Cara Puasa Sunat Enam Hari Di Bulan Syawal

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

cara buat puasa 6.

Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit. Bersempena dengan bulan Syawal yang mulia, marilah kita melaksanakan ‘Puasa Enam’ iaitu puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang besar keutamaannya dan amat digalakkan oleh Islam. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah سبحانه وتعالى berfirman (dalam hadis Qudsi):

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ. رواه مسلم.

“Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Daku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).”

.

.

Ganjaran Pahala Setahun

.

Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun.

Abu Ayyub Al-Ansari radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:

 مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” 

(Riwayat Muslim, hadis no: 1164).

.

Di dalam hadis ini Nabi Muhammad ﷺ menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diberi ganjaran pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari, pahalanya bersamaan dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan pahalanya bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan menyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diberi ganjaran sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى Maha Berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

.

.

Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?

.

Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata:

 أَنَّ رَسُولَ اللهِ  نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ . رواه مسلم.
“Rasulullah melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.”

(Sahih Al-Bukhari no: 1991).

.

Syarat-syarat dan segala adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.

.

.

Cara Melaksanakan Puasa Enam

Takwim Syawal 1434

Takwim Syawal 1434

.

Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan, berselang-seli atau pada mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Sebagai contoh, mari kita lihat pada kalendar di atas (Ogos-September 2013).

.

1.  Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai 2 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri kedua) hingga 7 Syawal.

Berdasarkan kalendar di atas, jika Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada 8. Ogos, maka bolehlah berpuasa enam mulai 9 Ogos sehingga 14 Ogos (7 Syawal).

2.  Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, selang dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.

Jika antum berpuasa secara berselang hari:

a)   Selang Sehari ~ Sekiranya puasa enam dimulakan pada hari Isnin, ianya akan berakhir pada hari Khamis minggu berikutnya. Contohnya pada kotak hijau di atas, jika antum berpuasa mulai 12 dan ianya akan berakhir pada 22 Ogos.

b)   Selang Dua hari ~ Seperti pada petak kuning, sekiranya mula berpuasa pada hari Isnin 12 Ogos, selang dua hari berikutnya adalah pada 15, 18, 21, 24 dan berakhir pada 27 Ogos.

c)   Selang Tiga hari ~ Contohnya jika mulai berpuasa pada 9 Ogos, selang tiga hari berikutnya adalah pada 13, 17, 21, 25 dan akan berakhir pada 29 Ogos.

3.  Berpuasa sebanyak enam hari pada awal, tengah dan akhir bulan Syawal. Sebagai contoh di petak biru, berpuasa sehari pada 2 Syawal (9 Ogos), diikuti tengahnya pada ‘Hari Putih’ iaitu 13,14 dan 15 Syawal (20, 21, 22 Ogos).dan berakhir pada 29 dan 30 Syawal (5 dan 6 September).

4. Puasa sunat Syawal juga boleh dilakukan sebanyak 6 hari pada mana-mana tarikh di sepanjang bulan Syawal. Pilihlah 6 hari bermula dari 2 Syawal sehingga 30 Syawal (petak tarikh berwarna kuning).

.

.

Puasa secara berturut-turut atau secara terputus?

.

Pandangan di kalangan para ulama’ yang lebih disepakati adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah ﷺ menganjurkan puasa sunat enam hari ini, Baginda ﷺ hanya menyebut bulan Syawal secara umum, tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal, asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan selepas berakhir bulan Syawal.

Namun begitu adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ  . آل عمران: 133

“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”

(Surah Al-Imran: Ayat 133)

.

Sebagaimana yang sedia maklum, semua amalan sunat adalah sebagai penampung dan penambah kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Seharusnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki segala kekurangan dalam ibadat puasa di sepanjang Ramadhan.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

Puasa Enam Bulan Syawal  (Klik Di Sini)

Semangat Ramadhan Bantu Beristiqamah Di Bulan Syawal  (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

29 responses to this post.

  1. jazakallah hu khair

    Reply

  2. Posted by Aida on 19/08/2013 at 5:59 am

    Assalamualaikum
    Saya ingin bertanya, bolehkah berpuasa sunat Syawal bersekali dengan puasa qada?
    Jika boleh, bagaimana cara niatnya? Jika tidak boleh, bagaimana seorang wanita yang meninggalkan puasa hampir sebulan kerana uzur syarie (bersalin misalnya) hendak berpuasa sunat Syawal?
    Jazakallahu khairan kathiran..

    Reply

  3. Posted by ainul yaqeen on 19/08/2013 at 11:58 am

    Assalam, sya berniat puasa qada (7 hari) dlm bulan Syawal ni..bermula 12, 13, 14, 15, 17, 19 (hari ini) & 22 August 2013.

    Reply

  4. Reblogged this on deficientfaith.

    Reply

  5. Posted by ayumi on 20/08/2013 at 5:38 pm

    Assalamulaikum Ustaz…saya confused, boleh ke saya puasa sunat 6 dahulu & bayar ganti puasa yg di tinggal kan 5 hari di bulan ramadhan selepas nyer? sebab saya ada tengok tanyalah ustaz, kata nya puasa sunat dulu kerana dikuatiri terlepas bulan syawal itu. Saya pon puasa lah sunat 6, alhamdulillah selesai juga dari syawal 2-7, tapi tiba2 “dth haid” plak just ngam2 habis puasa syawal…saya ada niat nak puasa ganti tapi tak sempat…tapi ada yang kata kena puasa ganti dulu sebab itu adalah wajib (dia tengok kat Tanyalah ustazah tv9), saya jadi confused & sedih…harap ustaz boleh membantu saya…saya rasa sangat sedih sebab kawan saya cakap puasa saya tu sia2…macam mana tu ustaz?

    Reply

    • Posted by Ayie on 23/08/2013 at 4:36 pm

      Yang saya pernah dengar dari ceramah agama dan juga buku agama boleh puasa serentak (sunat & qada). Saya pun niat puasa sunat dan qada sekali.

      Reply

  6. Posted by akhmad habib on 23/08/2013 at 4:37 am

    assalamualaikum
    pak Ustadz saya mau tanya, jadi puasanya boleh kapan saja asal tidak melewati tanggal 6 sept atau melewati batas kuning di tanggalan di atas
    mohon penjelasannya 🙂

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ya, benar… tepat sekali.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  7. Posted by manusia musykil on 28/08/2013 at 9:54 pm

    salam..ustaz,boleh ke kalau sy da puasa selama 4 hari berturut2 kemudian diselang satu hari.?dan disambung puasa tersebut hingga genap 6 hari?ape hukumnye?

    Reply

    • بِسۡــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

      Diharuskan… seperti yang telah diterangkan di atas, ianya boleh dilakukan berselang hari di sepanjang Syawal.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  8. Posted by Yori on 29/08/2013 at 11:21 pm

    terimakasih atas infonya,assalamu’alaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

    Reply

  9. maaf ustaz… sekarang tanggal 24 syawal,kalo seandainya saya mulai besok tanggal 25 syawal akhirnya sampai 30 syawal masih boleh kah?terimakasih…

    Reply

    • بِسۡــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

      Boleh jika dibuat secara berturut-turut sehingga Syawal terakhir.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  10. Posted by Konpius on 06/09/2013 at 10:48 am

    Salam. hari ni Syawal 30 tapi kawan saya bgitau harini dah 1 zulkaedah. dia kata syawal hanya ada 29 je. betul ke??

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Bagi kita di negara2 sebelah timur, tahun ini kita mempunyai 30 hari Syawal. Jangan ikut negara Arab kerana kenampakan hilal mereka berbeza dengan negara kita.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  11. salam, saya ada soalan nak tanya? adakah puasa pada hari jumaat tak boleh @ memang tidak boleh?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Makruh berpuasa pada hari Jumaat sahaja tanpa diiringi puasa hari sebelum atau selepasnya.

      Reply

    • Posted by Ad on 19/08/2014 at 12:47 pm

      Saya berpuasa 6 pada hari isnin sehingga hari rabu dan myambung baki puasa yang tertinggal bermula pada hari jumaat,sabtu dah ahad.
      Adakah myambung semula puasa pada hari jumaat itu dibolehkan atau tidak?

      Reply

      • Posted by Ad on 19/08/2014 at 12:52 pm

        Ini disebabkan, saya pernah diberitahu oleh kawan, untuk permulaan puasa pada hari jumaat tidak dibolehkan..

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

        Dibolehkan kerana diikuti oleh hari berikutnya.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  12. Posted by khairul on 04/08/2014 at 1:02 am

    ustaz kalau sy mula puasa sunat syawal hari ini 4 ogos berturut-turut hingga 9 ogos>??

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Insya’Allah.. Antara pilihan terbaik!

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  13. Posted by yana on 13/08/2014 at 10:23 am

    As slm ustz…bleh saya tau bacaan niat utk puasa 6 dan puasa ganti…mohon pencerahan ustaz…trima ksih…

    Reply

  14. Posted by qis on 15/08/2014 at 8:15 pm

    Fahaman saya,
    bagi org yg nak pose sunat, tak kira la sunat apapun
    seeloknya jika ada tertinggal pose romadon, maka sebaiknya dia kodo dulu
    kekgi dah selesai habih kodo, kalu masih ada ruang utk berpuasa syawal , bolehlah dia berpuasa………….

    fahaman saya,
    segala puasa WAJIB, umpama puasa romadan jika tertinggal maka saumpama kita ada BERHUTANG, maka tiap tiap hutang wajib pula kena bayar.
    oleh kerana kita manusia tidak tahu bila saat nyawa bercerai dari badan (mati)
    sekiranya ada berhutang mana mana amalan WAJIB maka lebih utama bersegera pada membayar hutang itu dahulu, kemudian jika ada umor lagi dan kita pun GATAL untok berbuat amalan sunat silakan, no problem

    Reply

  15. Posted by feroz on 21/08/2014 at 1:45 pm

    adakah puasa sunat syawal wajib dihabiskan? jika saya berpuasa sunat syawal pada hujung akhir bulan syawal dan saya tidak dapat habiskan puasa sunat syawal sebab2 tertentu, adakah boleh ganti ke bulan lain?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Sunnah dihabiskan dalam bulan Syawal dan ia boleh diqadha pada bulan lain yang dibolehkan syarak seperti atas sebab kesihatan yang tidak membolehkannya berpuasa disepanjang Syawal.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  16. adakah puasa 6 syawal hanya bolih di lakukan oleh orang yang genap sebulan berpuasa di bulan ramadhan?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh dilakukan selepas selesai diqadha puasa Ramadhan. Bagi mereka yang uzur dan tidak cukup bilangan hari untuk puasa 6, boleh disertakan sekali niatnya ke dalam puasa ganti di bulan Syawal.

      “Daku berniat menggantikan puasa fardhu Ramadhan beserta puasa sunat 6 Syawal pada esok hari kerana Allah Ta’ala.”

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a comment