ia akan didarabkan dengan tahun yang ditinggal bagi mendapatkan jumlah hari yang tidak perlu diqadha.

      Bilangan hari Haid : 7 hari setahun (sepanjang Ramadhan) x 9 tahun = 63 hari
      Bilangan hari Puasa : 30 hari setahun (sepanjang Ramadhan) x 9 tahun = 270 hari

      Hari mesti diqadha : 270 – 63 = 207 hari

      Kadar fidyahnya Ukhti Masitah boleh ke pejabat zakat berhampiran bagi mengetahui pengiraan dan bayaran tepatnya. Puasa perlu diganti sebelum bertemu Ramadhan yang akan datang, jika tidak mahu berganda lagi bayaran fidyah.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  22. Posted by pemilikhati on 17/06/2015 at 3:09 pm

    Ustaz,klau sy cma brniat “shja aku pose ganti esk hari krna Allah Ta’ala ” untk qada’ puasa ramadhan saya,adkah sah puasa ganti sy?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Sah jika lintasan niat qadha tersebut tertuju kepada ‘qadha puasa ramadhan’, bukan puasa umum atau selain daripadanya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a comment