Sujud Syukur

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

 Apakah Sujud Syukur Itu ?

Sujud Syukur ialah sujud yang dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih atas nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala, juga sujud apabila mendengar atau melihat berita yang menggembirakan dan terselamat atau terlepas dari malapetaka / bala bencana.

.

Sesetengah ulama’ menyarankan Sujud Syukur dilakukan sebanyak 2 kali, terutama apabila terselamat dari maut akibat kemalangan, malapetaka atau bencana alam. Sujud pertama adalah sujud taat manakala sujud ke-dua menunjukkan kesyukuran. Sujud ini hanya dilakukan di luar solat. Bacaannya boleh juga sama seperti bacaan Sujud Tilawah’.

 .

.

Hukum Sujud Syukur

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya: “Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

.

Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya, “Bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.” (Syarah Al-Minhaj)

.

Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi‘ie tidak boleh dilakukan di dalam solat. Ianya hanya sunat dilakukan di luar solat ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah SWT atau terhindar daripada malapetaka.

.

Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:

38:25

“Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik.”

.

Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam solat kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam solat. Jika dia sujud maka batallah solatnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.

.

.

1.  Syarat Sujud Syukur

  1. Berwuduk
  2. Berdiri menghadap kiblat.
  3. Berniat. “Daku bersujud syukur kerana Allah Ta’ala”.
  4. Takbiratul-ihram.
  5. Bersujud menyentuh bumi atau lantai.
  6. Dengan sekali sujud sahaja.
  7. Bertakbir seiring bangun dari sujud.
  8. Memberi salam.

.

2.  Syarat Syukur

  1. Mengakui nikmat itu dengan hati.
  2. Mengucapkan secara lisan “Alhamdulillah”.
  3. Gunakan nikmat itu untuk melaksanakan ketaatan pada Allah.

.

3. Bacaan Sujud Syukur:

Subhanakallahumma Anta Rabbiy haq-qan haqqa, sajadtu laka yaa Rabbi ta-‘abbudan wa riqqa. Allahumma inna ‘amali dha’ifun fadha’i liy. Allahumma qini ‘adzaabaka yawma tub’atsu’ ibaaduka wa tub ‘alayya innaka antat tawwabur Rahim.

“Maha Suci Dikau, Ya Allah! Dikaulah Tuhanku yang sebenarnya, daku sujud kepada-Mu ya Rabbi sebagai pengabdian dan penghambaan. Ya Allah! Sesungguhnya amalku lemah, maka lipat gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah! Selamatkan daku dari siksa-Mu pada hari hamba-hamba-Mu dibangkitkan, terimalah taubatku; Sesungguhnya Dikau Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang!”

.

Atau

.

Boleh juga membaca tasbih pada Sujud Syukur ini sama seperti bacaan ‘Sujud Tilawah’:

Sa-ja-da  waj-Hi-ya  lil-la-dziy  kho-la-qo-hu  wa-shaw-wa-ra-Hu  wa-syaq-qo  sam-’a-Hu  wa-ba-sho-ro-Hu  bi-hau-li-hi  wa-quw-wa-ti-Hi  fa-ta-baa-ro-kaL  Laa-Hu  ah-san-ul  khoo-li-qiyn .

“Daku bersujud kepada Allah yang menjadikanku, memberikan pendengaranku dan penglihatanku dengan Kekuasaan-Nya dan Kudrat-Nya. Maka Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.”

.

.

Bagaimana Sujud Syukur Dilaksanakan ?

Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan ‘Sujud Tilawah’ ketika ia dilakukan di luar solat iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur, takbir, sujud dan juga salam.

Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam ‘Sujud Tilawah’ iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.

Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam ‘Sujud Tilawah’.

.

Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.

Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

Sujud Tilawah Sajadah (Klik Di Sini)

Syaitan Takut Ayat Sajdah (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

By; shafiqolbu

.

13 responses to this post.

  1. Posted by fendy on 02/10/2012 at 4:00 pm

    Slm ustaz… Mohon d detailkan lg cara2 solat syukur ini, ie cara2 mengerjakannya…. Tq..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
      InsyaAllah, Ana akan buatkan satu entry khas ‘Solat Sunat Syukur’…. Sabar menunggu!

      Reply

  2. Posted by azmi on 01/02/2013 at 3:52 pm

    izinkan saya copy ini. terima kasih.

    Reply

  3. Posted by noorhayati on 07/03/2013 at 10:02 pm

    Alhamdulillah, terimakasih bnyk2. Moga perkongsian ilmu berterusan.

    Reply

  4. Assalamualaikum Ustaz , saya nak tanya , kalau kita tak baca salah satu bacaan tersebut ketika sujud , adakah sujud syukur kita dianggap tidak sah ? terima kasih ye ustaz 🙂

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sujud tu sah…tapi sekurang2nya bacalah Subhanallah, Alhamdulillah…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  5. […] seseorang itu tidak mendirikan solat, walaupun telah melakukan Sujud (Sajdah atau Syukur) atau pun Tawaf tidaklah disunatkan memperbaharui wuduk, bahkan hukumnya adalah […]

    Reply

  6. Posted by Faezah on 29/06/2013 at 3:31 pm

    Salam.. Ada di nyatakan di ats blh menggantikan sujud syukur dgn bersedekah. Kalau bernazar utk sdkah, adakah ianya sama?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sedekah nazar adalah suatu kewajipan yang mesti dilakukan segera…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  7. t,kasih..byk saya dapat ilmu…mohon izin utk print..

    Reply

  8. Posted by maa on 01/02/2016 at 8:14 pm

    Alhamdulillah..terima kasih ustz..

    Reply

  9. Posted by Rohadatul atsy abdullah on 17/06/2016 at 1:03 pm

    Assalamualaikum..Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..saya mohon share.terima kasih..

    Reply

Leave a comment