Solat Sunat Taubat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).

.

Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:

“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

.

Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

.

Fadhilat Taubat:

.

1. Diampunkan Allah SWT.

2. Dimudahkan segala urusan.

3. Menceriakan kehidupan seharian.

4. Menghilangkan perasaan yang menekan.

5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

.

.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.

Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun

Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

.

.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

.

.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”

Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

.

b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

.

c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :

“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

.

.

5.  Baca Doa Taubat

.

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

575 responses to this post.

    • allahuakbar,mha suci ALLAH

      Reply

      • Posted by eyka on 30/09/2012 at 6:05 pm

        ade tak yg nak tolong sye? sye perlu bantuan untuk ke jalan allah,,..

      • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Diharap ada sahabat2 yang sedia membantu…

    • Posted by Nina Anwar on 12/10/2012 at 11:23 pm

      assalamualaikum, saya ingin tahu.. sewaktu bersujud rakaat kedua. seeloknya bertasbih sebanyak 40 kali ya? Bagaimana caranya utk bertasbih sebanyak 40 kali sewaktu bersujud? Kerana kaedah bertasbih biasa, kita menggunakan rantai tasbih untuk mengira berapa byk bacaan kita agar kita tidak was-was dengan bilangan yang telah dilafazkan. Boleh beri tunjuk ajar? Terima kasih 🙂

      Reply

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Subhanallah, Alhamdulillah… anugerah yang Allah SWT beri amat luas dan setiap yang diciptakan itu tiada yang sia2… Nina gunakanlah imaginasi kiraan ruas anggota badan:

        1) Ruas jari tangan kanan ~ 14
        2) Ruas jari tangan kiri ~ 14
        3) Bilangan jari tangan kanan ~ 5
        4) Ruas jari tangan kanan ~ 5
        5) Anggota tangan ~ 2
        Maka jumlah keseluruhannya genap 40

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

      • Posted by suriati zakaria on 07/06/2013 at 8:04 pm

        jari kita ada 3 line yang boleh diwakilkan dengan 30 kali. maknanya, 3 kali istighfar dalam 1 jari. kemudian lagi 10 kali, baca dengan bilangan jari kita, yakni 10. so, dapat 40 kali.

      • Posted by zasa nasa on 12/10/2015 at 12:47 pm

        Itu lambat. Jari ada 10. satu Jari 4 kali…10 jari = 40 kali. Mudah ajer….nak seribua daya upaya kita lakukan bersama kekuatan minda dan doa mohon Allah bersama usaha kita. Pasti berjaya. Amin3..

    • Posted by ajah on 03/11/2012 at 1:16 pm

      subhanallah…semoga tips ini dapat membantu menemui jalan yang lurus

      Reply

      • Posted by putri on 13/02/2013 at 10:56 pm

        Boleh juga digunakan jari….10 x 4
        cukup 40..

      • Posted by Sutihana on 28/02/2013 at 10:19 pm

        Sewaktu sujud, tangan kita masih disejadah. Mula mengira dari anak jari kanan ke ibu jari kanan (5). Sambung dari ibu jari kiri ke anak jari kiri (5). Dah Jadi 10. Tukar arah pula (10). Ulang sehingga jumlahnya 40.

    • Posted by armah on 23/07/2013 at 6:40 am

      assalamualaikum…sy tersangat sangat tela banyak membuat dosa dan semua dosa sy perna buat kecuali membunu…bagai mana sy harus bertaubat???adaka setiap dosa yg sy perna lakukan kena solat taubat 1 per 1…ada sy sangat malu atas perbuatanku dulu…dan rasanya tak layak taubatku di ampunkan…sy sangat takut

      Reply

      • Posted by Izzfan on 14/05/2015 at 7:44 pm

        Sekali awak buat solat Sunat taubat nasuha InshaAllah semua Dosa2 besar mahupun dosa2 kecil awak akan diampunkan.

      • Posted by no nameee and maluuu on 13/06/2016 at 6:47 pm

        saya pun malu … sesungguhnya saya telah melakukan banyak kesalahan yang mendatangkan dosa besar,tetapi perkara yang saya lakukan hanyalah perkara yang sama seperti bermaksiat dengan diri sendiri … diriku seperti tiada maruah kerana melakukan dosa yang sama dengan perkara yang sama bila sudah tdak dapat menahan nafsu ini lagiii 😢😞😞😞

    • Posted by kite pendosa harapan selalu ada on 05/11/2014 at 2:52 am

      Disaat diri ini mencari panduan utk solat taubat, Allah bukakan jalan melaui blog ini.jazakallahu khairan katheera.moga Allah redha

      Reply

    • Posted by Amir Syamim on 26/11/2015 at 12:20 am

      Ya Allah terima kasih smg keampunan sy diterima oleh allah amin. Tlg doakan sy juga terima kasih byk.

      Reply

  1. Posted by hamba Allah on 21/05/2012 at 10:01 pm

    maklumat yang sgt berguna… terima kasih

    Reply

  2. Posted by Hotz Mummy on 29/05/2012 at 10:54 am

    Sangat-sangat berguna…tq…

    Reply

  3. Posted by syuhada on 04/06/2012 at 12:58 am

    kalau tak baca doa taubat tu boleh ke? gne ayat sendiri je….

    Reply

    • Bolehh.. Syuhada masukkanlah bacaan selawat dan beberapa ‘asma Allah’ dalam doa tersebut..

      Firman ALLAH SWT: “Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang agung.” (QS. Al Ahzaab: 35).

      Reply

  4. alhamdulillah..syukur pd yg maha esa..

    Reply

    • Posted by fazira on 23/07/2013 at 12:07 pm

      assalamualaikum..saya nak tanya..kalau masa sujud sebelum tahiyyat akhir kita baca allahhummayassir walatuassir boleh x?//

      Reply

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Boleh…ia suatu kalimah yang baik..

  5. Posted by khadijah syahirah on 09/06/2012 at 8:22 am

    terima kasih bnyk 2 !

    Reply

  6. Posted by hamba yg kerdil on 15/06/2012 at 9:04 pm

    tq fr the imformation… Sgt hargai…

    Reply

  7. Posted by fattin on 15/06/2012 at 11:55 pm

    asalamualaikum , selepas memberi salam ,kia dprbnykn bristifa .kena baca semua ke . pilh satu saja ?

    Reply

    • Waalaikumussalam w.t.h.

      Sebaik-baiknya bacalah kesemua istighfar tersebut..

      Reply

      • Posted by eyka on 30/09/2012 at 6:02 pm

        sye perlu seseorng di tepi sye untuk mengajar, mungkin ade silap sye, tp sye tdk tau

    • Posted by elya on 11/08/2012 at 11:22 pm

      Assalamualaikum.saya nak tanya 1 soalan.Boleh ke kalau buat solat sunat taubat selepas solat fardhu asar?

      Reply

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Sdri.Elya carilah waktu lain kerana lepas Asar adalah waktu yang dilarang bersolat sunat.

  8. Posted by nurul on 17/06/2012 at 3:58 pm

    assalamualaikum tuan.
    Saya ada sedikit kekeliruan pada no (3).
    Saya difahamkan tak boleh baca ayat alquran ketika sujud n rukuk. Kalau tak silap sy tasbih ni potongan ayat alquran.
    Mohon diperbetulkan jika saya silap.
    Mengharapkan pencerahan.
    Terima kasih.

    Reply

    • Waalaikumussalam w.t.h.

      Sesetengah ulamak membenarkannya kerana Rasulullah SAW sendiri ada melakukannya;

      Di antara Doa yang pernah dibaca oleh Nabi SAW di dalam sujudnya ialah;

      اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، وَعَلاَنِيَتَهُ وَسِرَّهُ
      “Ya Allah, ampunilah dosaku semuanya sama ada yang kecil dan yang besar, yang awal dan yang akhir, yang terang dan yang tersembunyi.” (HR Imam Muslim).

      اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
      “Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu, aku berlindung dengan keampunanMu dari balasanMu. Aku berlindung denganMu dariMu. Tidak terhitung olehku akan pujian yang sepatutnya aku ucapkan untukMu. Engkau adalah sebagaimana yang Engkau sanjungi ke atas diriMU sendiri.” (HR Imam Muslim).

      Reply

    • Posted by fatihah on 29/12/2012 at 10:14 pm

      salam.. mengharapkan pencerahan dari saudara..

      **Posted by Shafi-Q on 07/06/2012 at 1:48 am
      Waalaikumussalam w.b.t..
      Syukur Alhamdulillah Sherina telah mula mempraktikkan tasbih sujud ini. Untuk pengetahuan Sherina, tasbih sujud tersebut adalah petikan dari ayat al-Quran (Surah Al-Anbiya’;Ayat 87), maka ianya tidak boleh dibaca dalam keadaan sujud semasa sedang melakukan solat; Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW; “Ketahuilah! Sesungguhnya aku dilarang membaca al-Quran ketika rukuk atau sujud. Adapun di dalam rukuk, maka hendaklah kamu agungkan Tuhan kamu. Sementara di dalam sujud, hendaklah kamu bersungguh-sungguh berdoa (di dalam hati), nescaya doamu pasti akan diperkenankan.” (Riwayat Imam Muslim).**

      ini adlah respon saudara dalam berkaitan solat hajat..
      saya sangat keliru..
      bole ataupon tidak bole dalam sujud ketika sembahyang???
      mohon pencerahan saudara.. terime kasih..

      Reply

      • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Syukur atas persoalan Fatihah ini…

        Ayat tersebut boleh dibaca dalam solat ketika sujud kerana ia adalah berbentuk tasbih dan doa. Sebenarnya tanpa disengaja ana telah tergabung jawapan seorang lagi yang bertanyakan soalan yang hampir sama, berkenaan Ayat 87, Surah Al-Anbiya’ ini. Iaitu keseluruhan ayat 87 ini tidak boleh dibaca dalam solat berdasarkan hadis tersebut tetapi jika diambil doa tasbih tersebut adalah diharuskan..

        Jazaakillaahu Khairan Katsiran.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  9. Posted by Membaiki diri on 19/06/2012 at 2:40 pm

    Asalamualaikum.Kalau tasbih baca dalam bm boleh ke?

    Reply

    • Waalaikumussalam w.t.h.

      Jika dibaca dalam solat, jangan dilafazkan bacaan bm tu nanti terbatal solat.. baca makna melayunya di dalam hati saja..

      Reply

      • Posted by zalifah najwa on 19/09/2012 at 7:53 pm

        kalau beristighfar dalam bm leh ke?

      • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Bolehh.. tapi Sdri.Zalifah cubalah berusaha menghafalnya dalam bahasa syurga… pendek saja istighfar tersebut…

      • Posted by wan on 09/04/2013 at 8:22 am

        Assalamualaikum…mohon percerahan..boleh x kalau sy baca doa taubat dalam bm.

  10. Posted by Emy on 19/06/2012 at 6:55 pm

    Assalammualaikum

    Bolehkah saya melakukan solat taubat pada setiap malam?untok meminta keampunan keatas apa saja yg dilakukan pada hari tersebut?
    Terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah… Tahniah Emy itulah yang sebaik-baiknya dilakukan sebagai hamba-Nya.. dan Rahmat Allah SWT sentiasa terbuka untuk mereka yang sedia menyucikan diri…

      Firman Allah SWT: “Maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah (dengan kembali mentaati-Nya). Sesungguhnya Tuhan kekal mendengar dan memperkenankan segala permohonan dan bersedia menerima taubat hamba-Nya.” (Surah Hud, ayat 61)

      Dan firman-Nya lagi: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222).

      Sabda Rasulullah SAW pula: “Setiap anak Adam (manusia) banyak melakukan dosa, dan sebaik-baik orang berdosa ialah orang yang banyak bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

      Reply

  11. Mencari keredhaannya..

    Reply

  12. Posted by nazirah on 22/06/2012 at 4:55 pm

    akhirnya ketemui kebahagian setelah lama tercari-cari cinta Allah S.W.T…terima kasih atas panduan ini….usahaku dalam bertaubat(^_^)

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Allah SWT berfirman: “Maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah (dengan kembali mentaati-Nya). Sesungguhnya Tuhan kekal mendengar dan memperkenankan segala permohonan dan bersedia menerima taubat hamba-Nya.” (Surah Hud, ayat 61)

      Reply

  13. Posted by wan on 24/06/2012 at 6:59 pm

    Assalamualaikum..saya nak tanya 1 soalan..kalau dah selesai beristighfar,bolehkah bacaan 3 kali penghulu istighfar & doa taubat dibaca maksudnya sahaja?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh… tapi yang sunnah dan seafdalnya adalah dalam bahasa syurga ~ B.Arab…

      Reply

  14. Posted by Rizki on 27/06/2012 at 1:01 am

    Assalamualaikum,

    Terimakasih atas sharingnya. Bermanfaat sekali untuk pelajar seperti saya. Semoga Allah membalas amal baik anda melalui post ini.

    Amin.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Aminn… semoga Rizki maju jaya dalam pelajaran dan kehidupan…

      Jazaakumullah Khairan Katsiran!

      Reply

  15. Posted by fareez on 30/06/2012 at 1:37 pm

    assalamualaikum,

    bagaimana kalau tidak hafal doa penghulu istighfar dan doa taubat ? 😦

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Fareez boleh baca terjemahannya…

      Reply

  16. Posted by dia on 03/07/2012 at 6:39 pm

    Terima kasih.. 🙂

    Reply

  17. saya rasa bnyk dosa yg tlh dilakukn..jdi sy bertekad untuk buat solat taubat..hrp kalian doakn saya juga ya…

    Reply

  18. Posted by Ammar on 04/07/2012 at 8:45 pm

    Assalamualaikum…. banaknya dosaku ibarat buih di lautan… ku rasa seperti stiap ibadahku x sempurna.. tmasuk solat ini yg ku kerjakan… apakah taubat kita diterima sedangkan hati masih x tenteram dan tenang… adakah x sempurna solat taubat kita menyebabkan hati masih x tenteram..??

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: “Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu
      1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih;
      2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah SWT;
      3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat;
      4. Percaya akan jaminan Allah SWT dalam soal rezeki, lalu sibukkanlah mengerjakan perintah Allah SWT.

      Reply

  19. Posted by Qaisarra on 05/07/2012 at 12:03 am

    Assalamualaikum,
    Tasbih dalam sujud tu sama dengan solat hajat, atau sama memang sama kedua2nya.
    Ataukah saya dalam kekeliruan?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Kedua-duanya adalah sama iaitu tasbih taubat Nabi Yunus AS ketika ditelan ikan nun (yu).

      Reply

  20. Posted by faizal on 05/07/2012 at 8:57 am

    Assalamualaikum Ust…apa kah solat2 dan ibadat kita tidak diterima jika kita masih lagi berbuat dosa walaupun selepas bersolat taubat?…saya selalu bersolat taubat apabila rasa membuat dosa tapi kadang2 rasa spt mempermainkan solat taubat itu pula kerana masih tak dpt menghindari diri dari dosa…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebenarnya tidak cukup dengan Sdr.Faizal sekadar Solat Taubat.. ia perlulah disertai dengan usaha keras dan bertaubat nasuha…

      Firman Allah SWT:
      وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٣١
      “Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian Mukmin, semoga kamu mendapat kejayaan” (Surah an-Nur: ayat 31).

      Taubat ialah berhenti daripada melakukan dosa dan maksiat, menyesal atas kesilapan yang telah dilakukan dan berazam tidak mengulanginya lagi serta kembali mengikut segala tuntutan syarak dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Iaitu membetulkan sikap yang salah dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ketaatan dan kembali kepada-Nya dengan memperbaharui niat untuk melakukan amal kebajikan.

      Dengan kata lain taubat adalah perasaan kesal yang amat sangat dan menimbulkan keazaman dan niat untuk berubah. Manusia yang bertaubat tahu maksiat adalah halangan memperoleh kasih sayang Allah SWT, oleh itu dia akan bersungguh-sungguh meninggalkan maksiat yang pernah dilakukan dan memohon keampunan Allah SWT dengan taubat nasuha.

      Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah b. Amr, daripada Nabi SAW ketika Baginda sedang berada di atas mimbar, Rasulullah SAW bersabda: “Berilah kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan nescaya kalian akan diberikan keampunan. Celakalah bagi orang yang mendengar pengajaran, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedangkan mereka mengetahui (larangan berbuat dosa).”

      Reply

      • Posted by fahmiadli on 24/11/2014 at 10:46 am

        assalamualaikum…sekiranya ketika berdoa tu bolehke saya pegang buku or phone ketika berdoa sebagai panduan sebab saya xingat doa tersebur

  21. Posted by wati on 05/07/2012 at 4:42 pm

    Assalamulaikum, saya ingin membuat solat taubat, tapi kenapa hati ini masih liat sedangkan saya selalu memohon pada allah supaya dibukakan hati dan diberikan kekuatan untuk menempuh segala2nya

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Hasrat W membuat Solat Taubat itu pun sudah perolehi pahala, tapi hendaklah disertai dengan usaha dan tekad yang jitu.. tidak cukup dengan sekadar berdoa sahaja… kerana syarat-syarat taubat adalah:
      1. Ikhlas ingin bertaubat.
      2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.
      3. Menyesal atas perbuatan lagha dan maksiat yang telah dilakukan.
      4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya.

      Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

      Reply

  22. Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh ..
    Saya nk tnya .. klau solat sunat taubat ni d lakukan seperti solat sunat yg lain , sah tak ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solatnya sahh.. secara asasnya setiap solat sunat berbeza hanya pada niat dan doa solatnya sahaja.

      Reply

  23. Posted by ZENBU on 06/07/2012 at 8:19 pm

    Assalamualaikum, boleh besarkan cket tak doa taubat tu?? tak jelas lah..susah nak bace..terima kasih…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ana dan besarkannya..

      JazakAllah Khairan Kasiran..

      Reply

  24. Posted by MAK on 10/07/2012 at 12:01 am

    assalamualaikum, ada version lain tak utk doa taubat tu? sbb still susah nk baca. terima kasih banyak2. Hanya Allah yg mampu membalas jasa saudara.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      DOA TAUBAT 2

      اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا

      “Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung. yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk berbuat mudarat atau manfaat dan tiada daya untuk mematikan atau menghidupkan mahupun bangkit nanti.”

      Reply

  25. Posted by tariq on 12/07/2012 at 2:00 am

    tariq panduan..bolehkah solat sunat taubat atau solat hajat dibuat berjemaah?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Diharuskan… walau bagaimnapun solat bersendirian adalah lebih afdal.

      Reply

  26. Posted by nara on 12/07/2012 at 3:47 am

    boleh tak kalo buat dalam versi rumi??

    Reply

  27. bolehker kalau tk membaca penghulu istifar..

    Reply

  28. Posted by insan daif on 15/07/2012 at 6:28 am

    Assalamualaikom, boleh kah buat dalam bahasa rumi, ktakan lah saya nie lemah, dlm ayat2 alquran dan zikir,, dan saya tulis pada kertas, dalam versi rumi, sambil solat, melihat kertas yg saya tulis td di sejadah, adakah sah,

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
      “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

      Sah solat itu…tapi pastikan ketika melihat kertas tersebut, pergerakan tidak melebihi 3 kali berturut2 yang boleh terbatalnya solat yang sedang dilakukan..

      Tulisan rumi tu..memakan masa sedikit… InsyaAllah akan diusahakan….

      Reply

      • Posted by insan daif on 15/07/2012 at 10:10 am

        Alhamdulilah, tetapi bleh ke tanguhkan, wlupun sy tk boleh mmbaca jawi, sedeynye…

      • Perkara yang baik, janganlah ditangguhkan… bacalah apa saja yang dapat.

        Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222).

  29. Posted by fadil on 17/07/2012 at 9:58 pm

    salam saya mau tnya soalan klu smasa sujud yg rakaat kedua yg terakhir itu bacaan sujud itu tidak smpai 40 kali. ada mjadi masalah ka

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Fadli buatlah mengikut kesanggupan/kemampuan dan yang pentingnya keikhlasan beribadat…

      Reply

      • Posted by shahira on 23/10/2012 at 5:50 pm

        bacaan yang 40 kali tu di baca dalam keadaan sujud kah / ?

      • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Ya tepat sekali!

  30. Sye sebenarnyer tdk fhm cara2 hendak melakukan solat taubat..bole trgkn secara terperinci x?dimulai takbir dan diakhiri sala

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      CARA SOLAT TAUBAT seperti juga solat Subuh cuma berbeza pada niatnya dan ditinggalkan doa Qunut…

      1. Niat Solat Taubat:

      اُصَلِّىْ سُنَّةَ التَّوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى.
      Daku bersolat Sunat Taubat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

      2. Dan bacalah zikir istighfar selepas salam seperti di atas. Buat permulaan, jika tidak dibaca pun tidak mengapa…
      .

      Reply

  31. Posted by Azizul Akram on 18/07/2012 at 2:27 pm

    Bagaimana jika kita sudah melakukan solat sunat taubat, tetapi hati masih tidak tenang dan dibelenggu rasa bersalah… adakah perlu ulang solat tersebut atau mengamalkan amalan yg lain ?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman; “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)

      Azizul buatlah seperti apa yang disaran dalam post di atas dan lakukanlah solat sunat taubat secara istiqomah kerana Rahmat Allah sentiasa terbuka untuk mereka yang mencari jalan kebenaran dan Allah SWT ada berfirman: “Maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah (dengan kembali mentaati-Nya). Sesungguhnya Tuhan kekal mendengar dan memperkenankan segala permohonan dan bersedia menerima taubat hamba-Nya.” (Surah Hud, ayat 61)

      Reply

  32. Posted by fadil on 19/07/2012 at 12:44 am

    tq ya tuan di atas info ini

    Reply

  33. Assalamualaikum,
    Klu da buat solat taubat tp kite tdk meminte maaf kpd org yg kite sudah buat slh tu bole ke?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Tidak lengkap taubat dan solat tersebut dan terdapat ketidak-ikhlasan di situ….

      Reply

  34. Posted by puteri on 20/07/2012 at 2:31 am

    salam ustaz…sy nk tya,

    1) tasbih yg dibaca ms sujud akhir tu adakah selepas tahiyat akhir dan bg salam yg pertama iaitu seperti solat hajat?

    2) istifar selps solat tu ada a.b.c. tu adakah kena baca ke semuanya atau pilih 1 je?

    3) doa nye panjang klu x dpt nk hafal adakah blh sy hya membaca nya dr kertas atau buku..

    harap ustaz dpt membantu…syukran..jzk…

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tahniah atas usaha Puteri untuk lakukan solat ini. Semoga taubat Puteri diredhai dan diterima Allah SWT…

      1. Tasbih tu dibaca pada sujud sebelum duduk untuk baca tahiyat akhir.
      2. Baca semua sekali.
      3. Boleh dibaca berpandukan kertas.

      Reply

      • Posted by puteri on 21/07/2012 at 5:55 am

        syukran ya ustaz..hya Allah yg dpt mbls jasa baik ustaz di atas ilmu yg dicurahkan kpd kami…

  35. Posted by Hamka harun on 20/07/2012 at 3:03 pm

    Tima kasih shbt..ssungguhnya ini adlh ilmu yg sgt brmanfaat..

    Reply

  36. salam, sy copy ye…

    Reply

  37. Posted by Surye on 22/07/2012 at 6:56 am

    Tq… ilmu yg membatu sy.. : 🙂 🙂

    Reply

  38. Posted by Rifdy on 22/07/2012 at 3:55 pm

    Assalamualaikum…sya nak tnya bahagian bacaan tasbih…Klau dibca kna keluarkan suara ke atu ckp sekadar baca dlm hti dan doa taubat klau kta gntikn dgn doa sndri bolehkah ?? Mohon penjelasan..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Rifdy baca sekadar dapat didengari sendiri… diharuskan berdoa dengan ayat sendiri, yang penting faham apa yang dimohonkan…

      Reply

  39. Posted by izra on 23/07/2012 at 12:10 am

    salam saya nak tnye,kalau sujud terakhir tak bace tasbih 40 kali tu tapi digantikan dengan doa di dalam hati boleh ke ?

    bacaan doa solat taubat lepas solat tu,bace dalam bahasa melayu boleh ?

    salam,

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bagi kedua-dua soalan tersebut dibolehkan.

      Reply

  40. Posted by Naniss on 23/07/2012 at 5:08 am

    Assalamualaikum saudara, saya cadangkan background colour bagi bacaan2 doa, zikir, tasbih dsb diwarnakan hitam atau putih. Rasanya lebih jelas utk dibaca.

    Sekadar cadangan, terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Syukran atas cadangan Naniss. InsyaAllah akan dibaiki…

      Jazaakamullah Khairan Katsiran!

      Reply

  41. Posted by Naniss on 23/07/2012 at 5:10 am

    Saya khuatir bacaan saya salah especially doa taubat di atas. Maaf ye..

    Reply

  42. Posted by faez on 25/07/2012 at 12:44 pm

    ​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Boley tak tolong post traselasi untuk yg tak boley baca ayat alquran..

    Reply

  43. Posted by Nyssa on 26/07/2012 at 11:27 am

    Asalamualaikum..saya nak tanya bacaan surah selepas Al-fatihah tu perlu dibaca sekali je ke? Contohnya surah Al-kafirun..Saya ada terbaca dlm buku mengatakan kena baca 11kali?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Boleh dibaca dengan bilangan ganjil 1,3,7,11,21 sehinggalah 41x.. ikut kemampuan Nyssa.

      Reply

  44. Posted by yazid on 27/07/2012 at 12:53 pm

    erm, blh ka bca srh lain slain srh al-kafirun dan al-ikhlas slps bca al-fatihah……

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Membaca surah selepas al-Fatihah adalah sunnah…Yazid boleh baca mana-mana surah yang bersesuaian dan telah dikuasai dan hafal…

      Reply

  45. Posted by izra on 28/07/2012 at 10:38 pm

    salam ustaz,saya nak tnye.masa angkat takbir ihram dalam mase yang sama kita kene niat solat dalam hati sekali ke ?kalau saya niat solat dan niat solat dlm hati kemudian baru angkat takbir ihram,sah ke solat saya ?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Walaupun dibolehkan berniat sebelum mengangkat takbir, adalah lebih afdal sepertimana pendapat mazhab Shafie, niat solat hendaklah dilintaskan dalam hati serentak dengan takbiratul ihram. Maka Izra ikutlah cara mazhab Shafie.

      Reply

  46. Posted by cik nana on 29/07/2012 at 7:37 pm

    mohon share kat blog sy ye…

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sebagai menghargai ilmu dan membudayakan berdoa untuk saudara seMuslim serta mensejahterakan ummah, Cik Nana hadiahkanlah bacaan al-Fatihah dan doakan agar ana sentiasa beroleh kesihatan berpanjangan dan keredhaanNya.

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah berdoa seorang Muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Reply

  47. Posted by girl on 30/07/2012 at 10:56 am

    salam,saya sdah buat solat taubat,mse saya sujud bc doa nabi yunus tu npe hati ini berdebar-debar?apakah tu biasa smasa kita wat solat taubat?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah perasaan tersebut adalah sebahagian dari tanda2 keikhlasan girl..jadikanlah ia sebagai suatu ‘turning point’ kehidupan…Sesungguhnya Allah sangat mencintai orang yang bertaubat dan menyucikan diri. Firman-Nya: “Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah, ayat 160). Dan firman-Nya lagi: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222). Allah SWT juga turut berfirman : “Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian Mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan.” (Surah an-Nur: ayat 31).

      Reply

  48. Posted by fendy on 31/07/2012 at 2:07 am

    Salam, sy telah melaksanakan solat taubat ini. Semasa melaksanakn solat taubat ini sy terasa badan ni meremang bulu roma sehingga membangkitkan rasa takut… Terasa seperti ada yg sedang memerhati.. Adakah itu hanya perasaan atau ada sesuatu.. Mohon dijelaskan jika ada penjelasan….

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ia memperlihatkan keikhlasan Fendy bertaubat, beristiqomahlah dalam melakukan amal kebaikan… Firman Allah SWT.: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka segera bertaubat, maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

      Reply

  49. Posted by nof@rchi on 03/08/2012 at 8:47 pm

    tima ksh ats pkongsian.. cuma nk tnya, jika kita tgh sarat mengandung, blh kah kita melakukan solat sunat taubat ini secara duduk di kerusi? dan blh kah pilih & hnya baca istighfar (a) shj stlh mberi salam?

    Reply

    • Diharuskan solat dalam keadaan duduk dan jika tidak berkemampuan bolehlah pilih salah satu daripada istighfar tersebut.

      Reply

  50. Posted by akim1238@yahoo.com on 04/08/2012 at 1:26 pm

    terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan

    Reply

  51. Posted by nof@rchi on 05/08/2012 at 8:12 am

    1) Jika kita ikhlas meminta maaf kpd rakan2 tp hnya melalui email/status fb/sms secara terbuka
    .. kerana kita sendiri xpasti kita tlh bbuat slh dgn siapa apatah lg dgn rakan lain jantina.. adakah itu sudah mncukupi bg kita utk btaubat?

    2) Jika kita sendiri dah meminta maaf kpd insan2 tertentu secara bdepan tp sbnrnya insan itu tidak ikhlas utk memaafkan kita.. adakah kita masih bhutang dosa dgn dia sehingga taubat kita tak diterima? perlu meminta maaf berkali2 ke?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Pemohonan maaf secara umum melalui alatan elektronik ini adalah suatu tindakan yang baik kerana setiap insan tidak terlepas dari melakukan kekilafan. Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT.”

      Ini bererti bahawa manusia yang baik bukan orang yang tidak pernah berbuat salah, sebab itu mustahil kecuali Rasulullah SAW yang ma’shum (sentiasa dalam bimbingan Allah SWT). Tetapi, manusia yang baik adalah manusia yang menyedari kesalahannya dan segera bertaubat kepada-Nya. Dalam Islam, mampu memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa (muttaqin).

      Allah SWT berfirman: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Al-Imran: 133-134).

      2. Tanggungjawab Nof sudah lepas tapi teruslah berbuat baik kepada insan tersebut dan jaga hatinya serta jangan mengulangi kesalahan itu lagi.

      Dari Uqbah bin Amir, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu.” (HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).

      Islam mengajak manusia untuk saling memaafkan. Dan memberikan kedudukan tinggi bagi pemberi maaf. Kerana sifat pemaaf merupakan sebahagian dari akhlak yang sangat luhur, yang harus diikuti bagi seorang Muslim yang bertakwa.

      Allah SWT berfirman: “…Maka sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah.” (Surah Asy-Syura : 40).

      Reply

  52. Posted by Faqir Illallah on 06/08/2012 at 6:14 am

    Sdra..doa taubat tu berlatar-belakang ungu..amat payah nak dibaca..kalau boleh post la yg biasa-biasa saja..terima kasih..

    Reply

  53. Posted by hamba Allah on 06/08/2012 at 12:48 pm

    salam…sye nk tnye…bgaimana pula kalu seseorng tue dalam keadaan tidak suci (period) ingin melakukan solat taubat ini..die dlm keadaan tertekan dan bersalah sgt ata dosanya..bgaimana sye hendak membantu kwn sye yg dlm keadaan begini??period,tp masih ingin melakukan solat taubat..adkah ade cara lain untuk membantunya??

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Seseorang yang sedang ‘period’ adalah dilarang sama sekali melakukan solat. Jika rasa bersalah sekali pun, hanya dibolehkan berzikir sahaja.. buat sementara sebelum suci dan mandi hadas, nasihatkanlah sahabat sdri. supaya memenuhi masanya dengan memperbanyakkan membaca dan menghayati maksud zikir-zikir taubat, antaranya;

      a) Istighfar:
      أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِىْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَـيُّوْمُ وَأَ تُوبُ إِلَيْهِ.
      “Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.”

      b) Tasbih
      سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
      “Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar; Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

      Dan banyak lagi zikir2 lain…rujuklah guru agama yang hampir..

      Reply

  54. Posted by kfendi on 07/08/2012 at 12:53 am

    assalamualaikum ustaz…
    dlam bulan ramadan yg mulia ini telah terbuka hati saya dan dipermudah oleh Allah untuk menjalankan ibadah.. sesungguhnya amatlah saya menyedari diri saya ini sekian lama dalam kerugian.. (sentiasa melakukan dosa dan meninggalkan suruhan termasuklah sembahyang 5 waktu dan berpuasa) saya benar benar ingin berubah dan menjadi insan yang bertaqwa.. izinkan saya bertanya beberapa soalan..
    1. adakah sah ilmu yang saya pelajari melalui internet @ buku ini dibolehkan (kerana saya pernah terdengar yg belajar hanya melalui buku tanpa Guru adalah haram)
    2. bagaimanakah untuk saya menebus dosa saya(minta maaf) terhadap orang yg telah saya buat salah seperti mencuri.. saya terlalu banyak mencuri dan ada diantara mereka telahpun meninggal dunia..
    sekian.. harap ustaz dapat membimbing saya.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1) Semua ilmu yang diambil dan dipelajari melalui internet @ buku boleh dijadikan sebagai pengetahuan dan panduan awal… perlulah dituruti dengan mendapatkan guru2 yang mursyid bagi mendapatkan bimbingan yang lebih jitu lagi sahih…

      2) Taubat yang tingkatan paling tinggi di hadapan Allah SWT adalah taubat nasuha, iaitu taubat yang murni, dengan cara:
      a. Bertaubat dan menyesali dosa yang sedang dibuat dan hentikan serta-merta.
      b. Menyesali dan benci atas dosa yang dilakukan pada masa lalu dan berjanji tidak akan mengulanginya pada masa depan.
      c. Apabila dosa atau kesalahan itu terhadap sesama manusia, maka caranya adalah dengan meminta maaf kepadanya.

      Amr bin Ala pernah berkata: “Taubat nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa seperti kamu pernah mencintainya.”

      Firman Allah Subhanahu Wata’ala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersamanya, sedangkan cahaya (iman dan amal soleh) mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan ‘Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’.” (Surah At-Tahrim, ayat 8)

      Maka Kfendi perlulah bertemu dengan mereka yang berkenaan dengan membawa barangan curi tersebut atau gantiannya sambil menyatakan keinsafan diri dan permohonan maaf. InsyaAllah Muslim beriman akan memaafkan kesalahan tersebut…dan tunjukkan dan kekalkanlah perbuatan baik terhadap mereka.

      Allah SWT berfirman: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Al-Imran: 133-134).

      Reply

  55. Posted by Siti on 07/08/2012 at 2:42 am

    Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai zikir semasa sujud terakhir pada rakaat kedua. Bagaimana saya mahu mengira 40 kali zikir tersebut semasa sedang sujud? Bagaimana jika ia terkurang atau terlebih dari 40 kali? Terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Subhanallah.. Siti boleh gunakan anugerah Allah SWT pada jari tangan kita.. [semua ruas (28) + jari (10) + tangan (2) = 40]. Tidak mengapa pada permulaannya jika ada terkurang terlebih. InsyaAllah bila dah terbiasa akan tepatlah kiraannya

      Reply

  56. Posted by Siti on 07/08/2012 at 1:50 pm

    Hm.. Ok, terima kasih banyak banyak.

    Reply

  57. Posted by insan lemah on 07/08/2012 at 11:30 pm

    assalamualaikum…utz..nk bertanya..jika kita telah berzina,kemudian,ia mnyesal dan ingin bertaubat,perlu ke die mmbersihkan diri dgn cara mandi hadas dan kemudian solat sunat taubat?bgaimana nk hindarkan diri dari buat dosa zina tu?dalam solat,jika kita xmampu menangis,adekah ia disebabkan hati kite telah kotor dan gelap?bagaimana kite nk tau taubat kite dterima @ x?mohon penjelasa..terima kasih…

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah Sdr. telah diberi hidayah untuk bertaubat.

      1) Sebenarnya mandi hadas tidak boleh mencuci dosa zina tapi ianya wajib bagi mengesahkan amal ibadah terutama solat yang menjadi tiang agama.

      2) Cara menghindari daripada zina:
      a. Jangan tinggalkan solat fardu. Banyakkanlah membaca Al-Quran berpuasa sunat.
      b. Dekatilah masjid dan kelas-kelas agama.
      c. Membaca buku-buku agama terutama yang berkaitan dengan taubat.
      d. Carilah kawan-kawan yang boleh membawa ke arah kebaikan / positif.
      e. Di samping itu apa yang lebih penting jauhilah perkara-perkara yang boleh menaikkan syahwat seperti web-web, video2, gambar2 lucah dsb.
      f. Jarakkan hubungan dan bertemu dengan teman zina dan jika berkemampuan segerakanlah berkahwin (bernikah).

      3) Selepas mandi wajib, lakukanlah solat taubat nasuha dengan keazaman dan penyesalan yang amat sangat.

      Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah Al-Isra; Ayat 32).

      4) Fikirkanlah sewaktu nak memulakan solat sekiranya mati pada hari ini tanpa sempat menambah amal kebajikan, bertaubat dan memperbaiki segala dosa dan kesalahan selama ini, betapa besarnya azab dan seksaan menanti di alam barzakh dan akhirat. Sanggupkah kita menghadapinya nanti, jika masih tak terkesan di hati dan tak mengalir air mata, ini menunjukkan ego kita masih besar terhadap Allah SWT…Na’uzubillah min zalik!

      Allah SWT berfirman: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” (Surah An-Nur; Ayat 32).

      5) Tanda taubat diterima adalah:
      a) Timbul perasan benci setiap kali melihat, mendengar dan teringat terhadap perkara2 dosa yang pernah dibuat.
      b) Menjauhi persekitaran dan tempat kerja yang mengundang dosa.
      c) Mendapat sahabat yang baik dan mendorong ke arah kebajikan duania dan akhirat.
      d) Cepat dan mudah melakukan ibadah.
      e) Dimurahkan rezeki yang halal.
      f) Dan banyak lagi….

      Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun;…. dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah…. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.” (Surah Al-An’am; Ayat 151).

      Reply

  58. Posted by izra on 08/08/2012 at 12:50 am

    salam ustaz,saya ada hantar email kepada ustaz tapi masih belum mendapat maklum balas ustaz,mohon dari ustaz sila bantu saya reply please.salam.,terima kasih

    Reply

  59. Posted by izzat on 08/08/2012 at 8:23 am

    salam ustaz, sedikit pertanyaan, 1) apa beza antara solat taubat dan solat taubat nasuha? adakah ia adalah sama ustaz. Dan jika ianya tidak sama,solat manakah lebih afdhal dilakukan? saya mahu bertaubat ustaz. Mohon ustaz bantu saya. TERIMA KASIH

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Solat Sunat Taubat dilakukan secara istiqomah kerana kita sebagai insan yang lemah, setiap hari tidak terlepas dan sentiasa melakukan dosa2 kecil.
      2. Solat Taubat Nasuha pula dilakukan selepas timbul penyesalan yang amat sangat ke atas ketelanjuran dan dosa2 besar yang telah dilakukan dan bertekad serta berazam tidak akan mengulanginya di masa hadapan.

      Amr bin Ala pernah berkata: “Taubat nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa seperti kamu pernah mencintainya.”

      Firman Allah Subhanahu Wata’ala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersamanya, sedangkan cahaya (iman dan amal soleh) mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan ‘Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’.” (Surah At-Tahrim, ayat 8)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by ina on 16/10/2012 at 3:15 pm

        niat Sholat taubat nasuha apa ustaz apa sm dgn dgn sholat taubat n bgmn cr mengerjakan sholat taubat nasuha n apa je doanya…sy ingin sgt melakukan shlt taubat nasuha sbb sy pna melakukan dosa besar.

      • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Solat Taubat Nasuha sama seperti Sholat Taubat biasa… Cuma ia perlu ditunjukkan akan kesungguhan baik dari segi penyesalan, bacaan surah, kekhusyukan/tumpuan atau doanya. Adalah lebih baik menggunakan bahasa sendiri dan diluahkan segala penyesalan dan pengakuan akan dosa besar tersebut serta berikrar tidak sesekali berniat atau melakukannya lagi di masa depan. Seterusnya bersungguh2lah memohon pengampunanNya…

        Amr bin Ala pernah berkata: “Taubat nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa seperti kamu pernah mencintainya.”

        Firman Allah Subhanahu Wata’ala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersamanya, sedangkan cahaya (iman dan amal soleh) mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan ‘Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu’.” (Surah At-Tahrim, ayat 8)

        Maka Ina janganlah bertangguh dan ragu2 lagi untuk melakukan Solat Taubat Nasuha ini.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  60. Posted by azwan on 09/08/2012 at 12:25 am

    slm sye nk tnye..bolehkah pada rakaat 1 dan ke 2 kite baca surah lain selain al-kafirun dan al-ikhlas??

    Reply

  61. Posted by izra on 10/08/2012 at 12:14 am

    salam ustaz,
    saya ada hantar lagi email.
    harap boleh tolong reply lagi.

    terimah kasih,salam

    Reply

  62. Posted by azie on 10/08/2012 at 8:26 am

    assalamu’alaikum

    Semoga Allah swt sihatkan tuan, melimpahkan rahmat dan kasih sayang berpanjangan dan panjangkan usia tuan untuk terus memberi ilmu yang amat bermanafaat ini…. Teruskan memberi ilmu dan didikan… Terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah, AMIN…

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran..

      Reply

  63. Posted by ingin ketenangan on 11/08/2012 at 4:06 am

    saye dah lame rase nak bertaubat. cume baru-baru ni keinginan tu makin kuat. langkah pertame saye tinggalkan boyfriend saye. saye nak buat solat taubat. tapi masalah nya. solat 5 waktu pun saye dah lame tak buat. saye sedih bile saye perlu belajar bagaimana nak solat. bile saye mengaji lidah saye kelu. Alhamdulillah seminggu ni saye dah boleh solat cume tak berape nak sempurna. Saye dah terase bile saye jage solat, hati saye tenang, perasaan sayang kepada keluarga saye makin kuat maka saye rase serba salah sebab selame ini banyak dosa saye dengan keluarga saye sedangkan mereka selalu menasihati dan membimbing saye. dan mungkin sebab kesabaran dan doa mereka saye berubah. saye rase banyak dosa yang saye buat dengan keluarga saye sama ada dosa secare terang dan tersembunyi. soalan saye perlukah saye membuka aib saye untuk meminta maaf kepade mereka? Doa kan saye terus berade di landasan yang benar. Insyaallah.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah adik telah menerima hidayah dalam bulan yang penuh berkat ni…dan tahniah kerana mengambil langkah tepat dengan bersolat dan mengaji semula… alangkah bertuahnya adik memiliki keluarga yang mengambl berat mengenai diri adik…

      Bagi menambah kefahaman, menyelami sikap dan perasaan serta memudahkan membantu adik, eloklah diceritakan segala apa yang telah berlaku…tapi dengan syarat keluarga adik adalah dari jenis yang dapat bersabar, sedia menerima/redha dan tidak menceritakan pada orang lain… dan jika sebaliknya, tidak boleh menyimpan rahsia dan emo.. adik simpan saja dan banyakkanlah melakukan solat taubat.

      Reply

  64. Posted by zaheera on 15/08/2012 at 3:37 am

    alhamdulilah…saya beterima kasih sgt2 dengan ilmu yg telah dikongsikan. saya ada beberapa soalan nak ditanyakan..
    1) adakah ini adalah petunjuk & hidayah yg allah swt. telah kurniakan kepada saya iaitu hati saya tegerak untuk berubah dan segera meninggalkan segala dosa2 besar yg telah saya lakukan yang sebelum ni islam atas nama shj. saya juga telah bhijrah dan mendapat kawan2 yg baik akhlak nya.
    2) adakah saya perlu meminta maaf kepada orang yang telah saya tinggalkan yang juga telah menganiaya saya dan banyak mempengaruhi saya utk melakukan dosa2 besar dan mgugut utk mmbuka aib saya jika saya mninggalkan nya.
    3) saya dibelenggu dengan dosa2 yang bukan saya sendiri nak buat,tapi atas sebab dipaksa dan saya rasa sangat berdendam dan sehingga menyebabkan trauma yg teruk, adakah ini satu ujian besar kpada saya atau ada hikmah di sebalik nya?
    terima kasih..

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Syukur kepada Allah blog shafiqolbu bermanfaat kepada Sdri. Tahniah juga dalam bulan yang penuh rahmat ini Sdri. mendapat hidayah petunjuk dari Allah SWT dan ditemukan rakan yang baik…

      1. Berhati2lah dengan ‘hijrah’, jangan terjerumus dengan puak2 tertentu dan terikut2 dengan trend segelintir artis kebelakangan ini yang sebelumnya banyak memberi pengajaran dan ketenangan kepada masyarakat ramai melalui lakonan dan lagu keinsafan tapi setelah berhijrah, saban malam mencaci dan mencerca muslim lain di pentas2 ceramah malah tergamak mencemar kemurnian masjid dan kemuliaan Ramadhan melalui takzirah sehingga memecah belahkan masyarakat kariah dan mengganggu ibadah Tarawih. Sepatutnya bukan setakat ‘berhijrah’ tapi perlu kembali ke fitrah dengan mengamalkan ajaran Islam sebenar, jangan bertopengkan agama demi kepentingan politik duniawi kerana bersifat qanaah, menjaga ukhwah dan perpaduan sesama muslim itu lebih utama dan menjadi kewajiban orang beriman supaya tidak diinjak2 oleh musuh2 Islam yang sentiasa menanti peluang.

      Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

      2. Sebagai hambaNya kita perlu sentiasa memohon maaf tanpa mengira kawan atau lawan, bersalah ataupun tidak, bahkan perlu juga meminta maaf pada roh dan diri sendiri kerana telah berlaku zalim dan kecurangan menjaga amanah Allah Ta’ala. Berkenaan dengan orang yang menzalimi Sdri., mintalah maaf kepadanya sambil menasihatkanya supaya bertaubat dan menghadiahkan buku2 agama. Kemudian berusahalah menjauhkan diri daripada kehidupannya dan jika dia bertindak melampau sehingga boleh mengaibkan Sdri buatlah laporan polis.

      Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222).

      3. Usahlah terbeban dengan trauma lalu..’it’s enough’ buka buku dan hidup baru… Allah ar Rahman ar Rahim masih sayangkan Sdri., buktinya Dia menggerakkan hati untuk berubah, pasti ada hikmah padanya.. maka beristiqomahlah dengannya, jangan diulangi kehidupan lalu….

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  65. Posted by Yg mencari TAQWA. on 15/08/2012 at 1:24 pm

    Assalamualaikum.
    Saya nak berkongsi pengalaman saya bertaubat.harap dapat membantu kawan2 yg ingin kembali kepada fitrah iaitu menjadi muslim yg bertaqwa.

    Alhamdulilah umur 40thn baru saya tersedar dari lena yg panjang.sebelum ni masa dioversea saya langsung x solat dan bila dah kahwin kerja pun saya solat x penuh,Al-Quran x pernah baca .sy tidak gemar cerita2 keislaman.saya hidup sebagai islam tapi acuh x acuh saja hal keagamaan.Saya jenis minat cerita fiksyen satu hari saya terbaca kisah pasal dajjal so sampai habis baca,penulis sarankan menonton siri the Arrival.siri ni ada 51 episod.boleh cari dlm you tube ada serikata BM.
    Selepas menonton semua episod saya tersedar yg cara hidup saya tak betul.saya ditipu oleh fitnah dunia yg dicipta oleh kaum2 dajjal.tv dan hiburan dan kebanyakan semua yg ada disekeliling kita adalah fitnah dunia.Alhamdulillah Allah swt beri taufik dan hidayah pd saya melalui cerita2 ini.

    Masa itu saya bertaubat sungguh2.buat solat sunat taubat.setiap kali solat saya menangis teresak2.Saya batalkan insuran konvesional saya,saya batalkan ASB saya .Saya juga tidak lagi ke panggung wayang.Saya juga berusaha menutup aurat yg betul.Bila keluar pakai stokin dan sentiasa berbaju labuh dan longgar.Saya berusaha jaga aurat sy dgn ipar duai.Saya juga mula belajar Al-Quran dikelas yg hanya dihadiri kanak2.Walaupun mereka memandang saya dgn heran tapi saya buang rasa malu dan berusaha bersungguh menghafal zikir,doa dan ayat2 Al-Quran.
    Saya qada solat2 saya,saya qada puasa2 saya.saya buat solat sunat tasbih dan pd bulan ramadan saya berdoa pd Allah swt kurniakan pada saya mlm Lailatulqadar.
    Semasa memandu ketempat kerja saya x henti2 berdoa supaya Allah swt kurniakan saya Mlm lailatulqadar.

    Seingat saya ramadan hari yg ke21,siangnya saya bersama keluarga keluar membeli baju raya.kami hanya sempat berbuka nasi campur +air tanpa ada apa2 makanan tambahan lain.kami cepat2 makan dan bergegas mengejar solat maghrib dirumah dan cepat2 siap utk solat terawih dimasjid.
    Balik terawih saya buat qada solat dan tidur dengan doa supaya saya dpt mlm lailatulqadar.Saya bangun solat tahajud dan kejut anak saya utk solat tahajud.Masa lepas tahajud saya berdoa memohon ampun dari Allah .waktu itu saya menangis teresak dan rasa seram sejuk.Ada ustaz2 kata kalau nak tahu kehadiran malaikat,kita kan rasa meremang .itulah yg saya rasa.Wallahualam.

    Pagi tu saya rasa cuaca sgt baik dan dlm hati saya ,saya terdetik ya inilah mlm lailatuqadar.Esoknya bila saya pergi kerja,tiba2 teringat dosa2 saya pada rumput dibelakang rumah saya yg saya selalu saya siramkan minyak2 lebihan masak..tiba2 saya rasa berdosa pd makcik cleaner yg saya selalu bersangka buruk pada dia.Saya masuk bilik meeting dan saya menangis semahu2nya dan bersujud memohon ampun dari Allah swt.Saya cari makcik cleaner dan memeluk dan meminta maaf dari dia.
    Keesokan harinya anak saya telepon dia kata Ustaznya kata mlm 21hb itulah mlm lailatulqadar berdasarkan tanda2 dan cerita2 org.Wallahualam.

    Pagi syawal saya memohon maaf pd suami dan pada anak2 saya .Saya katakan pada anak saya ,ibu minta maaf kerana selama ini ibu tidak menjadi contoh yg baik.Anak saya kata ‘Tak apa mama,sekarang mama dah baik”

    Sekarang ramadan ke2 saya selepas insaf.Saya dah khatam Al-Quran dan terjemahan. Tapi masih sedang belajar memperbaiki bacaan.Skrg Saya akan cepat rasa berdosa jika saya buat sesuatu kesalahan.Bila rasa itu dtg saya akan cepat2 beristifar.Saya masih qada puasa dan qada solat kerana terlalu byk yg telah saya tinggalkan.Saya masih sedang melawan sifat2 yg tidak baik dlm diri saya.Bila saya melawan itu terasa sgt sukar tapi saya selalu katakan pd diri saya ,ini adalah bekalan akhirat.kalau saya mati esoknya sekurang2nya saya ada kebaikan.

    Saya berazam ingin membuat byk kebaikan kerana kebaikan boleh meghapuskan keburukan.Saya tidak mempunyai ilmu yg banyak seperti alim2 ulama atau seperti ustazah diluar sana.Jadi saya perlu sediakan anak2 yg soleh dan sedekah yg banyak serta kebaikan pd org utk bekalan diakhirat nanti.

    Skrg anak lelaki saya sudah masuk pusat tahfiz dan masa peperiksaan hari tu dia menjadi 10 pelajar terbaik.Ini berkat doa saya dan Alhamdulillah Allah dgr permintaan saya.Mmg Allah swt sayangkan saya.

    Saya berusaha bersangka baik dgn org .Mmg payah utk membuang sifat mazmumah yg telah tertanam dlm diri kita.Kdg2 saya sampai menangis nak cuba tinggalkan sifat2 yg tidak baik itu.

    Saya sentiasa bersangka baik dgn Allah swt.Contohnya Kalau dulu saya sgt kedekut.tapi skrg bila ada org2 yg menjual ditepi jalan dtg kepada saya,saya katakan ini sebenarnya Allah nak tambah pahala saya.
    Bila suami sakit saya katakan ini peluang saya nak tambah pahala.Saya jaga dia baik2 dan berdoa Allah cepat sembuhkannya.Ada satu hari bila suami sakit,saya nasihatkan dia,dan baca kitab tauhid padanya supaya hati dia tenang.Berkat doa saya yg tidak putus2 dan bersangka baik dgn Allah keesokan harinya sepatutnya suami saya dimasukkan ke wad,sudah boleh bangun sendiri sedikit demi sedikit dan tidak perlu masuk hospital.Dlm hati saya berkata inilah berkat bersangka baik dgn Allah.
    Percayalah adik2 dan kawan2,hati kita akan sentiasa tenang jika kita bersangka baik dgn Allah swt dan bersangka baik dgn org.

    Inilah serba sedikit pengalaman taubat saya.Moga boleh jadi panduan utk adik2,serta rakan dialam maya ini.Yg penting lepas solat jgn lupa baca doa supaya Allah swt kekalkan hidayah yg telah dia kurniakan.Ini kerana dikeliling kita terlalu byk godaan yg boleh melalaikan kita.Selamat berpuasa dan selamat hari raya.

    Minta maaf kdp tuan punya blog kerana menulis dgn pjg lebar.Saya berdoa Allah swt ampunkan dosa saya jika menulis disini menyebabkan saya rasa riak dgn perubahan diri saya.Saya tidak tahu tapi Allah yg Maha mengetahui.Ya ALLAH ampunkan kan lah aku”.Ya ALLAH Jgnlah kau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata”
    Wasalam.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.

      Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

      Subhanallah, begitu besar rahmat yang diberikanNya kepada Pn. sekeluarga… semoga pengalaman berharga dengan kembalinya Pn. ke fitrah Allah dan agama yang lurus ini dapat memberi ikhtibar, semangat dan harapan kepada mereka yang masih ragu-ragu akan rahmat dan nikmat Allah SWT.

      Allah SWT. berfirman: “Maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah (dengan kembali mentaati-Nya). Sesungguhnya Tuhan kekal mendengar dan memperkenankan segala permohonan dan bersedia menerima taubat hamba-Nya.” (Surah Hud, ayat 61)

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran.. kerana sudi berkongsi dengan pembaca blog shafiqolbu.

      Reply

    • Posted by cahaya on 30/11/2013 at 6:50 pm

      Salam admin…. boleh tak sy nak alamat email puan ‘yang mencari taqwa’? Kalau puan terbaca post saya ni… mohon respond saya yer…. sy nak berkomunikasi lanjut dgn puan…

      Terima kasih.

      Reply

  66. Posted by ina.. on 15/08/2012 at 5:01 pm

    salam..saya nak bertanya, adakah solat kita sah seandainya tertinggal perkataan sunat sekiranya melakukan solat sunat…contoh sahaja aku solat hajat 2 rakaat kerana Allah taala…tetinggal perkataan sunat

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat Sunat Hajat tu sah… untuk pengetahuan Sdri.Ina terdapat tiga perkara penting terkandung dalam niat iaitu Qasad, Taarud dan Takyin.

      Qasad bererti sengaja mahu menunaikan solat atau berniat melakukan solat.
      Taarud ialah kenyataan tentang sifat solat, sama ada fardu atau sunat.
      Takyin pula ialah ketentuan solat seperti solat Zuhur, Dhuha, Tarawih dan sebagainya.

      Perkara-perkara lain yang sunat disebut ialah tentang rakaat, tunai atau qada juga sebutan tentang kerana Allah Taala.
      .

      3 Jenis Niat

      Terdapat 3 cara berniat paling minima, mengikut solat yang hendak dilakukan.

      1.) Solat sunat mutlak iaitu solat yang tiada waktu, cukup sekadar Qasad, contohnya “Daku bersolat” atau “Sahaja aku solat”.
      2.) Solat sunat yang ada waktu, perlu kepada Qasad yang disertakan dengan Takyin iaitu “Daku bersolat …(nama solat sunat)” contohnya contohnya “Daku bersolat Dhuha” atau “Sahaja aku solat Aidil Fitri”.
      3.) Solat fardhu, perlu kepada Qasad, Taarud dan Takyin iaitu “Daku bersolat FARDHU… (nama solat fardhu)” contohnya “Daku bersolat fardhu Subuh” atau “Sahaja aku solat fardhu Zuhur” dan seumpama dengannya.

      Reply

  67. Posted by salmi on 20/08/2012 at 4:15 pm

    Assalamualaikum. Terima kasih di atas perkongsian entri ini. Semoga Allah memberikan pahala yang banyak kepada anda. Saya ingin bertanya mengenai perkara ke 4. Untuk istighfar yg pertama (a) tu nak baca berapa kali dan yang ke dua (b) tu berapa kali? Terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bacalah sebanyak yang termampu..walau bagaimanapun pada kebiasaannya dibaca 3/7/11 atau 100 kali.

      Jazaakillaahu Khair..

      Reply

  68. Posted by amanda on 21/08/2012 at 12:36 am

    terima kasih atas info yang sangat berguna dan memberi kesedaran 🙂

    Reply

  69. Posted by luqman hakim on 25/08/2012 at 2:02 am

    alhamdulillah,dpt juga saya memahami ttg solat taubat dgn lebih jelas lagi tq.

    Reply

  70. Posted by NurHidayah on 25/08/2012 at 2:34 am

    Assalammualaikum.Terima Kasih byk2 kpd penulis blog ini sbb bagi bnyak pnduan2 yg saya tk tahu.semoga Allah S.W.T memberkati penulis blog ini.Amin.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jazaakillaahu Khair..

      Reply

  71. Posted by harys on 26/08/2012 at 9:55 am

    Assalamualaikum.
    Saya nak tanya beberapa soalan.
    1.Apakah seseorang itu dikira syirik jika dia berjumpa kawannya yg dikatakan berkebolehan untuk menengok atau dgn kata lain menilik utk mengetahui siapa yg menyembunyikan kasutnya?
    2.Saya menasihati anak suadara saya melalui FB supaya dia memaafkan anak saudara saya yg lain yg dikatakan berniat tidak baik padanya kerana Allah sgt suka pada org yg memaafkan.Sebaliknya saya dimarahi oleh kakak saya kerana masuk campur dlm urusan keluarganya.Adakah cara saya ini salah?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Perbuatan bertenung nasib perbuatan syirik yang sangat dimurkai Allah. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa datang ke tempat juru ramal, kemudian bertanya sesuatu dan membenarkan apa yang dikatakan, maka Allah tidak menerima solatnya selama 40 hari.” (Hadis riwayat Muslim)

      2. Menasihati ke arah kebaikan dan penyatuan adalah suatu perbuatan yang mulia dan digalakkan Islam.
      Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a. bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Agama itu nasihat. Kami bertanya:’untuk siapa?’ Baginda menjawab, Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, para pemimpin kaum Muslimin dan bagi manusia umumnya”
      (Riwayat Ahmad r.a.)

      Reply

  72. Posted by asyillah on 26/08/2012 at 1:04 pm

    assalamualaikum . saya ingin bertanya , sekiranya seseorang itu telah melakukan kesilapan dan menyesal serta memohon keampunan tetapi jika dia terbuat kesilapan itu sekali lagi . dan perkara ini berulang-ulang adakah taubatnya dan doanya akan diterima lagi ? sekejap insaf tetapi senang menerima rayuan syaitan . buat lagi dan mohon ampun lgi . mohon pengetahuan 🙂

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sekiranya mengulangi kesalahan, segeralah kembali bertaubat dan jangan ditangguhkan. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana orang yang berbuat dosa kemudian dia segera sedar, hendaklah ia berwuduk kemudian solat dua rakaat, lalu memohon keampunan, pasti Allah SWT akan memberikan keampunannya.” (Riwayat Ahmad).

      Tidak menjadi kesalahan sekiranya kita melakukan solat taubat berkali-kali. Ini kerana kita sememangnya sentiasa terdedah kepada dosa sama ada kita sedar ataupun tidak. Sabda Rasulullah SAW lagi: “Setiap anak Adam (manusia) banyak melakukan dosa, dan sebaik-baik orang berdosa ialah orang yang banyak bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

      Kita sebagai Umat Islam juga digalakkan supaya memohon keampunan daripada Allah SWT dengan memperbanyakkan beristighfar..kerana itu Nabi SAW setiap hari beristighfar meminta ampun sebanyak 70 kali dan ada riwayat lain mengatakan 100 kali. Di antara doa yang diamalkan oleh Nabi SAW ialah:

      “Ya Allah! Ampunkanlah segala kesalahan, kejahilan dan keterlanjuranku dalam urusan hidupku serta dosa-dosa yang Dikau lebih mengetahuinya daripadaku. Ya Allah! Ampunkanlah kesalahanku yang lalu dan yang akan datang yang daku lakukan dengan terang-terangan dan yang daku rahsiakan dan dosa yang Dikau lebih mengetahuinya daripadaku. Dikaulah yang awal dan Dikaulah yang akhir. Dan Dikau berkuasa ke atas setiap perkara.”

      Reply

  73. Posted by zura on 30/08/2012 at 4:35 pm

    Assalamualaikum..

    Nak tanya, klu doa slepas salam tu baca dlm BM boley x? Terima kasih

    Reply

  74. Salam ustaz,kalau la org nie x pernah melakukn solat..apabile hendak melakukn solat taubat,perlukah die menggantikn solat2 tersebut?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat2 Fardhu hari ini dan hari2 seterusnya wajib dan mesti dilakukan dan pada masa yang sama sentiasalah berusaha mengqadha’ solat2 yang telah ditinggalkan..dan banyakkanlah beristighfar dan membaca doa2 taubat dalam kesemua solat tersebut.

      Dalam pada itu dia boleh juga lakukan Solat Sunat Taubat tapi dia hendaklah mengutamakan solat2 qodha’…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  75. Posted by azmel iskandar on 04/09/2012 at 2:31 am

    Alhamdulillah…trima kasih kerana brkongsi ilmu tuan..

    Reply

  76. Posted by aena on 04/09/2012 at 8:38 pm

    slm,nk tanya…kalau kita dh menyesal hingga menangis tp x m’lkukan solat taubat adakah allah mengampunkan kita walaupun dosa syirik..

    adakah wajib kita menangis semasa melakukan solat taubat

    Reply

    • Posted by anys on 18/11/2012 at 10:29 pm

      Assalamualaikum..
      Sy nk tnya,wk2 kite sujud rakaat terakhir,kite menangis krn terllu sebak,adkh akn terbtl solat taubt kite?
      trima ksih..

      Reply

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Solat tersebut sah jika menangis yang tidak keterlaluan.. dan sekiranya tanpa disengajakan sehingga terkeluar perkataan selain daripada bacaan tasbih atau doa Arab tersebut, juga tetap sah dan dimaafkan..

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  77. Posted by aena on 04/09/2012 at 8:46 pm

    slm,nk tanye..
    1)adakah ALLAH akn mengampunkan kita sekiranya kita menyesali perbuatan kita hingga menangis tp x m’lakukan solat tauba sekali pun dosa syirik…

    2)adakah kita wajib menangis semasa melakukan solat taubat walhal kita tlh menangis sebelum melaksanakan solat taubat

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa tak sampai di kerongkong (nazak).

      Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhan bersedia menerima taubat seseorang hamba selagi nyawanya belum sampai di kerongkong (sebelum nazak).”

      Untuk melakukan taubat nasuha, Islam menggariskan syarat yang mesti dipenuhi iaitu menyesal dengan perbuatan dilakukan dengan sepenuh hati, berhenti serta merta melakukan perbuatan itu, berazam tidak akan mengulang kembali perbuatan itu. Jika membabitkan orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

      Jika menyesal dan menangis saja tanpa melakukan Solat Taubat…ianya hanya terhad mengadu pada hati sendiri sahaja, tidak akan sampai pada Allah Ta’ala kerana solat adalah bicara terus kita kepada Allah SWT yang Maha Khaliq..Pencipta segala makhluk dan kejadian. Oleh kerana itu menangis dalam solat (walaupun tidak diwajibkan) menunjukkan penyesalan yang bersungguh2 dan menghapuskan keegoan diri.

      Apabila kita melakukan taubat ikhlas kerana Allah SWT, bermakna kita bersih daripada dosa itu, dipelihara dan dikasihi Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan orang yang menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 22)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  78. Posted by aena on 05/09/2012 at 4:32 pm

    adakah orang murtad tp dia nk masuk islam balik perlu mengucapkan dua kalimah syahadah di dpn pihak berkuasa islam

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sekiranya status murtad tersebut diketahui orang ramai dan telah diisytiharkan, maka perlulah mendapatkan perakuan kembali taat daripada jabatan agama Islam dan jika tidak ramai, cukuplah dengan benar-benar menginsafi dan memengucapkan dua kalimah tersebut dan melakukan solat taubat nasuha serta mengqadha solat-solat fardhu yang ditinggalkan sepanjang dia murtad.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  79. Posted by Markonah on 06/09/2012 at 3:57 pm

    Assalammualaikum… saya ada sedikit kekeliruan, adakah solat sunat taubat & solat sunat taubat nasuha pekara yg sama (maksud sy dr segi lafaznya)? Minta penjelasan… Terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Betul tu.. lafaz kedua-duanya sama..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by anna on 20/09/2012 at 11:09 pm

        cara untuk melaksanakan solat taubat nasuha dengan solat sunat taubat sama ke?? minta penjelasan ustaz

      • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Taubat Nasuhah ialah taubat yang bersungguh2 dan dianjurkan oleh Islam kepada paraa penganutnya yang telah melakukan perbuatan yang mungkar dan dosa. seseorang yang telah bertaubat dengan taubat nasuhah bererti dia sudah menginsafi diri dan sesekali tidak akan mengulangi lagi segala kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan dahulu.

        Manakala cara melaksanakan 2 Solat Taubat adalah sama, cuma Solat Taubat Nasuha boleh didirikan dengan lebih jitu dengan bacaan yang lebih panjang seperti Surah At-Taubah, Al-Fatth atau digandakan bacaan Surah Al-Khafirun dan Al-Ikhlas sebanyak 7, 11 atau 21 kali. Selain itu bacaan doanya juga lebih khusus mohon keampunan bagi dosa besar yang dilakukan.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  80. salam ustaz, maaf dan betulkan jika saya tersilap. Penghulu istighfar c. di atas yang bertulisan arab rasanya tak lengkap. Tapi ruminya lengkap. Atau adakah saya tersilap?

    Reply

  81. Ustaz maaf. Betul saya yang tersilap. Entah macam mana, screenshot itu tak loading habis tadi.

    Reply

  82. Posted by SHY on 08/09/2012 at 4:24 am

    Salam, 10 Ramadhan terakhir yg lalu menemukan sy dgn blog ini, banyak membantu saya…الحمد لله syukur. Tk kerana berkongsi…sampaikanlah walaupun 1 ayat…teruskan membantu kami, smoga dirahmati Allah, أمين

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah berkat Ramadhan…Selamat berkunjung, semoga Blog Shafiqolbu dapat terus memberi serba sedikit ilmu bermanfaat pada lebih ramai lagi..

      Yang baik dan baik tu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk dari diri ana jua…

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran..

      Reply

  83. assalamualaikum ustaz.

    sy ada sedikit kekeliruan berkenaan bacaan surah selepas Al – Fatihah pada kedua2 rakaat.

    1. ada sumber menyatakan surah selepas Al-Fatihah pada rakaat pertama dibaca surah Kursi sebanyak 7 kali dan pada rakaat kedua Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.

    2. sy ingin bertaubat di atas dosa2 sy ustaz. Byk sgt dosa sy hingga bila terkenangkannya air mata sy akan mengalir sendiri. sy mampu membaca tulisan jawi tp disebabkan sudah lama tak mengamalkannya, sy jadi susah utk membacanya. Apa hukum nya bila sy tersalah baca doa taubat? maksud sy adalah apabila sy tersalah baca tanda2 ejaan pada doa taubat tersebut. adakah tidak sah solat sy?

    setakat ini dulu soalan sy ustaz. InsyaAllah akan menyusul soalan lain apabila sy keliru.

    Terima Kasih Ustaz

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah, Sdr.Azrul telah diberikan Allah SWT hidayah bagi melakukan solat Taubat ini…

      1. Boleh juga dibaca surah2 seperti apa yang dinyatakan itu.. ikut kemampuan pembacanya, daripada yang pendek (al-Ikhlas) sehinggalah surah at-Taubah.

      2. Solat tersebut sah kerana doa tersebut bukannya rukun tambahan ianya dibaca selepas salam. Jika banyak sangat kesalahan.. lebih mudah dibaca dalam bahasa melayu saja.

      Reply

  84. Posted by Maryanto on 11/09/2012 at 1:40 am

    Mkch tas infrmsi’y. .
    Mga brmnfaat bgi pmla sprti sya. .

    Reply

  85. Posted by akmal on 14/09/2012 at 12:22 am

    buat solat taubat byk kali bole ke?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Kita amat digalakkan mendirikan solat Taubat ini setiap hari kerana sebagai manusia, kita tidak terlepas dari melakukan pelbagai kesalahan.. sama ada besar atau kecil kesahahan tersebut.

      Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222).

      Reply

    • Posted by myraaa on 24/09/2012 at 9:50 am

      INSYAALLAH .. BOLEH ..

      Reply

  86. Posted by ingin cahaya Allah on 15/09/2012 at 9:11 pm

    terima kasih..laman blog ini amat bermanfaat kepada saya..saya harap blog ini ada laman LIKE d facebook atau MyKedah….

    Reply

  87. Posted by fizz on 16/09/2012 at 12:25 pm

    as salam ,ustaz ..nk tnye kalau tiba2 kte t’fikir kenapa kita tunaikn solat adkah itu menyebabkan kte menjd murtad?mhon perjelasan .. dn mcm mne nk tetapkn iman kte?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Perkara tersebut tidaklah sehingga menyebabkan seseorang itu murtad, Cuma sebagai suatu tanda kepada perlunya berguru dan mendalami ilmu agama. Dalam pada itu hendaklah diperbanyakkan istighfar…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  88. Posted by Amin on 19/09/2012 at 6:32 am

    Assalamualaikum,
    tuan,sy ingin btnyekn satu soalan….sy ingin btaubat tapi sy x th n kurang yakin dengan cara yang sy patut buat…sy telah melakukan dosa besar…tp sy slalu igt n ingin btaubat…tiap pkara yg sy buat tntang dosa…pasti akn trbayang dkat sy…dan sy nk sngt btaubat…sy nk sgt jauhi pbuatan sy n dosa sy…harap tuan bantu dan reply..
    tolong la ea…sy memang nk btaubat tp sy x cukup kuat untk lakukan…dan tiap malam sy piki ap sy perlu buat… 😦 sekian

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bertaubat adalah kunci penghapus segala dosa.Tidaklah menjadi suatu masalah bagi Allah SWT untuk mengampunkan segala dosa hamba2Nya. Kadangkala kita terlalu memikirkan tentang dosa daripada taubat itu sendiri. Tiada yang mustahil bagi Allah Ta’ala. Pernah dikisahkan bahawa Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang memasukkan seorang pelacur yang hina ke dalam syurga, hanya kerana memberi anjing kehausan minum air yang ditimba dari sebuah telaga.

      Firman Allah:

      يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّـهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَ‌بُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ‌ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِ‌ي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ‌ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّـهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُ‌هُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَ‌بَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَ‌نَا وَاغْفِرْ‌ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

      “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah At-Tahrim; Ayat 8 )

      Allah SWT tidak pernah meletakkan “Terma dan Syarat” dalam menerima taubat hambaNya. Ketahuilah, Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allah SWT sangat menyukai apabila hambaNya merintih memohon taubat dariNya, dan ketahuilah kita sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk bertaubat meskipun sebesar mana dosa yang pernah kita lakukan. Maka manfaatkanlah ruang dan peluang taubat itu dengan sebaiknya sebelum kita dipanggil menuju ke destinasi sebenar.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  89. Posted by izazee on 19/09/2012 at 10:52 pm

    boleh kah saya hanya membaca doa penghulu istifar sahaa selepas salam?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh.. lebih afdal jika dapat diulangi sebanyak 3 kali dan dihayati maknanya…

      Reply

  90. Posted by shafri on 21/09/2012 at 8:34 pm

    Salam, sujud pada rakaat kedua tu? Kita kira guna jari sambil mengentuk2 sejadah? Boleh?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh.. sekiranya ia dapat membantu dan tidak mengganggu solat.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  91. Posted by yati on 23/09/2012 at 10:57 am

    Assalamualaikum tuan, saya minta izin untuk copy bahan dalam blog ni sebagai bahan bacaan yang bermanfaat untuk saya….semoga tuan di sentiasa diberkati

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jangan lupa doakan ana dan berikanlah juga kredit pada Blog Shafiqolbu… Semoga beristiqomah mengamalkan ilmunya…

      Jazaakillaahu Khairan Kathiran…

      Reply

  92. Posted by ziey on 25/09/2012 at 4:44 am

    assalammualaikum.. sy seorang gadis yg tlh byk mlkukn dosa..sy mrasakn diri sy spti xlayak utk brada d bumi ini.. baru2 ini sy tlh mlkukn solat taubat.. alhamdulillah.. hati sy mulai tenang.. sy sgt gembira dgn panduan yg tuan beri.. terima kasih.. panduan yg tuan beri sgt di hargai..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah, syukur… Allah SWT telah membuka pintu hidayah Ziey di usia muda..

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran..

      والله أعلم بالصواب

      Reply

  93. terima kasih, banyak yang dapat dipelajari dari entri ni..alhamdulilah..ill be back, insyallah…

    Reply

    • Alhamdulillah.. semoga jadi pengujung setia. Khabar2kanlah pada sahabat2 lain dan beri kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  94. Posted by cat89 on 29/09/2012 at 3:58 am

    salam..kalau saya x dapat hafal ayat di ats,boleh tak kalau saya letakkan helaian kertas di hadapan sejadah semasa menunaikan solat ..?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh… tapi supaya solat tidak terbatal, hendaklah dipastikan pergerakan Sdri.Cat tidak melebihi 3x berturut2.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  95. Posted by adi on 08/10/2012 at 9:40 pm

    assalamualaikum…..boleh tak masa nak baca doa taubat dan penghulu istighfar tu di letakkan laptop di tepi supaya saya boleh membaca…nak hafal agak sukar tetapi dengan cara melihat ayat di papara skrin mungkin boleh di baca lebih baik…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh… Dalam pada itu Adi berusahalah hafalkan, satu hari, satu baris… InsyaAllah akan dipermudahkan…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  96. Posted by mawar merah on 09/10/2012 at 4:16 pm

    Assalammualaikum….sya bru belajar melakukan solat taubat & hajat….semasa sujud terakhir utk solat taubat sya xbaca tasbih nabi yunus tue…tp sya gntikn dgn “ohtuhanku…masukknlah aku daripada pintu kebenaran,dan keluarknlah aku daripada pintu kebenaran juga,dan kurniaknlah bagiku daripadamu seorng penolong..sbyk 3x….dlm bahasa melayu….
    manakala solat hajat tue pn sya x bca tasbih nabi yunus tue…tp slps salam sya bt sujud…tp dibaca dgn doa azab api neraka 10x,lps tue selawat keatas nabi s.a.w 10x terakhir zikir 10x…adakah sah solat yg sya bt…

    Reply

  97. Posted by mawar merah on 09/10/2012 at 5:30 pm

    maaf…bkn solat taubat…solat tahajjud..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah semakin ramai yang telah mula belajar melakukan solat2 sunat termasuklah Mawar.. tahniah diucapkan.

      Alhamdulillah dan syabas Mawar Merah telah mula bermesra dengan solat ini.. Bertasbih dan berdoa semasa sedang melakukan solat (tak kiralah dalam solat apa pun, sunat mahupun fardhu) dalam B.Melayu hanya dibolehkan dalam hati sahaja, tanpa dilafazkan… Jika Mawar Merah terkeluar suara, maka boleh mengakibatkan terbatal solat tersebut. Tasbih dan doa yang dibaca dalam solat mestilah dalam arab sahaja, bahasa syurga…

      Bagi soalan kedua, solat tersebut adalah sah dan berkenaan bacaan selepas salam itu adalah baik sekali… teruskanlah..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  98. Posted by ameera on 09/10/2012 at 7:50 pm

    Assalamualaikum 🙂 saya sangat ingin melakukan solat taubat . tetapi saya takut saya mengulangi kesalahan saya lagi . bagaimana , ya ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ameera….setiap makhluk bernama manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Namun Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Janganlah ditangguhkan andai Ameera sudah ada kesedaran dan rasa keinsafan untuk berubah. Teruskan tekad dan berdoa kepada Allah SWT agar tidak diulangi dosa-dosa atau kesalahan tersebut.

      Takutlah andai kita tak sempat bertaubat, apakah nasib yang bakal dihadapi ‘di sana’ kelak.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  99. saya hendak bertaubat
    🙂

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdullah mudah-mudahan Allah SWT akan bersama Nor Aliah. Lakukan segera kerana Allah Ta’ala sentiasa membuka pintu dan menerima taubat hambanya yang tulus ikhlas..

      Firman Allah SWT: “Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian Mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan.” (Surah an-Nur: ayat 31).

      Reply

  100. Posted by asha on 10/10/2012 at 10:13 pm

    Sy mrupakan seorang lg antara ribuan/jutaan pmbaca yg menangis teresak2 mmbaca doa taubat ini..syukran ustaz..jazakallahufik..sy slalu brharap suatu hari nnt akan ada pendakwah mcm ustaz mnganjurkn solat taubat beramai2..kerana masih ramai anak muda yg ingin brtaubat mnuju jln Allah tp xtau caranya.. sbb ramai antara mereka yg xprnah brsolat lgsg skalipun..dunia mghampiri masa utk kiamat kejappp je lg tp yg benar2 insaf & brtaubat blh dikira bilangannya..kalu ada kempen jom solat taubat sblm terlambat atau kiamat, sy yakin ramai yg akan brgegas meninggalkan dosa & brtaubat nasuha..insyaAllah..Rabbi yassir wala tu’assir..smoga Allah terus mmudahkn jln mnuju redhaNya..

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah, syabas Asha adalah antara sebutir permata dipasiran pantai… sukar ditemui di zaman mutakhir ini… tahniah sekali lagi atas kesedaran yang tinggi sebegitu… Sama2lah kita berusaha membantu dan menyedarkan sahabat2 yang dibuai kepalsuan dalam kehidupan mereka…

      Solat Taubat adalah lebih afdal dilakukan sendirian.. namun begitu ia boleh juga dibuat secara berjamaah dan seharusnya dimulakan di kalangan setiap keluarga dahulu… kerana kita serba sedikit turut menyumbang kepada permasalahan ini.. selemah2 iman adalah menegur di dalam hati (mendoakan untuk kesejhteraan saudara2 muslim yang lain)

      Ana bukanlah seorang pendakwah atau ustaz..terlalu besar gelaran sebegitu untuk insan biasa dan kerdil seperti ana…tapi setiap dari kita adalah khalifah di bumi Allah ini.. sampaikanlah kebaikan ikut ilmu dan kemampuan yang ada bagi meraih redha Ilahi.

      Daripada Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW bersabda:
      بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
      “Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat..” (Riwayat al-Bukhari)

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  101. kalau tak solat sunat taubat boleh tak?walaupun sudah banyak buat kesalahan.tetapi kita yakin akan tidak buat kesalahan-kesalahan itu lagi.saya tidak hafal number 4-a,bolehkah saya tidak buat solat sunat taubat…tetapi saya akan berubah insyaAllah?adakah boleh?ianya sunatkan?tetapi adakah dosa kita akan hilang hanya berdoa?seperti selepas sembahyang kita membaca al-fatihah,ayat kursi,beristirkfar,dan memohon Allah ampunkan dosa kita,selain solat taubat?adakah dosa saya akan hilang?maklum balas admin amat diperlukan…

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah..syukur.. sekiranya Muhammad Alif telah meninggalkan sepenuhnya perbuatan tersebut… Adalah amat baik jika Sdr. sudah menjaga segala solat fardhu 5 waktu beserta zikir dan doanya, terutama doa taubat…InsyaAllah ianya akan diterima. Namun begitu lebih afdhal Sdr. melakukan Solat Sunat Taubat setelah timbul keinsafan… Jika tidak hafal no.4 tu… boleh ditinggal, ianya tidak diwajibkan.

      Allah SWT. berfirman: “Maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah (dengan kembali mentaati-Nya). Sesungguhnya Tuhan kekal mendengar dan memperkenankan segala permohonan dan bersedia menerima taubat hamba-Nya.” (Surah Hud, ayat 61)

      Antara kesan yang boleh dilihat bagi mengetahui penerimaan taubat adalah Sdr. akan terasa mudah beristiqomah dalam beramal dan bertaubat serta membenci kesalahan yang telah dilakukan sekurang2nya selama 40 atau 100 hari…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  102. Posted by noor on 14/10/2012 at 1:05 pm

    terima kasih byk2…ilmu yang sgt berguna smga dpt diamalkan sepnjng usia

    Reply

  103. Posted by Ainnur Khadijah bt Amir Shariffudin on 14/10/2012 at 7:32 pm

    Assalamualaikum,

    boleh ke kalau kita buat istighfar seperti biasa…dan,doa taubat tu klw x bca x bleh ker.,?


    Via MebApp.com

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh.. tapi janganlah tinggalkan berdoa.. bacalah doa dari luahan hati Ainnur sendiri..

      Reply

  104. Posted by nurulyasmine on 15/10/2012 at 7:35 pm

    salam saya prnah wat dosa yang besar saya ingin kan sesiapa nak cakap tapi saya x dpt nak gitau siapa pun pekara yang saya lalui ..
    baru2 ini saya cuba bnh diri kerana merasakan yang diri saya x layak berada di bumi allah ni….walau bagaimanapun saya cb lakukan solat taubat ,saya mendapt halangan yg begitu banyak saya perlukan nasihat tuan dan saya harp saya dpt beruba……..

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan dosa atau kesalahan. Andai Nurul telah insaf segeralah bertaubat yang sebenar-benarnya kerana kita tidak tahu bilakah ajal kita. Berdoa dan bersegeralah mohon taubat kepada Allah..kerana sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan pintu taubat itu terbuka luas selagi nyawa belum sampai ke kerongkong.

      Syaitan memang benci dan sering mengganggu dan menyesatkan orang2 yang ingin lakukan kebaikan dan kembali beriman. Perbuatan membunuh diri adalah satu dosa besar. Mengapa mahu melakukan dosa besar lagi.

      Nurul perlu kuatkan tekad untuk berubah.. perbanyakkanlah membaca Al Quran dan buku-buku yang berkaitan dengan Agama Islam. Hindiri diri sama ada perlakuan, pemikiran, cara hidup ke arah yang boleh menjerumuskan Nurul ke lembah dosa itu.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  105. Posted by Muhammad azrol on 15/10/2012 at 9:54 pm

    Salam ustaz…

    Sy ada ptayaan…sebetul2nya solat taubat ni bl blh d lakuknnya…pd siag hri, mlm hri, selps solat fardu ataupn pd waktu qiyamullail???

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh dilakukan pada bila2 masa terutama dalam situasi sunyi kecuali pada waktu dilarang solat..

      Reply

      • Posted by Muhammad azrol on 18/12/2012 at 10:24 pm

        Maksud waktu d larang solat waktunya bl ye ustaz???
        Maaf byk btanya ye ustaz….

  106. Assalammualaikum..saya ada dua sOaln nak tanya,jika ada ayat yang tertinggal dlm sOlat tersebut adakah iyanya di kira sah dan bOleh ka sOlat taubat ini di lakukan pada siang hari..mOhon agar saudara dpt membantu…

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sekiranya ayat yang tertinggal itu melibatkan rukun, terutama pada bacaan Al-Fatihah dan Tahiyat Akhir, maka ianya tidak sah dan perlu didirikan semula.

      Solat Taubat boleh dilakukan pada waktu siang atau malam asalkan tidak di waktu2 dilarang.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  107. salam..ustaz..sy ingin brtnye..jika trtinggal solat subuh..apa yg perlu dilakukan..sy sudah mlakukan solat taubat pd mlamnye iaitu dlam jam 2 pg…sy brniat untuk brpuasa esoknye..tp sy tidak mlakukannye pon..solat subuh pon sy terlajak..sy rase berslah sgt dan risau..apa yg perlu sy lakukan ustaz

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat Subuh yang tertinggal itu atau apa jua solat wajib yang ditinggalkan samada sengaja atau tidak, wajib diqadhakan segera sebaik terjaga atau eringat dan mohonlah keampunan daripada Allah Ta’ala.

      Jika ianya puasa wajib seperti puasa Ramadhan atau nazar …segeralah melakukannya qadha (ganti). Tetapi jika sekadar puasa sunat tak mengapa.. Allah SWT tetap beri pahala atas niat untuk melakukan ibadah tersebut, tapi jangan selalu amalkan niat saja tanpa melaksanakannya…perlu ada kekuatan dan jangan mempermainkan niat terhadap Allah Azza wa Jalla.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  108. Posted by ina on 16/10/2012 at 5:07 pm

    Td di ats ada menyatakan sholat taubat n sholat taubat nasuha berbeza n bacaan rakaat pertama setelah alfatihan alkafirun brp kali dlm satu rakaat n rakaat kedua bc srt al lkhlas jg brp kali??? Dan sholat taubat nasuha ni brp rakaat di kerjakn apa 2,4,6 mhn penjelasannya ustaz

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Taubat Nasuha adalah bagi menunjukkan kesungguhan seseorang, maka perlulah dibaca surah yang lebih baik darpada biasa. Jika hanya hafal 2 surah di atas gandakanlah dalam bilangan ganjil seperti 3,7,11 atau 21 kali.. contohnya bacalah al-Kafirun 3 kali dan al-Ikhlas 3 atau 7 kali.

      Solat Taubat cukup sekadar dilakukan 2 rakaat sahaja sekiranya ada solat fardhu yang belum habis diqadha lagi…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  109. Posted by cara betul taubat on 20/10/2012 at 7:50 pm

    Ada seorang ustaz ckp kalau nak ubati ‘hati kering’ baik buat solat taubat selalu & baca Quran. Saya rasa pelik sebab ingatkan dapat doa utk sembuhkan penyakit hati kering. Baru saya sedar selama ni saya banyak dosa, tidak endahkan larangan2 Allah SWT kerana sakit hati & belum benar2 bertaubat. Semoga solat taubat saya diterima Allah SWT. Amin.

    Reply

    • Juga setiap hari sebelum tidur, maafkan semua orang dan membaca surah2 dan zikir2 yang sering Rasulullah SAW amalkan…

      Reply

  110. Posted by izazee on 20/10/2012 at 8:35 pm

    alhamdulillah.. saya telah dpt menghafal ayat penghulu istifar..

    Reply

  111. Posted by syafiqah on 21/10/2012 at 8:58 pm

    Assalamualaikum…
    Sekiranya tidak m’hafal doa2 tersebut, adakah boleh kiranya m’baca nya sambil melihat kertas ? Mohon bantu..
    Astaghfirullahal azim.. Moga Allah menerima taubatku..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh…asalkan dijaga pergerakan solat… jangan sampai bergerak lebih 3 kali berturut2 yang boleh terbatalnya solat.

      Reply

  112. Posted by chenta on 22/10/2012 at 10:00 am

    As-Salam..
    Saya seorang perempuan yang telah melakukan banyak dosa2 besar. Saya berumur 30 & belum berkahwin . Saya pernah berzina dgn ramai lelaki & mengugurkan bayi (sekali). Untuk pengetahuan tuan, saya mempunyai pendidikan yg tinggi,mempunyai paras rupa & semangat yang tinggi untuk mengharungi hidup ini sbb sy pernah jatuh & bangun. Saya yakin masih tabah menghadapi hidup ini disebabkan penceraian ibubapa (saya semakin kuat utk teruskan hidup sendiri) tetapi saya kurang kasih sayang dimana,ia menyebabkan saya mencari kasih syg seorang lelaki sehingga sy terlanjur.

    Sekarang, saya cuba membetulkan hidup saya dengan memperbanyakkan solat, doa & cuba menjauhkan diri dr maksiat.tetapi saya kalah & terlanjur lagi.Apa yg perlu sy lakukan..bantulah saya

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah.. syabas ana ucapkan kerana Chenta masih mempunyai iman dan punyai ilmu tentang buruknya perbuatan tersebut, kerana itu timbulnya perasaan takut, kesal dan takut. Sekiranya perasaan itu makin menghilang, akibatnya semua tanda keimanan juga semakin meluntur dengan sangat teruknya.

      Sabda Rasulullah SAW :
      من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

      “Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati.” (Riwayat At-Tirmizi r.a.)

      Segalanya terletak ditangan Chenta..berusahalah jangan mudah tewas dengan hasutan syaitan. Allah itu Maha Pengampun..tiada dosa yang tidak Allah SWT ampunkan selain dari syirik kepadaNya. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat selagi pintu taubat masih terbuka dan ingatlah kematian akan datang kepada kita bila-bila masa saja. Chenta perlu lebih cekal dan ikhlas…

      Antara tip dan tindakan yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :-
      1) Bertaubat dengan sungguh-sungguh (Taubat Nasuha).
      2) Selain solat fardhu, perbanyakkanlah solat-solat sunat, berpuasa juga akan dapat mengekang diri dari melakukan maksiat… di samping memperbanyakkan membaca Al Quran.
      3) Tidak berjumpa teman lelaki atau ber’dating’ berdua-duaan dengannya. Jika jumpa sekalipun, perlu diajak mahram bersama atau hanya berjumpa di rumah dengan kehadiran ibu bapa. Jika tidak, Chenta pasti akan berzina satu hari nanti. Akibatnya, segala pintu iman akan semakin tertutup rapat buat Chenta, peluang menjadi celaka dan melahirkan zuriat yang malang dan menambah dosa.

      Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah b. Amr, daripada Nabi SAW ketika Baginda sedang berada di atas mimbar, Rasulullah SAW bersabda: “Berilah kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan nescaya kalian akan diberikan keampunan. Celakalah bagi orang yang mendengar pengajaran, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedangkan mereka mengetahui (larangan berbuat dosa).”

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  113. Posted by Azana on 24/10/2012 at 11:59 am

    Assalamualaikum,

    mohon izin copy info untuk rujukan dan berkongsi dengan kawan-kawan

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Semoga dimanfaatkan dan beristiqomah dalam mengamalkan ilmunya.. Jangan lupa berikan juga kredit pada Blog Shafiqolbu…

      Reply

  114. Posted by nfa on 28/10/2012 at 5:22 pm

    salam. saya ada buat copy entry ni . saya nak tahu macam mana kita nak tahu samada taubat yang kita buat diterima atakpun tak ? saya pernah buat tapi saya rasa hati saya kosng.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya,…tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

      1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

      2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih dari mendekati mereka-mereka yang fasik.

      3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

      4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

      5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

      6. Bila ia melihat pada dirinya yg sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  115. Salam , klau macam orang tu rasa dia dah murtad boleh ke dia mengucap senyap2 ?

    Reply

  116. tapi dia tak pasti yang dia murtad ataupun tidak .

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Na’uzubillah.. Segeralah bertaubat dan ucaplah semula kalimah syahadah.. Semua itu adalah permainan syaitan untuk menggugat keimanan dan aqidah umat Islam…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  117. Posted by farah on 29/10/2012 at 2:01 pm

    Assalamualaikum ustaz
    Sekadar utk bertny baru2 ini sy bermimpi psl hr kiamat tanah bumi merekah,kuar lava yg panas 2,byk org msk dlm rekahan bumi 2,semua lari,lepas 2 sy lari xtentu hala,sy melihat di atas langit tertulis hari utk kita suma dihitung amal ibadat kita suma.sy bergegas berlari utk amik air sembahyang tp xsempat sbb msa 2 nyawa sya di ambil lalu sy jatuh,msa 2 sya hny smpt terfikir byk nya dosa yg pernah sy lakukan pakaian ketat tak menutup aurat & mcm2 lg..msa nyawa sya diambil 2 sy ase pelan2 je dr bwh tapak kaki smpi la ke kepala.sy hnya sempat sembut ya allah je.adakah ini petunjuk allah pd sya spy sy bertaubat?sy sblm nih dh melakukan solat sunat taubat ini adakah sy perlu melakukan nya sekali lg & maknanya solat sya sblm ini tidak diterima ke ustaz?harap tunjuk ajar dr ustaz..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Farah lakukanlah Solat Taubat secara istiqomah dan kekalkan perubahan menurut syariat sekurang2nya selama 41 hari. InsyaAllah taubat Farah diterima..

      Mimpi Melihat Dan Masuk Neraka

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by farah on 07/11/2012 at 1:14 pm

        alhamdulillah..terima kasih ustaz.sya nak bertanya semasa kita sujud akhir & membaca tasbih 40 kali 2 perlu ke kita sebut “subhana rabbiyal a’la wabihamdih” sebanyak 3 kali 2?lepas 2 bru di ikuti dgn tasbih 40 kali 2..mintak maaf sya kurang ilmu dlm agama.mintak tunjuk ajar..

  118. Posted by Nor'Azian on 01/11/2012 at 3:56 pm

    Assalamualaikum..
    Saya mohon share utk panduan ya.Terima kasih atas penerangan yg jelas.

    Reply

  119. Posted by mei on 01/11/2012 at 8:20 pm

    Banyaknya dosa yang kulakukan tanpa sedar…bagaimana mendapat ketenangan dan khusyuk dalam solat?

    Reply

  120. Posted by liza on 04/11/2012 at 9:20 pm

    As salam.. mohon share panduan ini ya..terima kasih

    Reply

  121. Posted by Fila on 05/11/2012 at 1:28 pm

    Salam..saya tak berapa nk faham..semasa tengah sujud rakaat terakhir tu ke kena baca tasbih 40x?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Begitulah caranya..

      Rasulullah SAW bersabda: “Jarak yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika ia sedang sujud, maka perbanyaklah doa (juga Tasbih dan Tahmid) di waktu itu.” (H.R. Muslim)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  122. Posted by hamba allah... on 05/11/2012 at 4:19 pm

    alhamdulillah….subahallah.

    Reply

  123. Posted by siti hajar on 06/11/2012 at 7:40 pm

    saya nk tanye doa nabi yunus wajib ke baca semasa solat taubat???

    Reply

  124. Posted by kio on 07/11/2012 at 5:45 am

    assalamualaikum,,,semase bace tasbih di sujud teakhir tu..lafaz seperti biase atau lafaz dlm hati je…???kalau solat hajat pulak bagaimana..??

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Lafazkan juga di dalam hati…Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui isi hati setiap hambaNya..

      والله أعلم
      Wallahu A’lam

      Reply

  125. Posted by gadis bertaubat on 11/11/2012 at 4:36 am

    salam..sy seorang remaja yg masih bersekolah..selama ini dosa sy tidak terhitung banyaknya..dulu sy gemar berzina, boleh di kata kan itu menjadi hobi sy. yang haram sy halal kan, hukum Allah sy buat tak tahu saja..tapi alhamdulillah Allah buka pintu hati saya..bila terbayang wajah umi abah dan kakak, masa tu juga air mata saya jatuh dgn banyak nya..sy betul2 insaf..saya takut akan masa depan saya..dan sy juga selalu berdoa supaya ada lelaki yang masih mahukan perempuan mcm saya untuk menikahi saya suatu hari nanti..

    Reply

  126. Posted by zailinda mohd sopi on 12/11/2012 at 4:35 pm

    Mohon pandangan ustaz, saya mempunyai dua orang sahabat (lelaki dan perempuan).
    Saya pernah dikhabarkan oleh sahabat saya yang perempuan bahawa mereka telah melakukan dosa besar dengan sahabat yg lelaki ini. Setelah mereke melakukan perbuatan terkutuk sahabat lelaki ni menasihati supaya membuat solat taubat. Mereka sering mengulangi perbuatan yang sama dan selepas itu solat taubat. Saya menasihati sahabat saya (perempuan) agar menjauhkan diri darinya. Apakah ertinya solat taubat itu?

    Reply

  127. Posted by syafiah on 12/11/2012 at 11:33 pm

    selain surah kafirun ? bole surah ap ?

    Reply

  128. assalammualaikum..klo kta dh taubat tp wat lg ksalahn tu pastu kita taubt blik n brulg kali..adakh allah trima @sbaliknya…

    Reply

  129. Posted by fairus on 14/11/2012 at 1:46 pm

    salam

    boleh ke saya membaca doa taubat dalam bahsa melayu sahaja tanpa membaca dalam bahasa arab?

    Reply

  130. Posted by Cinta on 14/11/2012 at 4:27 pm

    Saya telah melakukan dosa besar, iaitu melakukan zina semasa lelaki. Saya takut dilaknat oleh Allah SWT. Boleh saya ingin tahu lebih mendalam tentang taubat. Saya takut sekali.

    Reply

  131. Posted by zahra on 14/11/2012 at 6:41 pm

    mohon print utk panduan diri 🙂 terima kasih

    Reply

  132. Posted by isnaini on 15/11/2012 at 11:16 pm

    salam….boleh tak baca doa dan istighfar taubat tu dengan cara membaca buku atau salinan kertas..(alasan tidak hafal)

    Reply

  133. Posted by isnaini on 15/11/2012 at 11:25 pm

    ustaz, jika seseorang itu seringkali bertaubat….tapi seringkali juga tergelincir melakukan dosa dan maksiat…adakah Allah masih mahu menerima taubatnya itu ataupun solat taubatnya itu hanya menjadi sia2 belaka ataupun Allah sudah tidak mempedulikan hamba nya itu? bagaimana cara supaya seseorang itu boleh bertaubat dan tidak akan tergelincir melakukan maksiat lg?

    Reply

  134. Posted by zul on 21/11/2012 at 12:42 pm

    Assalammualaikum ustaz, saya nak tanya.. Bila sujud rakaat kedua tu kita membaca tasbih 40 kali ya? Lepas tu kita dduk tahhiyat akhir dan memberi salam? Begitu kh ustaz? Terima kasih ustaz

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Ya, tepat sekali..begitulah caranya..

      Reply

  135. Posted by Cahaya on 21/11/2012 at 2:01 pm

    Assalammualaikum, perlukan kita bertasbih sebanyak 40 kali semasa sujud terkahir? atau ia hanya sunat?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Disunatkan saja…

      Reply

  136. Posted by nuruljannah on 22/11/2012 at 7:51 am

    قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

    Firman ALLAH SWT : Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.

    Boleh je saya baca doa taubat yang ini??

    Reply

  137. Posted by azira on 23/11/2012 at 8:58 pm

    assalammalaikum. . saye ade beberape soalan nak tnye, .
    1. ape beza solat taubat dgn solat taubat nasuha
    2. sah tak solat kalau kita tak bace istighfar tauhid dgn doa penghulu istighfar.
    3.kalau kita tukarkan doa taubat dengan doa bacaan kite sendiri boleh tak? sah tak solat taubat kite ?
    harap boleh brikan pndapat serta tunjuk ajar . .

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Taubat Nasuha, solatnya lebih besar maknanya kerana perlu dilakukan secara bersungguh2 dengan penyesalan yang teramat sangat beserta doanya yang lebih khusus dan panjang bagi permohonan pengampunan kepada Allah SWT.

      2. Solat sah kerana istighfar tidak termasuk dalam rukun solat.

      3. Diharuskan guna doa sendiri dan adalah baik jika diselitkan dengan pujian kepada Allah SWT dan selawat.

      Reply

  138. Posted by zura on 24/11/2012 at 7:51 pm

    assalamualaikum..
    terima kasih atas bahan rujukan ini. semoga Allah memberi sebanyak-ganjaran di dunia dan akhirat.

    Reply

    • Posted by Mohd kamarul ariffin bin ismail.. on 28/11/2012 at 11:27 am

      Assalamualaikum…kalau pakai doa sendiri lepas abes solat pun boleh kan?saya rasa diri berdosa sgt..kdg2 dtg lintasan hati yang memperlekehkan rasulullah…berdosa ker saya mcm tu?ada org ckp itu bisikan syaitan..mohon penerangan..tq..assalamualaikum

      Reply

  139. Posted by shahirah on 27/11/2012 at 3:07 pm

    ,,, alhamdulillah ,,, terima kasih bnyak2x ,,, info ini sangat berguna

    Reply

  140. Posted by aisyahe on 30/11/2012 at 5:38 am

    Assalamualaikum, boleh kh membaca doa taubat dlm bahasa melayuu. ?

    Reply

  141. Posted by Farah on 04/12/2012 at 9:22 pm

    Assalamualaikum ..Dlm solat taubat nie, nk meminta maaf kpd org yg kite da wt salah tu kan, nk minta maaf sbelom solat ke atau selepas solat? Lagi satu, klu org tu dri jauh, pastu kita tiada cara nk berhubung dgn die sbb nk mnta maaf, cmne eh?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Minta maaflah kepadanya selepas lakukan solat Taubat dan cubalah hubungi dia melalui telefon, internet, surat atau akhbar… jika niatnya ikhlas, InsyaAllah akan dipermudahkan..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  142. Posted by shasha on 05/12/2012 at 11:10 am

    terima kasih atas panduan yg diberikan 🙂

    Reply

  143. Posted by ina on 06/12/2012 at 12:29 am

    assalamualaikum..sy nk tny..klau kte amalkn solat sunat taubat tue,,slps waktu frdhu zhor, mghrb n isyak n kte doa supya diampunkan dosa2 kte tp mcm dosa yg kte rsa mcm dosa bsar kte da buat kte da nekad xnk buat..tp klau ade lg dosa2 kcik yg kte buat mcm mne?? adakah sah taubat kte tue..?? n utk dosa bsar yg kte lakukan tue,,wlaupn da taubat kte stay rasa mlu dgn ape yg kte da buat..rsa mcm hina da dri nie..mcm mne kte nk overcome rsa tue?? rsa mcm dosa yg kte buat tue da rosak n aniyai dri kte sdri..:(

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah, semoga Allah menerima Taubat Ina… Sebenarnya selain daripada solat sunat… sebahagian besar dosa2 kecil, Insya-Allah boleh terhapus melalui amal kebajikan dan amalan zikir yang kita lakukan dari masa ke semasa.

      Sesungguhnya Allah SWT banyak memperlihatkan kecintaan terhadap hamba-hambaNya yang bertaubat dan menyucikan diri; Firman-Nya: “Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah, ayat 160). Dan firman-Nya lagi: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  144. Posted by Slave of Allah s.w.t on 06/12/2012 at 9:19 pm

    Assalamualaikum . Sye hndk brtnyer klu la seorg nie tdk pernah solat dri kecik hngga hmpir ke dewasa..pastu die nk taubat.die kene gnti ke sokat smue tu? Hrp bls secepat mungkih :’)

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Mulai sekarang janganlah ditinggalkan solat wajib lima waktu dan dalam pada itu gantikanlah secara beransur-ansur tapi konsisten dan perlu dicatat dalam buku khas/dairi supaya lebih yakin semua solat telah diqadha sejak usia baligh..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  145. Posted by Allah s.w.t the greatest! on 07/12/2012 at 3:47 am

    Assalamualaikum. Sye disini hndk bertanyer. Sye tdk igt kpde spe tlh sye buat kesalahan kpd seseorg. Mcmne hndk sye meminte maaf kpd die?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Belajarlah merendah diri dengan melakukan taubat dan minta maaf kepada mereka/komuniti yang terlibat bagi memenuhi syarat taubat sesasama manusia itu sendiri.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  146. salam…jika istighfar yg semua tu saya baca rujuk pada kertas yg ditulis…boleh x

    Reply

  147. Assalammuailaikum, Saya ingin bertanya, Kalau kita berjanji kepada Allah lepas itu kita memungkirinya, dan kita menyesal, adakah Allah akan terima solat taubat kita? wahai sahabat.?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Pintu taubat dan Rahmat Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya yang mencari jalan kebenaran, walaupun dosa mereka sebanyak buih di lautan.

      Allah SWT. berfirman: “Maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah (dengan kembali mentaati-Nya). Sesungguhnya Tuhan kekal mendengar dan memperkenankan segala permohonan dan bersedia menerima taubat hamba-Nya.” (Surah Hud, ayat 61)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  148. Posted by aisyah on 11/12/2012 at 11:23 am

    assalamulaikm…ustaz bacaan tasbih yang 40 akn dibacakn selepas 3x tasbih biasa k?? tlg ustaz terangkan, dn sy mnta pndangan ustaz blh k klau sy mngambil sdikit masa untuk sy belajar dn menhafal kesemua tasbih dn istigfar y trkandung dlm solat sunat taubat ini kerana sy blum arif dlm kesemua tasbih dn istigfar…insyaallah sy mahu melakukn solat sunat taubat yang sesungguhnya…mohon pandangan dn teguran dri ustaz syukran jazakallahu khairan.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Usahlah ditangguh dalam bab taubat ini, buatlah setakat yang mana dapat terlebih dahulu. Bacaan tasbih dan istighfar tu hanyalah sunat sahaja, jika tidak dibaca pun, solat Taubat Aisyah tetap sah.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  149. Minta share boleh tak? Terima kasih (:

    Reply

  150. Posted by afik al kimie on 13/12/2012 at 5:16 am

    salam
    satu soalan saya tentang solat fardhu……bila rakaat pertama sesudah membaca al fatihah….boleh ke kita membaca ayat kursi…….masuk rakaat kedua sesudah membaca al fatihah…kita membaca surah al ikhlas

    terima kasih…

    Reply

  151. Posted by eqmal on 14/12/2012 at 6:18 pm

    tuan kalau sujud yang ter akhir kalau kita bace kat kertas boleh keee yg kena bacr sebanyak 40 kalai itu

    Reply

  152. Salam
    nak tanya tasbih biasa yg dkt no.3 tu macam mana ?sblm tasbih 40x

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tasbih yang biasa dibaca 3x ketika sujud dalam solat, iaitu:

      سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَىَ وَبِحَمْدِهِ
      “Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi, dan dengan kepujian-Nya”

      Reply

  153. Assalamualaikum…kalau orang yg sering melakukan onani, kemudian dia rasa bersalah sgt…lantas dia mengambil wudhu’ kemudian dia bertaubat…sejak dari itu, dia tidak lagi beronani..adakah diterima solatnya???( dia ni rajin beronani, sbb x tertahan la katakan)

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat tidak sah walaupun telah berwudhuk, jika tidak mandi wajib terlebih dahulu…

      Firman Allah SWT.: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka segera bertaubat, maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  154. Posted by Allah s.w.t the greatest! on 16/12/2012 at 6:53 pm

    Assalamualaikum, saye hendak bertnyer. Sye nk melakukan solat taubat tpi tidak tahu pada pukul brape dan bile hndk lakukannyer. Ustaz boleh cadangkan tak bile saye harus melakukannyer?

    Reply

  155. Posted by eqmal on 17/12/2012 at 1:57 am

    terima kasih

    Reply

  156. Posted by eqmal on 17/12/2012 at 3:00 am

    Assalamualaikum ustaz saya nak tanye sikit kalau kita tidak tahu aper kesalahan kita semasa kita mendiri kan solat taubat ie sah atau tidak? Ustaz tolong ajar yaa

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Manusia tidak pernah sunyi melakukan kesalahan, samada disedari atau sebaliknya…oleh kerana itu kita dituntut sentiasa melakukan taubat..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  157. Posted by AfiqZulfadhli(HAMBA ALLAH) on 18/12/2012 at 2:48 pm

    Asslamualaikum.
    saya ingin bertanya satu soalan apabila saya membaca doa taubat tetapi tegagap sikit.sahkah doa saya itu??? (NO.5 BACA DOA TAUBAT)

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jika doa dibaca dalam B.Melayu pun (selepas salam), sah solat tersebut..

      Reply

  158. Posted by fairul aziz on 18/12/2012 at 11:22 pm

    assalamualaikum ustaz saya ingin tahu tasbih yg biasa saya baca waktu sholat biasa. Terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tasbih berikut dibaca 3x ketika sujud dalam solat biasa:

      سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَىَ وَبِحَمْدِهِ
      “Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi, dan dengan kepujian-Nya.”

      Reply

      • Posted by fairul aziz on 23/12/2012 at 10:37 am

        Terima kasih ustaz semoga allah berkati hidup org org mukmin. Amin

  159. Posted by hamba allah on 19/12/2012 at 9:34 pm

    salam saya nak mintak izin nak copy untuk saya belajar dan jadi panduan pada saya..terima kasih ya

    Reply

  160. salam ,
    ust ,klu ada org panggil slps bagi salam ,kt blh jawab ke x?

    Reply

  161. makasih ust ,.,. untuk cara sholat taubatnyaa,., mudah mudahan aku gk ngulangin kesalahan ku selama ini ,. aamiin

    Reply

  162. Posted by Nadia on 24/12/2012 at 4:33 pm

    Assalamualaikum, ustaz kalau tak bace istighfar tauhid tu boleh?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh… tapi sekiranya tidak baca 3 istighfar di atas, janganlah ditinggalkan terus.. sekurang2nya bacalah:
      اَسْتَغْفِرُالله َ الْعَظِيْمَ

      Reply

  163. Posted by emma on 26/12/2012 at 4:15 am

    salam, saya mintak izin copy ye. terima kasih 🙂

    Reply

  164. Posted by aliChill on 26/12/2012 at 9:17 pm

    Assalamualaikum semua…saya memerlukan bantuan daripada sahabat sekelian,bantulah saya kembali ke jalan Allah…sesungguhnya saya telah jauh tersesat dari jalan Allah…semoga ada sahabat yang sudi membantu saya…Saya tinggal di kawasan kota bharu kelantan

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Perhatian kepada sahabat2 di sekitar Kota Bharu..luangkanlah sedikit masa antum untuk membantu saudara kesayangan kita AliChill kembali kepada fitrahNya…semoga Allah SWT merahmati kita semua…

      جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

      Reply

  165. Posted by Norhayati Ibrahim on 26/12/2012 at 11:01 pm

    Good

    Reply

  166. Posted by Nadi on 29/12/2012 at 6:57 pm

    blehkah solat
    ini dilakukan di siang hari dan waktu mne yg tdk sesuai melakukannya

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jika timbul perasaan menyesal teramat sangat setelah melakukan sesuatu dosa, maka hendaklah terus bertaubat dan melakukan solat ini ketika itu juga tanpa mengira waktunya kerana solat yang bersebab tidak tertakluk pada waktu larangan. Kecualilah solat Taubat seterusnya…lebih afdal dilakukan selepas tengah malam..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by belajar ilmu on 09/01/2013 at 11:04 am

        Assalammu’alaikum…..sy ingin bertanya, apakah sembahyang sunat taubat ini boleh dilaku kan pada siang hari…dan berapa kali kah kita boleh melakukan nya dalam masa satu hari.
        Terima kasih.

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

        Boleh dilakukan di waktu siang.. dan boleh lebih dari sekali dalam sehari dengan syarat kesemua solat fardhu yang tertinggal telah diqadha..

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  167. salam,
    kpd utz n rkn2, sy hrp anda sudi berdoa kpd allah s.w.t. agar allah s.w.t.ampunkan sgl ds2 sy .

    Reply

  168. Posted by ayu on 31/12/2012 at 10:45 pm

    trima kasih atas panduan solatnya 🙂

    Reply

  169. Posted by huda on 04/01/2013 at 9:41 pm

    bolehkah kita baca setiap doa doa itu sekali shj??

    Reply

  170. Posted by mencari keradhaanNYA on 05/01/2013 at 12:04 am

    salam.trima kasih…semoga Allah memberi kita hidayah..

    Reply

  171. Posted by Atin on 05/01/2013 at 3:41 am

    Assalamualaikum….
    Saya ada kesukaran utk mengingat doa Taubat….bagaimana cara nye yer….bantu lah saya….terima kasih 😦

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Baca berpandukan buku atau gunakan doa dari lubuk hati sendiri….

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  172. Posted by yanie on 11/01/2013 at 4:45 pm

    salam ust,boleh ke klau saya mlakukan solat sunat taubat selepas solat maghrib ?

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Waktu tersebut memang disunat melakukan solat Taubat, khususnya solat Awwabin..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  173. Posted by ismail on 12/01/2013 at 7:36 pm

    terasa suntuk sangat masa yg aku ada utk mengagung keluasan nikmak ALLAH. Hanya kepada MU tempatku bermohon dan meminta. LINDUNGGILAH AKU PELIHARALAH AKU KABULKANLAH SEGALA HAJATKU YA ALLAH.

    Reply

  174. Posted by iman on 13/01/2013 at 2:41 am

    salam..kalau saya just niat solat taubat saja..tp xde bace doa,dan zikir tuh semua bole x?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh..tapi sekurang2nya beristighfar dan berdoalah secara ringkas..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  175. Posted by myza on 19/01/2013 at 10:58 am

    Tq coz u dh bntu I utk lngkapkn solat taubat i..

    Reply

  176. Posted by Maria on 22/01/2013 at 10:57 am

    Terima Kasih kerana berkongsi panduan solat taubat ni. May Allah rewards you.

    Reply

  177. Posted by nino on 23/01/2013 at 4:10 am

    alhamdulillah… tq tuk do’a n cara2 solat taubat…

    Reply

  178. terima kasih diatas tunjuk ajar ini. syukran jazilan. semoga taubatku diterimanya

    Reply

  179. Posted by deeane on 30/01/2013 at 8:07 pm

    alhamdulillah…terimakasih saudara utk perkongsian ini. semoga redha Allah milik saudara blogger ini jua. amiin.

    Reply

    • Amiiin… Jazaakillaahu Khairan Katsiran.

      ‘Yang baik dan baik tu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk dari diri ana jua…’

      Reply

  180. Posted by yana on 07/02/2013 at 2:42 am

    assalmmualaikum ustazz, jikalau hati saya trkate ‘saya mahu kluar islam’ adakah saya dikira murtad??tapi saya x berniat pon begitu..kate hati saye xdpt dikawal oleh saye ustaz..tolongla saye ustaz..adakah ini kerja syaitan??

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jika kata sebegitu yang terlintas di dalam hati, sudah dikira berniat…Namun Yana masih tetap seorang Islam… segeralah bertaubat. Berhati-hatilah selalu dan jangan sesekali mengulanginya walaupun secara tidak sengaja di masa depan serta usah terpedaya dengan bisikan syaitan.

      Firman Allah Ta’ala mengenai golongan yang murtad secara dipaksa ataupun tidak sengaja:


      مَن كَفَرَ بِاللّهِ مِن بَعْدِ إيمَانِهِ إِلاَّ مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالإِيمَانِ وَلَـكِن مَّن شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِّنَ اللّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

      “Sesungguhnya orang-orang yang mengikrarkan kekufuran setelah mereka beriman, akan mendapatkan murka Allah. Kecuali orang yang diperintah secara paksa untuk mengucapkan ikrar itu sementara hati mereka penuh dengan keimanan. Orang seperti itu akan selamat dari murka Allah. Akan tetapi orang-orang yang merasa lega hatinya dengan kekufuran itu, dan ikrar lisannya sesuai dengan apa yang ada dalam hati, maka mereka itu akan mendapat murka besar dari Allah. Dan di akhirat kelak, Dia akan menurunkan pada mereka siksa yang besar.” (Surah an-Nahl, Ayat 106).

      Mudah-mudahan iman kita sentiasa dipeliharai Allah Ta’ala hendaknya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  181. Posted by hamba allah on 13/02/2013 at 3:35 pm

    Assalamualaikum.. Sy nk tnye,bagaimana kalau xdpt mnghafal nye?adakah masih bole membaca smsa melakukn solat tersebut?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Allah itu Maha Pengasih… buatlah sekadar apa yang termampu, dalam pada itu belajarlah melalui guru-guru agama yang diperakui.

      Reply

  182. Posted by din on 15/02/2013 at 6:24 pm

    mohon utk di copy dn dijadikan panduan..terima kasih

    Reply

  183. Mohon share… untuk rujukan diri sendiri dan kawan-kawan. terima kasih

    Reply

  184. Posted by faith on 22/02/2013 at 12:53 am

    Alhamdulillah…. syukran.. moga kita semua dalam rahmat Allah selalu… inshaaAllah… =)

    Reply

  185. Posted by hambaNya on 22/02/2013 at 11:22 pm

    Alhamdulillah, terima kasih ustaz atas perkongsian ilmu diberi. Mudah-mudahan dirahmati Allah swt atas segala usaha. Saya mohon share ilmu ini ye. Terima kasih

    Reply

  186. semoga allah di samping kita

    Reply

  187. Posted by Sham Rawani on 26/02/2013 at 11:35 pm

    Terima kasih sebab memberi tunjuk ajar dengan cara yang betul , 🙂

    Reply

  188. Posted by saibah on 28/02/2013 at 9:55 pm

    assalamualaikum,sy nk tnye ketika rakaat kedua tu,surah al-ikhlas dibacakan stu 1x@3x ustaz?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Dibaca sekali sahaja… tapi jika nak baca lebih, itu adalah lebih baik…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  189. Posted by aamiryusuf on 05/03/2013 at 1:24 am

    Assalamualaikum, saya mahu bertanya. Sepatutnya kita perlu bertaubat dulu atau berbuat baik dahulu dengan orang lain dahulu? Maksud saya, ubah dalaman. Harap soalan saya tidak mengelirukan. Harap dapat membantu

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bila sudah ada kesedaran bertaubatlah dahulu… dan kedua2nya perlulah seiringan dan beristiqamah dalam melakukannya..

      Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah b. Amr, daripada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda sedang berada di atas mimbar, Rasulullah SAW bersabda: “Berilah kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan nescaya kalian akan diberikan keampunan. Celakalah bagi orang yang mendengar pengajaran, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedangkan mereka mengetahui (larangan berbuat dosa).”

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  190. Posted by Mann ML on 05/03/2013 at 8:43 am

    Assalamualaikum…agar pengkonsian saudara di rahmati Allah S.W.T.

    Amin.

    Reply

  191. Posted by hanitah muhsin on 07/03/2013 at 8:47 am

    Assalamualaikum semua, semoga kita semua sentiasa dibawah lindunganNya. Amin…..

    Reply

  192. Posted by fida mansur on 07/03/2013 at 8:49 am

    Assalam…..

    Sentiasalah kita berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

    Reply

  193. Posted by huda on 07/03/2013 at 10:50 pm

    Saya hendak bertanya,doa yg terakhir boleh baca yg melayu.terima kasih

    Reply

  194. Posted by hanitah muhsin on 08/03/2013 at 9:15 am

    assalamualaikum semua, semoga semua berada di dalam keberkatan.

    Reply

  195. Posted by majidtua on 08/03/2013 at 9:16 am

    Assalamualaikum….

    Ucapkan alhamdulillah syukur kita kepada Allah.

    Reply

  196. Posted by amirah on 20/03/2013 at 3:59 am

    tme kasih atas info yang sangat berguna

    Reply

  197. Posted by nur on 21/03/2013 at 1:53 am

    Assalamualaikum..
    saudara, jika tidak dapat menghafal doa dan penghulu istigfar tetapi membacanya berpandukan nota atau screen netbook boleh tak.. memandangkn doa dan penghulu istigfar bukan di dalam solat lagi kan.. adakah masih sah solat taubat/hajat.
    mohon penjelasan. terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh…gunakanlah netbook tersebut mendownlod video/mp3 doa dan Sayyidul Istighfar dari youtube…

      Reply

  198. Posted by topik on 22/03/2013 at 3:48 am

    assalamualaikum… saya mo nanya,, klo setelah salam saya blm hapal istigfar yg B,C dan bacaan surat taubat’y gmn,, hukum’y,, mohon pencarahan’y,, krn sya msh belajar,, mkasih,,

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Akhi Topik boleh baca terjemahan doanya saja. Istighfar B/C boleh diganti dengan sebarang istighfar yang lain…setidak2nya bacalah:

      اَسْتَغْفِرُالله
      As-tagh-fi-ruL-Lah
      “Daku memohon ampun kepada Allah!”

      Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Istighfar itu dapat memakan dosa-dosa sebagaimana api memakan kayu bakar yang kering.” (Kitab Lubabul Hadits)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  199. Posted by Yunus on 31/03/2013 at 11:58 pm

    Asalamualaikum.. Terlebih dahulu saya ingin memberitahu yang diri saya ini jahil bodoh tidak tahu apa tentang agama ISLAM,dan bebaru ini selapas umur saya mencapai 33 saya ingin kejalan ALLAH dan mejalankan segala perintahnya,saya dah mulakan solat dengan membaca apa yang saya tahu,cuma saya masih lagi tidak senang mungkin kerana saya belum membuat solat TAUBAT,dan masalah saya sekarang saya tak tahu membaca atau menghafal ayat-ayat untuk membuat solat TAUBAT. Boleh tolong saya yang jahil ini.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sabda Nabi s.a.w. lagi, “Bahawasanya ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya.”
      (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi).

      Belajarlah dengan guru2 yang diperakui di tempat Akhi Yunus dan lakukanlah Solat Taubat seperti solat Subuh 2 rakaat, bezanya hanya pada niatnya sahaja. Solat Taubat ini cukuplah sekali sahaja selepas benar2 insaf dan utamakanlah mengqadha dahulu solat2 yang ditinggalkan selama ini.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  200. Posted by faris_jaybee89 on 04/04/2013 at 12:18 am

    Pertolongan..jika tak dapat baca doa2 dalam bahasa jawi,boleh ker saya buat solat taubat?

    Reply

  201. Posted by ruggers on 06/04/2013 at 12:31 am

    salam ustaz,saya nak tanye.. mintak maaf soalan saya lain sikit.saya nak tanya hukum seseorang ayah tu main nombo ekor dan hasil duit tu diberi kepada anak dan keluarga,saya dengar haram dan semua amalan tidak diterima.Tapi bagaimana pula nasib anak dan ahli keluarga yang lain,adakah amalan mereka jugak tidak diterima?sedangkan si ayah nye yang memberi hasil duit itu kepada anak anak mereka..macam mana sekarang ustaz,saya sebagai anaknya adakah semua amalan2 saya tidak diterima jugak ?mohon penjelasan ustaz,saya jahil dan nak berubah tapi biler terfikir perkara ni,saya lemah.. mohon pertolongan ustaz,saya buntu 😦

    salam

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Amalan ahli keluarga yang lain InsyaAllah akan diterima dan tiada tersangkut dengan dosa si ayah. Berusahalah sedaya mungkin tidak menggunakan hasil judi tersebut untuk membeli bahan makanan yang boleh memberi kesan kepada hati… sentiasalah lakukan tahajjud dan qiamullail bagi melembutkan hati si ayah untuk kembali kepada fitrah….

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  202. Posted by azmi on 07/04/2013 at 10:05 am

    as-salam saya mohon copy untuk dipelajari

    Reply

  203. Posted by wan on 09/04/2013 at 9:15 am

    assalamuaikum ustaz…disini sy mohon izin ustaz,sy nak copy cara2 solat taubat dan ingin edar kan ke masjid lpas solat jumaat,mohon ustaz benarkan..hati sy tergerak untuk mengajak orang lain bertaubat dengan cara mengedarkan risalah,dan untuk pengetahuan uztaz..sy insan y ingin kembali ke jalan ALLAH..dan telah bnyak dosa besar y telah sy lakukan dan hati sy tergerak untuk mengajak dan menambah kan pahala selepas mati sy melalui usaha y macam nie,dan mohon ustaz izin kan..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah..semoga usaha Akhi Wan diberkati dan berpanjang pahalanya…
      Doa tersebut boleh dibaca dalam BM…

      Jazakallahu Khairan Kathiran…

      Reply

  204. Posted by Azrin Suroto on 10/04/2013 at 6:43 pm

    Assalamualaikum uncle..terima kasih berkongsi info..teruskan usaha baik ini.. 🙂

    Reply

  205. Assalamualaikum…
    sy telah melakukan zina hampir 10 kali…
    dan kini saya amat menyesalinya…
    adakah saya harus menerima hukum seperti (hukum hudud)
    atau bolehkah saya melakukan solat taubat sahaja…
    tolong balas pertanyaan saya.. dosa zina sangat menghantui saya…
    saya sering tidak berasa tenteram..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah kita dijadikan tergolong dalam umat Nabi Muhammad SAW, tidak seperti umat nabi terdahulu yang dihukum secara ‘cash’… dan Syukur juga kita selaku umatnya masih diberikan kesempatan bertaubat. Walaupun negara kita tak mengamalkan hukum hudud..hikmahnya kita punya waktu panjang melakukan pelbagai ibadah bagi memperbaiki kesalahan lalu… Akhi Hazrul sertailah sekolah2 pondok, kelas2 tahfiz, majlis2 ilmu dan majlis selawat yang semakin subur di negara kita sekarang… InsyaAllah kehidupan Akhi akan lebih tenang…..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  206. Posted by along on 12/04/2013 at 11:31 am

    Assalammualaikum…slh 1 doa yg tak dimakbulkan Allah adalah doa ank yg derhaka,jd klo seorg perempuan itu telah terlanjur melakukan zina dan derhaka pd ibu dan ibunya tidak dpt maafkan dirinya ats sbb2 tertentu,adakah msih diterima taubatnya?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Taubat wanita tersebut masih belum sempurna…berusahalah sehabis mungkin dan jika perlu dapatkan bantuan insan yang disegani/dihormati si ibu sehingga mendapat keampunannya.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  207. Posted by Suhaila on 21/04/2013 at 4:17 pm

    Syukran..alhmdulillah..

    Reply

  208. Posted by Mulya Riqza on 30/04/2013 at 1:35 am

    assalamua’laikum wr. wb
    saya baru tau bacaan sholat sunnat taubat ini. dan saya mau sholat taubat sekarang karena ga mau di tunda tunda, pertanyaannya, apakah bisa saya solat sambil membaca doa sambil melihat postingan ini ?? tolong di jawab cepat.. syukron,,

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Diharuskan..tapi mesti dijaga perlakuan, jangan sampai berlaku 3 kali pergerakan berturut2 yang boleh terbatal solat akhi..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  209. Posted by Afifah on 03/05/2013 at 2:17 pm

    Assalamualaikum
    Nk tnye..klau kte bce doa smbl mmgng bku d’tgn atau ltk bku d’dpn. blh ke!?

    Reply

  210. Posted by Agus on 03/05/2013 at 2:58 pm

    Assalamu alaikum.. karena materi nya bagus…mohon ijin utk di print dan di copy ya… Terima kasih. Wassalam.

    Reply

  211. Posted by Qif on 07/05/2013 at 11:38 pm

    Adakah kebahagiaan itu hanya sehari sahaja seperti yg dikatakan di atas

    Reply

  212. Alhamdulillah…sangat2 berguna…terima kasih…:-)

    Reply

  213. Posted by Afifah on 08/05/2013 at 9:59 pm

    Assalamualaikum
    sye nk brtnye bleh ke kte bace doa smbl mmgang bku d’tangan??

    Reply

  214. Posted by rasruby on 09/05/2013 at 10:21 am

    Boleh tk kita membaca ayat2 ini sambil memegang buku panduan. Terlalu pjg tkut terlupa.selepas kita memberi salam.terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh… Selepas salam boleh bebas bergerak, ia tidak menjejaskan solat…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  215. Posted by anne on 09/05/2013 at 4:55 pm

    salam, semoga segala yang yag berlaku menjadi pengajaran buat kita.. kerna kita hanyalah manusia biasa yang hanya menumpang di muka bumi ini.. bertaubatlah dan sembahyangla kamu ebelum kamu disembahyangkan … Wallahu A’lam..

    Reply

  216. Posted by afiq on 11/05/2013 at 12:16 am

    Saya mahu tanya:
    Adakah wajib membaca tasbih ketikaa sujud terakhir….
    dan adakah batal solat sunat taubat itu jika x cukop 40 kali..
    mohon pencerahan ye…wallahualam

    Reply

    • Tidak diwajibkan…
      Pada permulaannya pasti ada yang terlebih dan terkurang…hikmahnya adalah melatih kita lebih menumpu dan khusyuk dalam solat.

      Reply

  217. Posted by Ika on 11/05/2013 at 1:37 am

    Assalamualaikum pak ustadz.. ada 1 pertanyaan,
    ini doa yg no 5 hrs ttp di baca ya stlh slsi baca doa” yg lainnya.. terima kasih

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bacalah doa tersebut selepas selesai bacaan zikir-zikir istighfar sebelumnya..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  218. Posted by ahmad zakwan husni on 11/05/2013 at 11:36 pm

    assalamualaikum, saya ingin tanya ustaz boleh kah saya tukar surah yang lain ,ustaz???

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh…bacalah mana2 surah yang mudah dan telah dihafal…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  219. Posted by mumtaz on 19/05/2013 at 4:52 am

    mohon share di blog 🙂

    Reply

  220. Posted by asmida on 20/05/2013 at 12:40 pm

    sguh mulia rhmt allah kpda kte…………jdi gunakn lah ia sebaik baiknye

    Reply

  221. Posted by Akmal on 23/05/2013 at 3:06 pm

    Boleh ka lebih dri 2 rakaat ?

    Reply

  222. Posted by hamba Allah on 28/05/2013 at 3:57 pm

    Assalammualaikum .. sah atau tidak jika (Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;) , (baca Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali) tidak dibaca ?
    Dan sah atau tidak jika doa taubat tidak dibaca tetapi baca doa sendiri ? Harap dapat membantu ..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Bolehh…InsyaAllah, sah solat yang dilakukan..

      Reply

  223. Posted by nurul on 29/05/2013 at 12:02 am

    salam…sy nk tumpang tanya,jika kita mahu melakukan solat taubat ini,tapi tak berapa nk kusyuk mcm mana ye??kita dah cuba untuk kusyuk dalam solat,tapi masih ada sama..adakah solat kita itu diterima??

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah solat diterima jika menepati rukunnya dan ada usaha ke arah kekusyukan solat… Baikilah segala pekerjaan dan amalan di luar solat..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  224. Posted by Lysa on 30/05/2013 at 2:43 am

    Assalamualaiaikum ustaz. . .

    Saya ada soalan nak tanya.

    1) wajib kah dibaca a,b & c? Kalau baca a saja, lepastu baca subhanallah 40x, & penghulu doa taubat di gantikn dgn doa yg datang dari hati kita. Boleh?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      1. Taklah wajib, hanya suatu saranan saja.
      2. Bolehh…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  225. Posted by Nur on 06/06/2013 at 11:34 pm

    Assalamualaikum..Terima kasih atas maklumatnya ..

    Reply

  226. Posted by siti on 10/06/2013 at 1:13 am

    assalamualikum…
    saya ingin bertanya bolehkah saya melakukan solat sunat taubat ini selepas waktu solat maghrib atau isyak? ataupun perlu dilakukan pada tengah malam?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solat Sunat Taubat boleh dilakukan bila2 masa samada siang atau malam…sebaik2nya sejurus timbul rasa keinsafan dalam diri…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  227. Posted by anonymous on 13/06/2013 at 3:34 am

    semoga allah memberikan ganjaran kepadamu,Amin

    Reply

  228. Posted by unknown on 22/06/2013 at 12:21 pm

    Kalau solat taubat macam solat sunat biasa, diterima ke ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      InsyaAllah…Ar Rahman Ar Rahim sentiasa menerima amalan hambaNya yang ikhlas…

      Reply

  229. Posted by aidil on 23/06/2013 at 11:41 pm

    assalam.. kalau sy x baca penghulu istighfar tu boleh x?

    Reply

  230. Posted by hamba ALLAH on 05/07/2013 at 11:29 pm

    salam , boleh x kalau saya bertaubat tapi saya takot saya ulang dosa yg sama ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Alhamdulillah..telah ada keinginan bertaubat…maka beristiqamahlah dalam melakukan kebaikan.. Sesungguhnya Allah sangat mencintai orang yang bertaubat dan menyucikan diri.

      Firman-Nya: “Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah, ayat 160). Dan firman-Nya lagi: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  231. Posted by sahabat on 09/07/2013 at 5:02 pm

    kalau takut ulangi kesalahan yg sama, cari punca kesalahan itu blh blaku n jauhi puncanya….dan yg paling ptg….INGAT, WALAU TAK DE SAPA YG NAMPAK KESALAHAN YG KITA BUAT TAPI ALLAH DAN MALAIKAT NAMPAK….kalau rasa2 x malu dgn Allah dan malaikat buat la lg….Allah Maha pengampun, kalau kita betul2 ingin bertaubat….bertaubatlah bersungguh-sungguh…..

    Reply

  232. Posted by shafawi on 12/07/2013 at 12:15 am

    Boleh x dptkan sandaran hadis tentang solat taubat,sbb ada yg kata xde solat yg khusus solat sunat taubat..maknanya xde “shj aku solat taubat”.mohon pencerahan.tk

    Reply

  233. Posted by Elgi Triprasetya on 12/07/2013 at 5:16 am

    kalau sholat taubah, tetapi tidak menangis, apakah sah sholat taubahnya?

    Reply

  234. Posted by Budak Bru Nak Belajar on 15/07/2013 at 12:20 pm

    admin Istighfar Tauhid, Sayyidul Istighfar dengan Doa Taubat bleh bce dlm bahase melayu tak???

    Reply

  235. Posted by Aina Hidayati Ghazali on 19/07/2013 at 1:46 am

    Alhamdulillah di saat Allah jentik hati sy, ini yg Dia berikan sebagai petunjuk. Buat pengetahuan ustaz, sy berumur 19 tahun. Sy putus harapan apabila tidak ditawarkan ke ipta untuk degree. Hari2 sy menangis. Tapi kesedihan sy tak sebanding dgn rasa sedih akibat kealpaan sy selama ni. Sy terlalu selesa, mungkin Allah berikan sy ujian sebegini kerana Dia rindu akan rintihan sy. Subhanallah. Syukran ya ustaz atas panduan ni.

    Reply

  236. Posted by jalak on 24/07/2013 at 12:32 am

    sah tak amalan jika belum sunat taubat?

    Reply

  237. Posted by an on 24/07/2013 at 11:12 am

    assalamualaikum ustaz, saya tidak pernah melakukan solat sunat taubat seumur hidup saya. Tapi sejak beberapa bulan ini saya sentiasa berusaha bangun tengah malam untuk solat tahajud dan hajat di samping menjaga solat 5 waktu saya. Di bulan yang baraqah ini, saya cuba membaca alQuran yang telah lama saya tinggalkan. Tapi sejak akhir2 ini, hati saya mudah tersentuh dan sentiasa sedih mengenangkan semua dosa yang telah saya lakukan dulu. Saya ingin berubah, tapi setiap kali saya rasa sedih saya seperti menyesal kerana saya dilahirkan begini. Bagaimana saya nak hilangkan rasa bersalah itu. Dan semakin saya cuba mendekatiNya semakin banyak dugaan yang datang membuatkan saya kadang kala keliru. Mohon pandangan ustaz. Terima kasih.

    Reply

  238. Posted by roy saputra on 24/07/2013 at 12:26 pm

    apa hukuman org yg bertaubat kemudian melakukan maksiat lagi ?
    dan apabila org itu melakukan solat taubat lagi . apakah solat taubatnya di terima allah swt ?

    Reply

  239. Posted by suraya salleh on 27/07/2013 at 9:44 am

    assalamualaikum, ana mohon copy dan share ya ilmu ini..
    sebagai rujukan ana dan sahabat.
    syukran .

    Reply

  240. Posted by ayu on 27/07/2013 at 11:04 pm

    assalammualaiku,, nk tany, adekh ini juga diterima sebagai 1 taubat apabila merintih2, beristifar dgn penuh keinsafan n berdoa agar d ampunkan segala dosa yg pernah d lkukan. ##d lakukan selepas solat fardu.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Hal sebegitu dikira sebagai suatu taubat juga…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  241. Posted by salleh on 28/07/2013 at 11:47 am

    sy pernh bt dosa yg besar masa sy bujang dulu, sy tlah bzina dgn girlfriend sy. tp kami skrg dah kawin dan skrg sy menyesali atas perbuatan yg kami bt dl setiap kali teringat mesti sy mnyesal napa sy bbuat yg sdemikian. sy dah bt solat taubat, soalan sy apakah taubat sy dterima apabila sy dah kawin baru sy menyesali atas perbuatan sy dl? tolong penjelasannya

    Reply

  242. ASSALAMUALAIKUM YA SAUDARA SEAGAMA. TERIMA KASIH ATAS POSTING INI. SAYA TELAH MENYALIN POSTING INI SERTA SOLAT SUNNAT TAHAJUUD. JIKA SAUDARA TIDAK BENARKAN SILA MAKLUM KE EMEL SAYA – lot1852@yahoo.com. JAZAKUMULLAHI KHAIRAN

    Reply

  243. Posted by anwar on 30/07/2013 at 11:02 pm

    saya nak tanya boleh tak baca doa taubat yg kumpulan nasyid raihan tu?

    Reply

  244. Posted by asma on 02/08/2013 at 4:59 am

    salam, macam mana kalau secara tak sengaja ketika sujud tersebut bahasa melayu tapi cepat – cepat menyedarinya. adakah batal solat? terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Solatnya sah..Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang.. setiap ketidaksengajaan adalah dimaafkan…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  245. Posted by farhan on 07/08/2013 at 2:31 am

    assalam ustaz. semasa saya membaca istighfar pd sujud yg terakhir, kepala sy terasa ditekan dengan benda yang berat dan secara tiba2 sy rasa nk pitam dn berpusing2 pandangan mata. x sampai 40 kali utk sy istighfar, sy naik drpd sujud dn istighfar seperti biasa mengikut kaifiat yg ustaz berikan. kenapa terjadi perkara mcm tu pd sy? x dapat sy nk habiskan istighfar sehingga ke 40 kali. perlu untuk sy habiskan istighfar sebanyak 40 je ustaz atau sekadar yg termampu? tolong ye ustaz.

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Cekalkan hati dan cuba bertahan…jika tidak, buat sekadar yang termampu..

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  246. Posted by Izzah on 13/08/2013 at 6:14 pm

    Salam.
    Saya kurang reti dalam bab-bab agama walaupun yang simple2.
    Hmm saya nak tanya, kalau kita belum hafal ayat-ayat yang perlu dibaca dalam solat sunat tu macam mana ek ?
    Maksud saya, contohnya mungkin ambil masa sikit nak hafal jadi lambat jadinya nak tunaikan solat tu.
    Mohon pencerahan eh. Terima kasih 🙂

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Islam itu mudah..Ukhti Izzah boleh baca mana2 surah yang telah dihafal.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  247. Posted by Nayli Amirah on 16/08/2013 at 11:53 am

    Boleh tak kalau saya baca semua surah dan doa dalam bm kecuali al-Fatihah (sbb saya tau and hafal surah tu) yg lain agak susah untk saya..

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Boleh baca dalam BM sekiranya dilakukan di luar solat (selepas beri salam)..

      Ukhti Nayli Amirah boleh menguasai sesuatu surah secara mudah dengan menghafal melalui mp3 dan mengulangi satu ayat/baris sekerap mungkin setiap hari. Hari kedua, hafalkan ayat kedua dan ulang semula ayat pertama dan kedua sekerap mungkin dan begitulah hari2 seterusnya…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  248. Posted by Fairuz on 29/08/2013 at 7:50 am

    Kalau solat sunat taubat lebih dari satu kali dalam sehari boleh ke? Terima kasih.

    Reply

    • بِسۡــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

      Boleh…kita disaran melakukan solat Taubat setiap kali terasa telah berbuat dosa..

      Allah Ta’ala berfirman lagi: “Dan sesiapa yang mengerjakan keburukan atau menganiaya dirinya sendiri, kemudian memohonkan pengampunan kepada Allah, maka ia akan mendapatkan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi Penyayang.” (an-Nisa’: 110)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  249. Posted by lovely yaya on 02/09/2013 at 5:22 pm

    boleh tak kalau doa solat taubat tu sye bce maksudnya sahaja?

    Reply

  250. Posted by ali on 09/09/2013 at 1:29 am

    terima kasih , atas tulisan yg bermanfaat ini.. semoga menjadi amal jariyah buat penulis ,amiin,dan saya minta izin utk menggunakannya atau juga mengcopy nya..

    Reply

  251. Posted by eyna on 17/10/2013 at 12:20 pm

    salam..
    saya ingin bertanya, bacaan doa taubat didalam sujud terakhir atau selepas memberi salam?

    Reply

  252. Posted by maya on 17/11/2013 at 11:00 am

    Tolong bantu syew kew jln yg benar……

    Reply

  253. smoga kita di masukan syurga…… AMIN…….

    Reply

  254. Assalamualaikum ustaz.Adakah solat taubat saya sah sekiranya tidak membaca penghulu istighfar dan doa taubat?

    Reply

  255. Posted by cahaya on 30/11/2013 at 10:14 am

    salam saudara…
    setelah hampir sebulan mengamalkan solat sunat taubat ini serta memperbaiki cara hidup dan amalan2 wajib perintah Allah yang lain, hati kita masih terasa ada sesuatu seperti menanggung sesuatu yg amat berat.

    adakah itu petanda bahawa Allah murka pada kita? atau tidak menerima taubat kita? atau mungkin Allah ingin menghukum atas dosa2 yg kita lakukan?

    buat pengetahuan saudara… saya amat banyak melakukan dosa selama hidup ini… terasa sekarang dunia amat sempit menghimpit diri…apatah lagi sekarang saya sedang melalui fasa musibah akibat daripada dosa yang saya lakukan…. satu persatu perkara meruntun jiwa saya.. spt Allah ingin membuka segala keaiban saya.. adakah benar perasaan saya ini…?

    mohon nasihat dan penjelasan dari saudara atau pelawat blog ini utk memberi ketenangan kepada saya.

    wassalam.

    Reply

  256. Posted by mr on 03/12/2013 at 2:32 pm

    bagus untuk mualaf

    Reply

  257. Posted by Mat Naser on 03/12/2013 at 6:08 pm

    بسم الله الرحمن الرحيم
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Pohon mendapat manfaat daripada ILMU yang disediakan. Terima kasih

    Reply

  258. Posted by hamba on 04/12/2013 at 4:56 pm

    Assalamualaikum..
    Sy nak tnya..sy da mhon maaf dgn org tue..tapi org tue masih tak maafkan sy.sah ke solat taubat sy?? 😦

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Solat Taubatnya sah..tapi proses taubat belum sempurna sehingga dimaafkan… Usahakanlah dengan lebih gigih mendekati dan berbuat amalan baik terhadap orang tua secara istiqamah di samping melakukan Tahajjud dan solat Hajat. InsyaAllah akan dibukakan hati mereka….

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  259. Posted by mayangsari on 13/01/2014 at 1:30 am

    salam…saya nak tanya ustaz..macam mana cara nak wat sujud syukur..apa bacaannya…cara nak lakukan …sama ke dgn cara solat sunat yg lain….minta tolong ya ustaz…terima kasig

    Reply

  260. Posted by IamMuslim on 30/01/2014 at 1:28 pm

    Assalamualaikum.Bolehkah kita solat sunat taubat selepas solat fardhu zohor?

    Reply

  261. Posted by dinah on 09/05/2014 at 12:19 am

    Assalamualaikum, saya hendak bertanya, part membaca Doa Taubat bolehkah saya membaca makna nya? Terima kasih.

    Reply

  262. Posted by juf41 on 06/06/2014 at 9:51 am

    Assalamualaikum wrm wbt, ya ustaz,

    “Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
    Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

    imam masjid ini ada sebut potongan ayat tasbih daripada al Quran al Kareem, tapi saya terlupa ayat dan surah mana yang disebutkan oleh imam itu, boleh ustaz memaklumi saya?

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Ayat tersebut adalah sebahagian daripada ayat 87 Surah Al-Anbiya yang mengisahkan Nabi Yunus berzikir ketika di dalam perut ikan Nun.

      Firman Allah S.W.T.:

      وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَٰضِبًۭا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِى ٱلظُّلُمَٰتِ أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

      “Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun (Yunus), ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Dikau (ya Allah)! Maha Suci Dikau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya daku adalah dari golongan orang yang menganiaya diri sendiri (zalim).” (Surah Al-Anbiya; Ayat 87)

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  263. Posted by anna on 01/07/2014 at 11:33 am

    Salam. Boleh ke kita baca surah selain yang dinyatakan terima kasih.

    Reply

  264. Posted by zainab on 03/07/2014 at 11:52 pm

    Alhamdullilah maha suci allah yang maha penyayang lagi maha pengampun…
    terima kasih diatas perkongsian ini…ia banyak membantu saya untuk mengerti setiap perbuatan di dalam solat sunat tersebut…semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya dan seluruh umat nabi muhammad SAW. Amin ya rabbal ala-min.

    Reply

  265. Posted by Noor Ahmad on 06/07/2014 at 1:08 pm

    Salam Ustaz, boleh tak sekira nya doa bulan ramadhan di rumikan?
    Sekian terima kasih.

    Reply

  266. Posted by Noor Ahmad on 08/07/2014 at 7:01 am

    Salam ustaz. Maaf persoalan saya tiada kena mengena dgan solat taubat. Cuma saya salah reply dlam post solat taubat nye column. Sekian terima kasih.

    Reply

  267. Posted by ROZI on 08/07/2014 at 4:22 pm

    BIMBINGLAH LAH SAYA KE JALAN ALLAH……SAYA BENAR2 MENGHARAP….

    Reply

  268. Posted by kiahsiji on 09/07/2014 at 11:28 pm

    Assalamualaikum mohon copy tuk diri saya syukran…

    Reply

  269. mohon copy dan share

    Reply

  270. Posted by Aisha on 12/07/2014 at 12:14 am

    Salam. Jika kita melakukan solat sunat taubat pada setiap hari, adakah dosa kita akan terhapus dari kecil hingga sekarang. dan apabila tibanya hari akhirat, adakah dosa kita bersih dan tidak dihisab?

    Reply

  271. Posted by Aisha on 12/07/2014 at 12:31 am

    Salam. Bolehkah saya beristighfar dengan melihat kepada computer?

    Reply

  272. Posted by Noor Ahmad on 13/07/2014 at 12:04 am

    Salam ustaz, boleh tak sekira nye doa solat taubat dirumikan. Sekian terima kasih.

    Reply

  273. Doa taubat dlm rumi ada x..? Yg lain bgs n ada dlm rumi awl solt taubat kn

    Reply

  274. Doa solt taubat ada x dlm rumi..

    Reply

  275. Posted by Noor Ahmad on 15/07/2014 at 8:35 pm

    Salam ustaz , boleh tak doa taubat yang jawi di rumikan?

    Reply

  276. Posted by Danial Hakimi on 17/07/2014 at 5:10 am

    Assalamualaikum, saudara, saya ingin bertanya tntg no.5 baca doa taubat dan istighfar yang lain selepas solat taubat, bolehkah saya beristighfar dengan merujuk kertas, buku atau handphone? Kerana saya tidak dapat menghafal sepenuhnya.

    Reply

  277. Posted by fatimah on 18/07/2014 at 12:38 pm

    Assalammualaikum ustaz saya nak bertanya..saya kurang fasih baca DOA TAUBAT dlm bahase arab..saya nak sgt baca dlm bahase rumi bole tk tunjuk kan bahase rumi

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Baca terjemahannya pun boleh dan mudah difaham. Ada kala tulisan rumi tersebut tersalah baca, maka jalan terbaik dapatkan seorang guru yang baik dan arif.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  278. Posted by fatimah on 21/07/2014 at 12:04 pm

    Ok terima kaseh

    Reply

  279. Posted by mohd nazri on 24/07/2014 at 6:37 am

    Salam tuan..sy ingin bertanaya utk solat taubat ini,bolekah kita membaca doa taubat menggunakan ayat rekaan kita sendiri dalam bahasa melayu serta adakah perlu dilakukan solat taubat dahulu kemudian baru mengerjakan solat hajat.

    Terima kasih

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      1. Bolehh…
      2. Begitulah adabnya orang yang berhajat.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by Al anis on 29/07/2014 at 2:05 am

        ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ

        Agan sya mau nanya maslah jumlah hitungan istigfar di situ tertulis 10/100 mksdnya sperti gmn.? Jumlah keseluruhan baca’an hrusnya berapa ?
        Matur kesuwun

        ﻭَ ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ

      • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

        Boleh dipilih untuk membaca sebanyak 10 kali atau sehingga 100 kali.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  280. Posted by M yusuf on 25/07/2014 at 9:15 pm

    Terima kasih menyebarkan ilmu yg bermanfaat ini,sy minta izinkan meng copy tulisan ini terima kasih

    Reply

  281. Posted by sha on 02/08/2014 at 6:59 pm

    Assalamualaikum Ustaz & Para Pembaca Blog Shafiqolbu semua.. Mudahan kita sentiasa dalam Keredhaan Allah SWT..

    Ustaz disini saya inginkan pendapat dari Ustaz & Para pembaca sekalian..

    Masalah saya ialah.. :- Diawal usia 5 tahun ibu & ayah saya telah bercerai & ini membuatkan kami 6 beradik hidup berantakan.. Ini kerana ayah terpaksa bawa diri untuk mencari nafkah & ibu tidak berkemampuan & terpaksa berumah di hadapan rumah kosong..

    Ayah telah menyediakan rumah sewa untuk kami adik beradik.. Diusia 6 tahun.. & ketika dambakan kasih ayah.. terdapat seorang lelaki yang berpura pura baik dgn ibu saya & dalam masa yang sama telah mencabul saya..

    Ketika usia saya 8 tahun.. terdapat kawan baik ayah kawan saya iaitu seorang lelaki berserban & konon berlagak alim ( mmg dikenali alm ) yang mencabul & meraba saya. Ketika itu & kini saya amat bencikan mereka yang terlibat dalam menjejaskan maruah saya..

    Diusia 9 tahun abang kandung saya sendiri telah cuba merogol saya. & Alhamdulillah.. Allah SWT selamatkan maruah saya walaupun maruah saya sebenarnya telah banyak tercalar.. Abang saya juga sering mengganggu saya & mengintip ketika saya mandi & selalu meraba saya ketika saya d dama rumah.. saya terpaksa meminta tolong kawan setiap ali hendak mandi & ada ketikanya saya akan berpura tertidur di rumah kwn kerana takut balik ke rumah.. Ibu tidak marah abang kerana kata ibu abang tidak sengaja & ibu lebih utamakan anak lelaki..

    Ketika meningkat dewasa saya telah kenal beberapa lelaki & rupanya lelaki2x itu hanya ingin mengambil kesempatan.. BIla saya memutuskan hubungan & selepas beberapa tahun saya kenal lelaki lain sejarah berulang lagi..
    pernah lelaki yang saya kenal menyelinap masuk dalam bilik saya & cuba merosakkan saya dengan kata kata manis.. Tetapi Allah SWT sayangkan saya & saya selamat.. Kebanyakan lelaki itu apabila mencabul meraba saya mereka tidak tergamak utk merosakkan saya.. ( Itu kata yg keluar dr lelaki buaya yg saya kenal.. & dia sendiri hairan kenapa dia boleh kasihankan saya )

    Ha ini sentiasa berulang setiap kai saya cuba mengenali lelaki dalam hidup saya.. Senang cerita saya sering jumpa lelaki yang cuba merosakkan saya..

    Kerana kebanyakan lelaki melayu Muslim sering mencabul & cuba merosakkan saya.. maka saya cuba kenal lelaki Arab & keadaan tetap sama..

    Saya pernah kawan dgn lelaki pandai agama & bila dia cuba membuat tidak elok & bila saya menegur jawapan yang diberi “Kita Islam buat sah apa pun nanti boleh bertaubat” so saya menjarakkan diri dari dia..

    Pengalaman saya hanya lelaki Inggeris yang menghormati saya & menghormati Agama Islam yang saya anuti..

    Untuk pengetahuan Ustaz.. sejak kecil saya sering diganggu makhluk halus & pernah berjalan malam & pernah cuba terjun dalam paya..( dalam keadaan tidak sedar )

    Saya telah cuba dekatkan diri dengan Masjid.. Umur saya kini 32 tahun & masih sendiri.. Saya teringin hendak BerNIkah tetapi setiap kali mencuba saya akan jumpa yang salah & yang tidak baik akhlak.. Ada ketika saya kecewa dgn kakak yang sering sakitkan hati saya dgn kata kata kerana mereka kawen muda tetapi saya dah lanjut usia..

    Ibu enggan bercakap dgn saya kerana saya tidak berNikah & kerana saya baik dgn ayah & kerana saya menjawab bila ibu memaksa saya berNikah ( padahal ibu tiada calon & suruh saya cari sendiri ).
    Diwaktu pagi saya menjaga makan ayah kerana ayah sakit & diwaktu malam saya dirumah ibu..

    Setiap yang terjadi ketika saya dewasa mungkin ada salah saya kerana mudah percayakan lelaki & perempuan dalam hidup.. Ramai juga orang perempun yang meminjam duiy saya & lepas dapat duit jafikan saya musuh kerana terpaksa bayar hutang..

    Saya memerlukan Doa & nasihat dari Ustaz dan pembaca semua supaya hidup saya akan berubah ke arah kebaikan.. Kini saya amat teringin hendak berNikah tetapi dalam masa yang sama saya seperti tiada nafsu ketika diraba oleh lelaki lelaki yang pernah hadir..Saya merasakan diri saya amat kotor & terfikir layakkah saya untuk BerNikah kerana bukan seorang dua yang pernah sentuh saya even tanpa kerelaan..

    Tolong beri nasihat & Tolong Doakan kebaikan saya..

    Assalamualaikum & Terima kasih.. MOga Allah SWT membalas kebaikan Ustaz & semua..

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Tahniah atas kecekalan Ukhti Sha mempertahankan maruah diri…
      Semoga Ukhti Sha dapat mendekatkan diri dan bermunajat kepada Allah SWT di malam hari mohon bantuan dan petunjukNya.

      Diharap para pembaca sudi memberikan sedikit pandangan dan nasihat kepada beliau…

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran.

      Reply

    • Posted by azanis on 20/02/2017 at 1:27 pm

      assalamualaikum saudari yang bertanya… pertama saudari perlu belajar cara dirikan solat lepas tu belajar berzikir dan baca kitab suci al-quran… baca selawat ke atas nabi muhammad saw selepas tu belajar solat taubah dan solat istiharah mohon petunjuk dan mempercepatkan jodoh saudari dekatkan diri pada Allah swt dan mohon ampun insya Allah masalah saudari dapat diatasi. pergi ke pej agama berdekatan cari guru yg bertauliah utk mengajar saudari utk kembali ke pangkal jalan..wallahu alam.azanis

      Reply

  282. Posted by jas on 04/08/2014 at 11:54 pm

    Syukur setelah sembahyang taubat

    Reply

  283. Posted by haiqal on 16/08/2014 at 2:54 am

    org yg menyampaikan ilmu pahalanya lebih besar dari org menerima biarpun sekecil mana pun ilmu yg disampaikan

    Reply

  284. aku dah menyesali perbuatan aku selama ini

    Reply

  285. Posted by faridah on 24/08/2014 at 12:52 am

    terima kasih kerana share bnde nie. T_T

    Reply

  286. Posted by Syamimi on 29/09/2014 at 8:56 pm

    Asslamualaikum .

    Reply

  287. Posted by bunian spinang on 29/09/2014 at 11:00 pm

    penerangan yg amat jelas dan bermakna..terimakasih admin

    Reply

  288. Posted by Hamba Allah on 26/10/2014 at 3:15 am

    tqvm semoga kita xbwat benda2 jahat dan kufur lagi amin..

    Reply

  289. Posted by ahmad hj yassin on 01/11/2014 at 4:25 pm

    saya suka dgn panduan cara cara menunaikan sembahyang sunat taubat.

    Reply

  290. Posted by Hanis K on 19/05/2015 at 4:25 pm

    Jazakallahu khairan kathira.. Sangat bermanfaat

    Reply

  291. Posted by Mohamad Syahir on 24/05/2015 at 12:04 am

    Assalamualaikum, terima kasih atas perkongksian ilmu dari anda.ia sgt berguna n bermanfaat utk saya, moga Allah membalas budi baik saudara dan merahmati saudara dan semua org yg mmbaca artikel ini.amin…

    Reply

  292. Posted by sumayyah on 10/06/2015 at 12:22 pm

    Terima kasih byk2 sbb bg panduan solat taubat ni. Insyaallah sy nk brubah. Amin. 🙂

    Reply

  293. Posted by shuhada haiyfa hafizan on 24/06/2015 at 5:21 pm

    Sy nk tny lh x beristifar dgn a shj kli xpnd

    Reply

  294. Posted by Anonymous on 24/06/2015 at 11:35 pm

    Thank you for sharing^_^

    Reply

  295. Posted by Fuaad on 11/07/2015 at 1:43 am

    Asssalam .. kalau xingat sayyidul istighfar dengan doa taubat xmgapakah ?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Tak mengapa kerana boleh diganti dengan istighfar dan doa-doa mudah yang lain.

      Reply

  296. Posted by jmmhma on 12/07/2015 at 5:17 am

    Terima kasih di atas ilmu yang bermanfaat ini… byk sy belajar dr blog syafiqolbu… semoga tuan syafiqolbu dirahmati oleh Allah selamanya… ilmu bermanfaat yg diamalkan sbg bekalan di alam barzakh… inshaAllah

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      آمِيّنْ… آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

      Dapatkan juga bimbingan daripada guru-guru yang baik di luar sana…
      ~Doakan ada dalam sujudmu…

      جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

      Reply

  297. Posted by Farina Sheikh on 12/07/2015 at 8:09 pm

    Assalamualikum. Doa Taubat wajib dihafalkan kah? Atau memangpun tak sah jika tidak membaca doa tersebut?

    Jazak’Allah

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Solat sah sekiranya tidak membaca doa taubat di atas tetapi bagi menjaga adab memohon perlulah berdoa walaupun dari luahan hati sendiri sebagai tanda keinsafan diri.

      Firman Allah SWT: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186).

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  298. Posted by aminkun on 13/07/2015 at 1:58 am

    Alhamdulillah. Syukur di atas nikmat Allah Ta’ala. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

    Terima kasih kepada sahabat di atas perkongsian yang sunggu bermakna ini.

    Di sini, saya juga ingin berkongsi satu kata-kata. Tidak pasti sama ada ianya hadis atau dari para sahabat. Jika ada sahabat yg tau boleh la berkongsi.

    ”Wahai hambaku, kenapa engkau sentiasa menjaga pandangan manusia kepadamu (iaitu anggota badanmu) sementara engkau tidak peduli untuk menjaga pandanganKu (iaitu hatimu) walaupun sesaat”

    -Ayuhal wahad, Imam al-Ghazali Rahimahullah

    Reply

  299. Posted by mn on 03/08/2015 at 2:49 am

    insaf😞

    Reply

  300. Posted by Jamel Shin on 06/08/2015 at 11:17 am

    Subhanallah…saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana selepas menunaikan solat sunat taubat ini, saya dapat merasakan kasih sayang Allah itu amat indah.. Tak dapat saya nak bayangkan betapa besarnya kasih sayang Allah S.W.T itu pada hamba-Nya yang daif ini. Alhamdulillah..

    Reply

  301. Posted by Sin on 06/09/2015 at 12:25 pm

    Assalamualaikum Ustaz,
    Terima kasih atas ilmu yang telah diberikan, saya belajar banyak daripada blog ustaz, semoga kita sentiasa dalam Keredhaan Allah SWT.

    Namun Ustaz, selepas melakukan sholat taubat, hati saya masih tidak merasa tenang, saya memohon bantuan dan pendapat Ustaz dan pembaca blog Shafiqolbu semua.

    Saya seorang lelaki yang telah melakukan dosa2 besar. Punca nya pada bulan puasa kemarin saya mengenal seorang perempuan melalui sebuah aplikasi, selepas Aidil Fitri dia pun mula bercerita pasal kehidupan pribadi dia,
    yang dia sudah bertunang tapi tunang dia kemudian curang dan pernikahan diorang pun batal. Dia pun bercerita kalau dahulu dia duduk satu rumah dengan tunangnya dan pernah melakukan zina. Sampai pada akhirnya saya dan dia melakukan zina, kami melakukan zina beberapa kali.

    Kemudian pada 10 Ogos dia harus pergi ke Australia dan pada akhir bulan ogos dia whatsapp saya kalau dia hamil 3 minggu. Saya sangat takut ustaz, saya suruh dia gugurkan bayi itu, tapi dia kata dia tak nak kerana berbahaya dan dia ingin besarkan bayi itu.

    Saya panik ustaz, saya suruh dia berbohong, kalau ibu bapa dia tau dia mengandung, saya suruh dia berbohong kalau dia berzina dengan lelaki di Australia. Dia tidak mahu ibu bapa dia tau kalau dia mengandung, saya pun tidak mahu ibu bapa saya tau kalau saya sudah membuat perempuan mengandung.

    Dia tidak mahu menikah dengan saya ustaz. Saya sangat takut ustaz, saya sampai berniat untuk bunuh diri. Alhamdulillah, niat bunuh diri saya urungkan kerana saya takut tidak mencium bau surga.Saya memohon ampunan kepada ALLAH SWT, saya sangat menyesali semua dosa yang telah saya perbuat, saya ingin kembali ke jalan yang di ridhoi oleh ALLAH, tetapi kenapa hati saya masih tidak tenang ustaz? Saya tidak pernah berjumpa lagi dengan perempuan ini sejak dia pergi ke Australia.

    Saya kemudian cadangkan kepada dia untuk makan nenas, kerana setahu saya nenas boleh menyebabkan keguguran. Namun dia kata berbahaya, sebab dia tanya kepada kawan dia, seorang obstetrician yang kata dia bekerja di Darul Ehsan Medical Center, kalau dia makan nenas boleh menyebabkan kematian sebab dia mempunyai penyakit endometriosis. Kemudian kawan dia itu mencadangkan untuk melakukan hubungan sex kerana hubungan sex yang boleh menyelesaikan masalah ini, tetapi hubungan sex itu perlu dilakukan di tempat kawan dia kerana ada beberapa cara dalam melakukannya supaya berhasil. Saya menolak, saya tidak ingin berbuat dosa lagi.

    Entah kenapa, hati saya tergerak untuk mencari maklumat tentang kawan dia yang bekerja di DEMC, namun selepas saya cek, saya tidak boleh jumpai nama kawan dia dalam senarai dokter obstetrician yang bekerja di DEMC. Selepas itu saya cari maklumat tentang bahaya nenas terhadap endometriosis. Saya jumpai beberapa maklumat yang menyatakan bahawa nenas salah satu buah yang dicadangkan untuk dimakan oleh pesakit endometriosis.

    Saya pun bertanya kepada dia, betulkah teman dia bekerja di DEMC kerana saya tidak boleh menjumpai nama teman dia dalam senarai dokter di DEMC. Dia kemudian menyatakan bahawa temannya itu sudah tidak bekerja di DEMC. Namun beberapa hari selepas itu dia bagi tahu saya bahawa temannya itu belum officially dokter di DEMC.

    Saya pun rasa pelik, kemudian saya cuba untuk cari nama perempuan ini di Google ustaz, dan result pertama yang saya jumpai ialah sebuah berita pada lama Facebook yang menyatakan bahawa ramai orang yang telah tertipu oleh dia. Dalam laman Facebook itu dinyatakan bahawa pelbagai cara dia lakukan untuk menipu mangsanya. Saya tidak tahu berita itu benar atau tidak, Wallahu A’lam Bish Shawab, tapi ini membuat saya semakin takut ustaz.

    Kemudian saya bagi tahu kepada dia yang dari maklumat saya baca bahawa nenas baik untuk pesakit endometriosis. DIa kemudian marahkan saya ustaz, dia benci sangat kepada saya, dia kata dia akan bagi tahu ke bapa dia dan biarkan peguam dia yang handle semua ini. Kemudian dia kata saya purposely nak bunuh dia dan gelakkan dia.

    Apa yang harus saya lakukan ustaz? Saya sanggup di hukum rajam kerana semua dosa yang sudah saya perbuat.

    Saya mohon bantuan dari ustaz dan pembaca blog Shafiqolbu. Saya hanya ingin hati saya tenang kembali, saya ingin kembali kejalan ALLAH. Saya menyesal telah berbuat dosa. Mohon bimbinglah saya.

    Reply

  302. Posted by misya on 13/09/2015 at 11:23 am

    Lepas bagi salam boleh x sy mmbca ayat2 tersebut dngn melihat kertas ataupun font?

    Reply

  303. Posted by Ashraf Rahim on 29/09/2015 at 8:07 pm

    Assalammualaikum.Saya ingin bertanya,jika kita telah meninggalkan semua perbuatan wajib spt solat fardhu dan puasa pada bulan Ramadhan di masa silam,perlukah kita menqadhaqnye sebelum bertaubat.Bagaimana pula kalau kita tidak tahu bilangan tepat berapa banyak kali kita telah meninggalkan amalan fardhu.Mohon penjelasan.Sekian,terima kasih

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Setelah menyedari perbuatan dosa, hendaklah bertaubat serta-merta kemudian barulah beristiqamah memperbaiki/ menqadha segala yang telah terleka dahulu. Buatlah melebihi jangkaan yang kita anggarkan sehingga hati berasa puas dan tenang…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  304. Posted by Fandi on 13/10/2015 at 4:03 am

    Terima kasih atas panduan..

    Reply

  305. Posted by diding salamuddin on 21/10/2015 at 6:27 pm

    bleh x sya baca. doa nie. klau sdah solat taubat…. mohon penjelasan…
    Bis-milla-hirrahma-nirrahimAlhamdu lillahi rabbil ‘alamin. Allahumma solliwasallim ‘ala saiyidina Muhammadiw wa’ala a-lihi wasah-bihi ajma ‘in.Allahumma inna nas-alukal’afwa wal-’afiah, wal-mu’afatad-da-imah, fiddi-ni waddun-ya wal-a-khirah.Allahumma ah-sin, ‘aqibatana fil-umuri kulliha, wa-ajirna min khizyid dun-ya wa’azabil a-khirah.Allahumma inna nas-aluka minal khairi kullihi, ‘a-jilihi wa-a-jilihi, ma-’alimna minhu wama lam na’lam. Rabbana a-tina fiddun-ya hasanataw-wafil a-khirati hasanataw-waqina ‘azaban nar.Wasollallahu ‘ala saiyidina Muhammadiw-wa’ala a-lihi wasahbihi-wasallam.

    Reply

  306. Posted by diding salamuddin on 21/10/2015 at 6:55 pm

    assalamualaikum.. selepas sholat taubat.. bleh x baca.. doa nie… mohon penjelasan..
    Bismillah hir’rahma nirra’himAlhamdulillah hirob bil a’laminWassola tuwas sala mua’la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa’ala alihi wasob bihi ajma’inAllahumma ahyiina bil iiman, wa’amit naa bil iiman, waad khilnal jannata ma al iimanAllahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhirooAllahummaah timlana bi’khusnil khotimah, wala tahtim alaina bisuu ii’ khotimahRobbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in’naka antal wahabRobbana a’tina fid’dun yaa hasanah, wafil a’ khirotil hasanah, waqinaa azab’bannarWasollallah huala saidina Muhammad, wa’ala a’lihi wasobihi was’salamWalham dulillah hirob’bil a’lamiin

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
      وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Kedua-dua doa di atas adalah doa umum yang sering dibaca selepas solat fardhu. Adalah lebih afdal jika dapat dibaca atau dilafazkan dari lubuk hati permohonan doa yang khusus bagi melahirkan rasa keinsafan dan mohon keampunan dalam Solat Taubat.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

      • Posted by Nik on 06/03/2016 at 8:36 pm

        Assalamualaikum. Saya nak tanya kalau time kita nak doa tu, kita baca doa di atas boleh ke ?
        Dan saya nak tanya ayat bawah sekali lepas doa tu apa ? Saya bahasa arab kurang sikit.

  307. Posted by Farah on 22/10/2015 at 9:06 pm

    Terima kasih atas perkongsian .semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat 🙂

    Reply

  308. Posted by Hamba Allah on 22/10/2015 at 10:57 pm

    assalamualaikum….
    saya nak tanya, saya seorg yg lmbt nk menghafal sesuatu. blh ke kalau saya baca menggunakan rujukan/surah yg bertulis di kertas atau hp…. saya amat memerlukan bantuan….

    Reply

    • Posted by Hamba Allah on 22/10/2015 at 11:10 pm

      dan satu lagi saya ada download doa melalui youtube bagi senang mendengar dan menyebut doa… boleh ke saya gunakan video tersebut semasa melakukan solat taubat tersebut??

      Reply

      • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
        وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

        1. Dibolehkan tetapi perlu berhati2 jangan sampai berlaku 3 kali pergerakan berturut2 yang boleh menyebabkan terbatal solat.
        2. Boleh berpandukan video tersebut… dan adalah baik jika digunakan video doa yang sama bagi menghafalkannya di masa terluang.

        والله أعلم بالصواب
        Wallahu A’lam Bish Shawab

  309. Assalammuailaikum encik….kalau sy x igt nk baca ape… blh x kalau sy tgk buku ke…

    Reply

  310. Posted by Anis S. on 24/11/2015 at 4:43 pm

    Alhamdulillah. Jazakallahu khairan. This really helps.

    Reply

  311. subhanAllah saya hamba Allah yang tidak sempurna ini ingin berterima kasih kerana membantu saya yang tidak begitu arif mengenai solat taubat nasuha,alhamdulillah ianya banyak membantu saya.

    Reply

  312. Posted by PENDOSA on 27/11/2015 at 11:15 am

    Terima kasih x terhingga
    ASSALAMMUALAIKUM

    Reply

  313. Posted by azizi on 02/12/2015 at 3:48 am

    Terima kasih atas post ini.moga pemilik ini dimurahkan rezeki n ditempatkan di syurga.#^_^

    Reply

  314. Posted by Susan on 25/03/2016 at 11:44 pm

    Beber2 bagus mengajarkan islam yg baik,dan lbih jelas dan bagus lgi

    Reply

  315. Posted by Firfaus Yunus on 03/06/2016 at 6:48 pm

    Assalamualaikum,terimakasih saya ucapkan kepada admin blog…isi kandungannya jelas dan muda di fahami

    Reply

  316. Posted by jamal on 04/06/2016 at 12:26 am

    Ya ALLAH Ampuni segala dosa yg perna saya lakukan amiin

    Reply

  317. Posted by mutawakkil billah on 16/06/2016 at 1:30 am

    ya ALLAH ampuni semua dosa yang pernah hamba perbuat kepada semua makhluk 😦

    Reply

  318. Yaallah terimalah taubatku amin
    Dan yang membaca bantu doakan aku

    Reply

  319. Posted by Hamba Allah on 09/07/2016 at 12:53 pm

    Alhamdulillah, terima kasih kerana berkongsi.

    Reply

  320. Posted by Insan Hina on 06/09/2016 at 9:16 am

    Terima Kasih

    Reply

  321. Posted by MuhammadAimanHakim bin Mohd Faiz on 22/09/2016 at 7:57 pm

    Assalammualikum warahmatullah hiwabarakatu… Shafiqolbu..Saya ingin menayakan soalan..Saya melakukan solat taubat tetapi terlupa untuk memberi salam dan terus kepada istighfar taubat…Adakah tidak sah dan tidak diterima oleh Allah SWT ……?

    Mohon jawapan..dengan SEGERA
    -AIMANHAKIM-

    Reply

  322. Sholat taubat dilakukan setelah melakukan dosa, apa dilakukan tiap malam?

    Reply

  323. Posted by Nrntshah on 30/09/2016 at 8:34 am

    Assalamulaikum , saya ingin tahu cara² mandi wajib bagi perempuan yang betul . 😌

    Reply

  324. Posted by azanis on 09/02/2017 at 5:47 pm

    assalamualaikum ustaz syafiqalbu ketemu semula maaf lama tak dapat nak buka dan masuk website anda… hari nie tup tup dapat.. ustaz nak kongsi jawapan dari website nie lepas nak jadikan rujukan sendiri dgn sahabat karib yg bermasalah.. ramai laksanakan solat taubat ini tapi dihati mereka masih ada keraguan…jawapan apa yg tepat utk dijawap.. anis tak tau ape nak kata bila ada yg mesej tanya soalan begini.. anis suruh teruskan laksanakan dgn yakin pada Allah swt.. dan banyakkan berzikir serta berselawat agar usaha tu memberi hasil yg baik wasalam azanis (murni_anis@yahoo.com ; syuhadahakmal@yahoo.com)

    Reply

  325. Posted by salura on 01/05/2018 at 2:16 am

    Jazaakillaahu Khairan Katsiran.
    Mohon share ustaz 👍

    Reply

Leave a reply to Shafi-Q Cancel reply