Rahsia Tarikh ‘Al-Qadar’ (Lailatul Qadar)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Lailatul Qadar.

Malam ‘Al-Qadar’ atau Lailatul Qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadhan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan 1000 bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah سبحانه وتعالى  dalam surah al-Qadr:

 

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣

“Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam al-qadar itu? Malam Lailatul Qadar  adalah lebih baik dari 1000 bulan.”

(Surah Al-Qadar; Ayat 1 – 3)

.

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1000 bulan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut telah diturunkan al-Quran dan keduanya, pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebutkan sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan dan ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

 .

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang ke-20 Ramadhan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah ﷺ daripada Ibnu Umar: “Sesiapa yang ingin mencari Lailatul Qadar  hendaklah pada malam ke-27.”

Sebuah lagi hadis Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Muslim adalah bermaksud: Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil dari 10 malam akhir bulan Ramadhan.

Jelas daripada kedua-dua hadis di atas bahawa Lailatul Qadar itu hanya berlaku pada satu malam sahaja dari bulan Ramadhan, dan ia adalah sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam-malam akhir Ramadhan al-Mubarak ini.

 .

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam tersebut.

Allah سبحانه وتعالى sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:

# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang bulan Ramadhan.

# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada hari Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari tersebut.

# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan ‘solat wusta’ dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.

# Allah menyembunyikan isim adzam di antara nama-nama-Nya agar kita menyebut kesemua nama-nama-Nya (Asmaul Husna)

# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita berhenti melakukan apa jua bentuk maksiat.

# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.

# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan kedatangan Hari Kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.

# Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.

 .

Walau bagaimanapun berkaitan dengan Malam Al-Qadar, para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam tersebut, di antaranya ialah:

# Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah سبحانه وتعالى.

# Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang-benderang walau pun berada dalam kegelapan.

# Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam para malaikat dan tutur kata mereka.

# Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.

 .

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam al-Qadar telah berlaku ialah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas, di mana tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al-Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah سبحانه وتعالى, biarpun tanda-tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadhan, InsyaAllah akan menemui malam yang lebih baik daripada 1000 bulan itu.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Batiniah Puasa (Klik Di Sini)
  2. 23 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Di Bulan Ramadhan (Klik Di Sini)
  3. Puasa Tiada Nilai Jika Hanya Perut Tahan Lapar (Klik Di Sini)

.

 وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

2 responses to this post.

  1. Posted by Anugrah Budi on 05/08/2013 at 11:45 am

    Alhamdulillah bertambahlah Khazanah aku Subhanalloh ternyata Lailatul Qadar termasuk dalam salah satu Sirrulloh “Rahasia Allah” Jazakumullohu Khoiron Katsir

    Reply

  2. Reblogged this on Zouddean.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: