RUKUN DAN ADAB KHUTBAH JUMAAT

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Khutbah Jumaat.

Khutbah Jumaat adalah ucapan atau syarahan yang dibaca dan disampaikan sebanyak dua kali berturut-turut oleh khatib yang biasanya dilakukan oleh seseorang imam atau oleh orang yang berkelayakan sebelum menunaikan solat Jumaat.

Dua Khutbah Jumaat adalah sebahagian daripada syarat sah solat Jumaat dan ianya dianggap sebagai pengganti 2 rakaat lagi solat Zuhur, tanpanya solat Jumaat rosak dan tidak sah. Maka, khutbah Jumaat itu adalah WAJIB. Khutbah Jumaat yang dilaksanakan sebelum mendirikan solat Jumaat ini, mengandungi kata-kata pujian, nasihat, peringatan, ilmu pengetahuan dan pengajaran kepada jemaah Jumaat.

.

RUKUN KHUTBAH JUMAAT

.

Khutbah terbahagi dua iaitu khutbah pertama dan khutbah ke dua. Sebelum menunaikan solat Jumaat, biasanya Imam atau Khatib membacakan duakhutbah yang mana kedua-dua khutbah ini dipisah dengan Khatib duduk sebentar.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَة ِ قَائِمًا ثُمَّ يَجْلِسُ ثُمَّ يَقُوم

Dari Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa, “Rasulullah berkhutbah pada hari Jumaat secara berdiri, kemudian baginda duduk, kemudian baginda berdiri.” (Hadis riwayat Muslim)

.

.

  1. Khutbah Pertama

.

Khutbah pertama mengandungi:

  1. Pujian kepada Allah سبحانه وتعالى.
  2. Mengucapkan dua kalimah syahadah
  3. Selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ.
  4. Nasihat taqwa; kata pujian, pengajaran dan ilmu pengetahuan.
  5. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat dari petikan Al-Quran.
  6. Memohon doa dan keampunan bagi kaum muslimin dan muslimat.

  .

.

  1. Khutbah Ke Dua

.

Khutbah kedua sekadar membaca:

  1. Lafaz ‘Hamdalah’ (Alhamdulillah).
  2. Selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
  3. Nasihat ringkas supaya jemaah bertaqwa kepada Allah سبحانه وتعالى.
  4. Berdoa untuk orang-orang mukmin pada khutbah ke-dua.

.

.

PENGISIAN KHUTBAH JUMAAT

.

Pada prinsip dan rukunnya, isi khutbah perlu mengandungi lima perkara berikut:

.

1. Pertama: Ucapan ‘Innalhamda Lillah’

Memuji Allah SWT pada kedua-dua khutbah dalam Bahasa Arab dengan mengucapkan ‘Hamdalah’ (Alhamdulillah) dan disertai lafaz ‘Jalalah’ (lafaz Allah) seperti:

Rukun Khutbah Jumaat 1a

.

2. Kedua: Selawat kepada Nabi SAW

Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada kedua-dua khutbah, contohnya:

Rukun Khutbah Jumaat 2

“Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad….”

Selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

.

Atau :

 Rukun Khutbah Jumaat 2a

.

3. Ketiga: Wasiat Taqwa

Mengingatkan, berpesan dan menyampaikan nasihat kepada para jemaah supaya bertakwa kepada Allah SWT seperti:

 (إتّقُوا الله)

Ittaqullah

“Bertaqwalah kamu kepada Allah…”

 .

Atau:

Rukun Khutbah Jumaat 3

“Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah…”

.

4. Keempat: Membaca Ayat Al-Quran

Membaca sekurang-kurangnya satu ayat Al-Quran yang lengkap pada salah satu dari dua khutbah, tetapi paling afdal pada khutbah pertama.

 Rukun Khutbah Jumaat 4

.

5. Kelima: Doa Untuk Umat Islam Di Khutbah Kedua

Mendoakan setiap Muslim dengan segala perkara yang bersifat ukhrawi (keakhiratan) pada khutbah kedua, sekurang-kurangnya dengan ucapan: “Rahima-kumullah.” atau:

 Rukun Khutbah Jumaat 5

“Ya Allah! Ampunkanlah dosa golongan muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,  sama ada yang masih hidup atau yang telah mati.……”

.

.

SYARAT SAH KHUTBAH JUMAAT

.

Syarat-Syarat sah Khutbah Jumaat

  1. Khutbah disampaikan setelah masuk waktu Zuhur.
  2. Dibacakan khutbah dahulu sebelum bersolat Jumaat.
  3. Rukun-rukun khutbah hendaklah dibaca dalam ntara Arab.
  4. Seseorang Khatib hendaklah duduk sebentar di ntara dua khutbah.
  5. Khutbah dibaca dengan suara yang jelas, terang dan nyata.
  6. Mu’alat (dilakukan berturut-turut) di ntara 2 khutbah.
  7. Mu’alat di ntara dua khutbah dan solat Jumaat.
  8. Makmum mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.

.

.

SYARAT SAH KHATIB

.

Syarat-syarat khatib (penyampai khutbah) ketika membaca khutbah:

  1. Khatib hendaklah berpakaian bersih dan menutup aurat.
  2. Khatib hendaklah suci daripada hadas besar dan hadas kecil.
  3. Khatib hendaklah suci badan, pakaian dan tempat daripada najis.
  4. Khatib mestilah lelaki, tidak sah jika dilakukan orang perempuan.
  5. Khatib hendaklah berdiri pada kedua-dua khutbah itu, jika mampu.

.

.

PERMASALAHAN

.

  1. Rukun-rukun khutbah hendaklah dibaca dalam Bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam ntara ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam Bahasa Melayu.

  1. Khatib duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jika Khatib tidak mampu berdiri dan dalam keadaan duduk, maka ia boleh pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.

  1. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami Bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.

  1. Mualat bukan hanya antara 2 khutbah sahaja, ia juga perlu dilakukan secara berturut-turut di antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat Jumaat.

.

.

SUNAT-SUNAT KHUTBAH

.

Perkara sunat khutbah yang perlu dilakukan oleh khatib ialah;

  1. Berdiri di atas mimbar atau tempat tinggi.
  2. Memandang dan menghadap ke arah jemaah.
  3. Memberi salam kepada jamaah pada permulaan khutbah.
  4. Memegang tongkat, tombak, pedang atau seumpamanya.
  5. Duduk sebentar di atas mimbar selepas mengucapkan salam.
  6. Membaca Surah Al-Ikhlas ketika duduk di antara dua khutbah.
  7. Memendekkan penyampaian khutbah daripada tempoh melakukan solat.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Panjangnya solat seseorang serta pendek khutbahnya, menunjukkan tanda kefakihannya (kefahaman terhadap okum agama).” (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim r.a.)

.

.

PERHATIAN

  1. Khatib perlu berupaya melahirkan rangsangan para jemaah untuk memberi tumpuan, suara yang jelas, membaca dengan betul dan tepat pada setiap baris ayat-ayat al-Quran dan hadis.

  1. Sistem pembesar suara yang baik, kandungan khutbah perlu mantap, sesuai dan terkini.

  1. Teks khutbah hendaklah disediakan terlebih awal bagi tujuan kelancaran dan tidak menyentuh kehormatan, perasaan dan sesitiviti orang lain.

.

.

AMARAN BERCAKAP KETIKA KHUTBAH

.

Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Sesiapa yang bercakap-cakap ketika imam sedang membaca khutbah (solat Jumaat), maka dia bagaikan seekor keldai yang membawa kitab-kitab dan sesiapa yang berkata ‘diam’ (kepada rakannya yang bercakap), sia-sialah pahala Jumaatnya, maka tiadalah Jumaat baginya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

.

Berbual dan sikap tidak menumpukan perhatian ketika khatib membaca khutbah adalah sikap buruk yang menyerupai sikap orang kafir Quraisy pada zaman dulu.

Firman Allah سبحانه وتعالى.:

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَـٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ ﴿٢٦﴾ فَلَنُذِيقَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا عَذَابًا شَدِيدًا وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَسْوَأَ الَّذِي كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٢٧

“Dan orang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar akan al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyanyian dan jeritan riuh rendah serta tepuk sorak) supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya. Maka demi sesungguhnya, kami akan merasakan kepada orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.”  (Surah Fussilat, ayat 26 dan 27.)

.

Amalan tidak memberi tumpuan terhadap khutbah adalah kesalahan yang menyerupai pengabaian terhadap bacaan al-Quran apabila ia dibaca. Hal ini kerana salah satu daripada rukun khutbah adalah membaca al-Quran.

.

.

HIKMAT KHUTBAH JUMAAT

.

  1. Menambahkan pengetahuan umat Islam.
  2. Menerima nasihat dan tunjuk ajar berguna.
  3. Menyedari dan menginsafi kekhilafan diri.
  4. Meningkatkan rasa ketaqwaan kepada Allah سبحانه وتعالى.
  5. Dapat mendengar dan mengambil pengajaran daripada khutbah.

 

Rasulullah ﷺ: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Ganjaran Amalan Sunat Hari Jumaat Digandakan  (Klik Di Sini)
  2. 15 Keutamaan Dan Keistimewaan Hari Jumaat  (Klik Di Sini)
  3. Ganjaran Hadir Awal Solat Jumaat  (Klik Di Sini)

 

 

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~ shafiqolbu ~

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: